Posts

Showing posts with the label Pengurusan harta Pusaka

*5 TERTIB PENGURUSAN HARTA PUSAKA DLM ISLAM*

Image
 Pengurusan harta pusaka adalah sebahagian daripada proses perancangan kewangan yang penting.  Dalam Islam, faraid memainkan peranan besar dalam penentuan pembahagian harta. Pengurusan harta pusaka dalam kalangan umat Islam adalah satu prosedur yang penting untuk difahami, khususnya untuk masyarakat Islam. Tanpa pengurusan harta pusaka yang baik, pelbagai pertikaian boleh berlaku sehingga menyebabkan kepada konflik perebutan harta, permusuhan keluarga sehingga memerlukan penyelesaian mahkamah. Mengapa ia berlaku?  Jawapannya adalah kerana kekurangan pengetahuan dalam menguruskan harta pusaka dalam kalangan keluarga atau waris yang terlibat.  Terdapat beberapa tertib (langkah) yang  boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang pertelingkahan dan memastikan pembahagian harta pusaka yang lebih adil selepas berlakunya kematian: 1. Asing 2. Tuntut 3. Bahagi harta sepencarian 4. Pelaksanaan wasiat 5. Pelaksanaan faraid *1. Asing* Lakukan pengasingan ter...

APA ITU HARTA BATIL?

Image
Harta batil adalah memakan atau mengambil hak orang lain...jom baca kisah2 benar Kisah 1: Ali mati mempunyai 5 anak...yg sulung lelaki....rumah pusaka masih atas nama si mati...rumah disewakan atas persetujuan semua dan setiap tahun buat kenduri adik beradik dgn duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun...tiada lagi kenduri adik beradik....duit pun tidak diagih pada waris...si abg hanya diam membisu....inilah dinamakan memakan harta batil... Kisah 2 : Hassan mati meninggalkan 2 anak dari isteri A. Dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak2nya sahaja. Dan anak isteri A tidak mendpt hak mereka. Di sini isteri dan 6 anaknya sudah memakan harta batil. Kisah 3 : Jalil mati. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil..si nenek berjumpa bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP keatas namanya jadi katanya duit tu haknya...1 sen pun ...

*DILEMMA KEMATIAN MENGEJUT SEORANG SUAMI*

Image
Kematian mengejut ketua keluarga amatlah merentap jiwa waris khususnya. Balu pastinya masih terpempan dan kosong jiwa untuk beberapa lama. Jika ketika hidup, sama2 berbincang dan membuat perancangan yang didokumenkan, Insyaallah urusan pentadbiran segala tinggalan pusaka atas nama arwah suami dapat lancar diselesaikan. Jika sebaliknya, akan mengheret masa ,emosi dan tenaga balu yang terpaksa kesana sini mengerjakan urusannya. Ditambah pula balu tidak boleh kemana2 sepanjang tempoh idah 4 bulan 10 hari. Urusan yang tertangguh ini akan menjejaskan kewangan dan rombakan semula urustadbir rumahtangga di tangan balu tadi. Kaum wanita tak tahu segala kepincangan yang berlaku sehinggalah Allah uji seorang wanita itu menjadi balu. Maka wanita, Bertindaklah seteguhnya. Katakan pada diri, suami hanyalah pinjaman Illahi. Amanah kita tak besar mana jika mereka dah tiada. Cuma kita bakal berurusan dengan pelbagai perangai manusia. Adakah saudara2 yang layak dalam amanah menjaga harta anak2...

