Posts

Showing posts from March, 2022

*DILEMMA KEMATIAN MENGEJUT SEORANG SUAMI*

Image
Kematian mengejut ketua keluarga amatlah merentap jiwa waris khususnya. Balu pastinya masih terpempan dan kosong jiwa untuk beberapa lama. Jika ketika hidup, sama2 berbincang dan membuat perancangan yang didokumenkan, Insyaallah urusan pentadbiran segala tinggalan pusaka atas nama arwah suami dapat lancar diselesaikan. Jika sebaliknya, akan mengheret masa ,emosi dan tenaga balu yang terpaksa kesana sini mengerjakan urusannya. Ditambah pula balu tidak boleh kemana2 sepanjang tempoh idah 4 bulan 10 hari. Urusan yang tertangguh ini akan menjejaskan kewangan dan rombakan semula urustadbir rumahtangga di tangan balu tadi. Kaum wanita tak tahu segala kepincangan yang berlaku sehinggalah Allah uji seorang wanita itu menjadi balu. Maka wanita, Bertindaklah seteguhnya. Katakan pada diri, suami hanyalah pinjaman Illahi. Amanah kita tak besar mana jika mereka dah tiada. Cuma kita bakal berurusan dengan pelbagai perangai manusia. Adakah saudara2 yang layak dalam amanah menjaga harta anak2...

*PERKARA YG ANDA PERLU TAHU APABILA PASANGAN MENINGGAL DUNIA*

Image
Kematian orang yang tersayang adalah sesuatu yang menyedihkan, namun ianya tidak dapat dielakkan dan merupakan realiti yang perlu dihadapi.  Sekirannya anda telah berkahwin, pastinya menjadi doa dan harapan agar anda dan pasangan dapat bersama sehingga ke hari tua. Tetapi sekiranya ajal menjemput dalam keadaan kita belum bersedia, apakah yang akan terjadi?  Berikut dikongsikan beberapa perkara yang perlu anda tahu selepas berlakunya kematian orang yang tersayang. ✅ Adakah saya boleh menuntut nafkah saya atau anak-anak saya daripada harta pusaka suami saya? Kewajipan seorang lelaki untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak terhenti sebaik sahaja beliau meninggal dunia.  Nafkah yang boleh dituntut daripada harta pusaka adalah nafkah yang tertunggak semasa suami masih hidup sahaja. Tuntutan nafkah tertunggak boleh dimohon di Mahkamah Syariah.  Seterusnya anda perlu kemukakan perintah mahkamah berkenaan kepada Wasi/Pentadbir harta pusaka bagi tujuan tuntutan pemba...

*APAKAH YANG KITA TAHU TENTANG WASI*

Image
Wasi ialah individu / pihak yang dilantik oleh simati ( ketika hidupnya) untuk menguruskan harta setelah kematiannya. Tugas wasi sangat mustahak, ia tidak melibatkan ahli waris. *Wasi boleh terdiri dikalangan:* ✅ Individu ✅ Syarikat Pemegang Amanah *Justeru sekiranya Wasi yang dilantik adalah individu maka dia hendaklah:* ▪️Islam / orang bukan Islam sama sekali tidak layak dilantik sebagai pengurus harta pusaka orang Islam. ▪️Dewasa - 18 tahun keatas. ▪️Waras ▪️Boleh memikul amanah dan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang wasi ▪️Sekiranya pewasiat mempunyai anak dibawah umur dan melantik wasi individu, maka pewasiat hendaklah menamakan dua orang wasi sebagai wasi bersama. Wasi yang dilantik adalah digalakkan sebanyak 2 orang atau maksimum 4 orang. Namun sekiranya simati telah melantik syarikat Amanah sebagai wasi, maka 1 orang wasi adalah memadai. *Tugas-tugas WASI:* 1️⃣ Mengenal pasti wasiat 2️⃣ Mendapatkan probet 3️⃣ Menghimpunkan semua harta ...

KEHIDUPAN DAN KEMATIAN

Image
1. Kehidupan dunia adalah persinggahan sementara bagi mencari bekal menuju akhirat yang abadi. Manakala kematian adalah sebuah permulaan kepada kehidupan yang kekal abadi. 2. Firman Allah: “Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.” (Al-Mulk: 2) 3. Quraisy Syihab berkata: "Kehidupan dunia ibarat musafir yang beristirehat sejenak. Yang pasti, perjalanan tetap diteruskan, detik demi detik berganti yang akhirnya suka atau tidak, detik hidup kita di dunia pasti berakhir." 4. Al-Raghib al-Isfahâniy berkata: “Kematian merupakan proses menuju keabadian, perpindahan dari satu tempat ke tempat lain. Kematian juga merupakan kelahiran baru bagi manusia." 5. Manusia mencapai kesempurnaan hidup ketika berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Bagi mencapainya manusia mesti mengalami kematian terlebih dahulu kerana kematian adalah pintu gerbang menuju keabadian.” ✅ Apakah sudah cukup b...