*PERKARA YG ANDA PERLU TAHU APABILA PASANGAN MENINGGAL DUNIA*

Image
Kematian orang yang tersayang adalah sesuatu yang menyedihkan, namun ianya tidak dapat dielakkan dan merupakan realiti yang perlu dihadapi.  Sekirannya anda telah berkahwin, pastinya menjadi doa dan harapan agar anda dan pasangan dapat bersama sehingga ke hari tua. Tetapi sekiranya ajal menjemput dalam keadaan kita belum bersedia, apakah yang akan terjadi?  Berikut dikongsikan beberapa perkara yang perlu anda tahu selepas berlakunya kematian orang yang tersayang. ✅ Adakah saya boleh menuntut nafkah saya atau anak-anak saya daripada harta pusaka suami saya? Kewajipan seorang lelaki untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak terhenti sebaik sahaja beliau meninggal dunia.  Nafkah yang boleh dituntut daripada harta pusaka adalah nafkah yang tertunggak semasa suami masih hidup sahaja. Tuntutan nafkah tertunggak boleh dimohon di Mahkamah Syariah.  Seterusnya anda perlu kemukakan perintah mahkamah berkenaan kepada Wasi/Pentadbir harta pusaka bagi tujuan tuntutan pemba...

*APAKAH YANG KITA TAHU TENTANG WASI*

Image
Wasi ialah individu / pihak yang dilantik oleh simati ( ketika hidupnya) untuk menguruskan harta setelah kematiannya. Tugas wasi sangat mustahak, ia tidak melibatkan ahli waris. *Wasi boleh terdiri dikalangan:* ✅ Individu ✅ Syarikat Pemegang Amanah *Justeru sekiranya Wasi yang dilantik adalah individu maka dia hendaklah:* ▪️Islam / orang bukan Islam sama sekali tidak layak dilantik sebagai pengurus harta pusaka orang Islam. ▪️Dewasa - 18 tahun keatas. ▪️Waras ▪️Boleh memikul amanah dan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang wasi ▪️Sekiranya pewasiat mempunyai anak dibawah umur dan melantik wasi individu, maka pewasiat hendaklah menamakan dua orang wasi sebagai wasi bersama. Wasi yang dilantik adalah digalakkan sebanyak 2 orang atau maksimum 4 orang. Namun sekiranya simati telah melantik syarikat Amanah sebagai wasi, maka 1 orang wasi adalah memadai. *Tugas-tugas WASI:* 1️⃣ Mengenal pasti wasiat 2️⃣ Mendapatkan probet 3️⃣ Menghimpunkan semua harta ...

DUIT DALAM AKAUN BANK SI MATI ADALAH HARA PUSAKA

Image
Biasa kan bila orang meninggal pasangan cepat2 nak keluarkan duit yg ada dalam akaun si mati. Yelah nak buat belanja. Ia bukan sahaja salah disisi undang2 malah salah disisi agama, wang si mati telah menjadi harta pusaka dan perlu melalui proses pusaka. Sediakan lah hibah takaful, In shaa Allah orang yg kita sayang lebih mudah kehidupan mereka. Klik sini ↩️ wasap.my/601110724106/naktakaful wasap.my/601110724106/naktakaful wasap.my/601110724106/naktakaful Website: https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/ Facebook Page: https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/ #madamnour #alhamdulillah #aiatakafulnorulfatihah #aiapublictakaful #aiamalaysia #medicalcard #medikalkad #hibah #hibahtakaful #simpanan #pelaburan #dirgahayudistrict #aia #prudentialbsntakaful #FWDTakaful #kelantan #kedah #kualalumpur #selangor #sabah #sarawak #perlis #perak #pahang #pulaupinang #terengganu #negerisembilan #melaka #johor

LEGASI ANAK PENEROKA FELDA

 PENEROKA & WARIS PENEROKA FELDA PERLU TAHU, ADAKAH BENAR TANAH² FELDA MILIK SEMPURNA PENEROKA? Forum yang diadakan di Unisza pada 9hb Februari 2017 yg lepas membahaskan isu ini dengan panjang lebar. Di pihak Felda menegaskan tanah ini terikat dengan Akta GSA 1960 yg membawa makna apapun ( jual / hibah / wasiat dll ) tidak boleh dibuat melainkan dengan "consent" Felda. Pembentang menyatakan tanah ini sebenarnya hanya "Pemilikan Manfaat" & bukan pemilikan hakikat ! Dalam erti kata lain Felda berkuasa sepenuhnya ke atas tanah Felda. Pandangan kedua membahaskan pula bahawa tanah Felda ini milik sempurna kerana ia boleh dipusakai malah boleh dihibah , diwasiat & boleh dijual dengan kebenaran Kerajaan Negeri & bukan "consent" Felda. Ada kes tanah Felda dicagar ke bank & bila tidak dibayar pinjamannya tanah ini dilelong oleh bank kepada pihak ketiga. Pandangan saya ? Tanah Felda ialah MILIK SEMPURNA & peneroka ada hak penuh utk membuat ap...

PERANCANGAN PEWARISAN HARTA ISLAM

 PERANCANGAN PEWARISAN HARTA ISLAM ❇️ Pengenalan      “Kullu nafsin Za Ikatul Maut”. Semua yg bernyawa akan menemui ajal. Bilakah waktunya utk kita? Adakah kita telah membuat persediaan utk bertemu dgn Allahurabbi? Salah satu persediaan itu adalah melakukan perancangan pewarisan harta bagi memudahkan pengurusan harta pusaka kita kelak. Bagi kita yg beragama Islam, persediaan yg dilakukan mestilah mematuhi tuntutan Syarak termasuk Hukum Faraidh. ❇️ Apakah Perancangan Harta Islam?      Perancangan Pewarisan Harta ialah persediaan yg kita lakukan bagi urusan pewarisan pusaka terhadap harta yg bakal kita tinggalkan. Ada beberapa perkara yg perlu diperhalusi dalam perancangan harta kita iaitu penyediaan maklumat berkaitan Pewarisan Islam, Perlantikan Pentadbir bagi menguruskan harta pusaka, penyediaan dana pantas @ duit bagi keperluan waris terdekat spt anak-anak, dll. ❇️ Cara Merancang Pewarisan Harta Islam 1️⃣ Penyediaan Maklumat Penting     Per...

PEMBAHAGIAN HARTA MENURUT ISLAM

Image
 Perancangan pengurusan harta dalam Islam terbahagi kepada dua: 1️⃣ Perancangan Harta semasa hidup  2️⃣ Pembahagian Harta selepas kematian  pemilik harta.  Di antara bentuk-bentuk perancangan harta semasa hidup adalah seperti hibah, wasiat, wakaf, sedekah dan nazar.  Manakala, pengurusan harta  selepas berlaku kematian pula ialah pembahagian harta pusaka yang tertakluk kepada hukum faraid. Walaupun faraid berperanan dalam urusan pembahagian  harta pusaka, namun pengagihan harta melalui cara tersebut mampu menjurus kepada masalah-masalah tertentu jika tidak ditadbir urus dengan sempurna serta  tidak difahami dengan betul. Pembahagian harta pusaka bertujuan untuk memberikan kepada yang berhak dan untuk membantu waris yang ditinggalkan. Syarak telah menetapkan apabila seseorang itu meninggal, hartanya akan dibahagikan mengikut pembahagian faraid. Pembahagian harta secara faraid adalah salah satu cara pembahagian harta di dalam Islam.  Ayat-ayat ...

ILMU PERANCANGAN HARTA

 BENARKAH HARTA WANITA YG TIDAK BERKAHWIN DAN TIDAK MEMPUNYAI ANAK AKAN DISERAHKAN KPD BAITULMAL? Rupanya masih terdapat salah faham dalam kalangan masyarakat Islam sendiri tentang pengurusan harta pusaka Islam. Bahkan baru-baru ini kita melihat seorang peguam wanita Muslim seoalah-olah mempersendakan hukum perwarisan dalam Islam dengan mengatakan bahawa hukum tersebut sudah tidak relevan lagi. Asbabnya, beliau mengatakan, hukum perwarisan Islam tidak adil kepada wanita kerana sebahagian besar harta pusaka bagi wanita yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak, akan pergi kepada Baitulmal. Adakah benar dakwaan sebegini? Sebelum menjawab persoalan ini, kita fahami dulu apakah yang dimaksudkan dengan Baitulmal dan bagaimana harta pusaka boleh sampai kepada Baitulmal. Secara ringkasnya, Baitulmal adalah satu bentuk institusi kewangan harta dalam Islam. Ia terdiri dari pelbagai sumber hasil seperti zakat, harta wakaf, cukai-cukai (kharaj) dan lain-lain sumber yang pengumpulan dan pe...

Tuntutan si ayah

Image
Saya bertemu satu kes yang unik. Ayah menghilangkan diri selama berpuluh tahun. Si ibu yang bertungkus-lumus membesarkan anak lelaki tunggalnya hingga berjaya sebagai ahli perniagaan. Disebabkan suaminya tidak dapat dikesan, si ibu memohon fasakh dan diluluskan Mahkamah Syariah. Ditakdirkan, pada satu hari, si anak yang hobinya menunggang motosikal berkuasa tinggi telah kemalangan dan meninggal dunia. Dia masih bujang tetapi harta yang ditinggalkan bernilai hampir RM8 juta. Ketika tahlil arwah, tanpa diduga muncul si ayah yang telah berpuluh tahun ghaib tadi. Si ibu sangat marah dan memaki hamun bekas suaminya. Si ayah hanya berdiam diri tidak membalas apapun kata kesat yang dilemparkan ke atasnya. Dia hanya berbunyi, “Saya hanya mahu tuntut hak saya ke atas harta pusaka sebagai ayah.” Makin marahlah si ibu kerana merasakan adalah tidak adil si ayah mendapat harta pusaka kerana dia gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan suami. Saya ditanya si ibu dan jawapan saya i...

ANAK DERHAKA DAPAT HARTA PUSAKA?

Image
 Saya pernah ditanya soalan ini. Adakah anak derhaka juga dapat menerima harta pusaka? Bila saya tanya lanjut apa yang dimaksudkan dengan anak derhaka? Hamba ­Allah itu menceritakan tentang adiknya yang lari meninggalkan rumah sejak muda. Malah, adiknya tidak pernah balik menjenguk dan mengambil berat tentang ayah mereka yang terlantar uzur bertahun-tahun lamanya. Sekarang ayahnya telah meninggal dunia dan adik ini muncul kembali untuk menuntut haknya ke atas harta pusaka ayah. Pastinya ada kisah di sebalik merajuknya si adik dengan ayahnya yang biasanya berjela-jela panjang. Saya tidak berhasrat menghurai kisah merajuk ini sebaliknya hanya ingin memberi tumpuan kepada persoalan hak anak derhaka itu kepada harta pusaka. Tiga sebab Di dalam Islam, hanya ada tiga sebab sahaja yang menyebabkan waris sepatutnya dapat harta pusaka tetapi terhalang. Sebab itu ialah - Pembunuhan,  - Berlainan agama dan  - Hamba sahaya  Pas­tinya situasi hamba sahaya tidak wujud hari ini. Ba...

MUDAHNYA BELAJAR FARAID (Faraid Anak Perempuan)

Image
 Sebenarnya ramai yang bertanya saya berapa bahagian faraid anak perempuan. Mereka risau anak perempuan tak ada hak. Malah masih ramai yang beranggapan bahawa anak perempuan tidak layak mewarisi harta pusaka.  Pertamanya kena faham, anak perempuan ialah kategori waris utama atau waris fardhu iaitu waris yang WAJIB dapat bahagian faraid dan tidak terhalang oleh mana2 ahli waris yang lain. Keduanya kena faham, bahagian faraid anak perempuan ada 3 keadaan berdasarkan Surah An-Nisa ayat 11 :    يوُصِيكُمُ اللّٰهُ فِي أَوْلَدِكُمْ لِلذَّكَرٍ مِثْلُ حَظِّ الْاُنثَيَيْنِ فَاِن كُنَّ نِسَأً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثاَ ماَ تَرَكَ وَإِن كاَنَتْ وٰحِدَةً فَلَهاَ النِّصْفُ.. “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika hanya ada anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si m...

DEFINISI HARTA PUSAKA

Image
Segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati. Termasuk Harta Pusaka 📍Semua harta si mati yang diperolehi secara halal; 📍Sewa yang belum dijelaskan kepada si mati; 📍Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematian; 📍Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati; 📍Simpanan KWSP berpenama / tiada penama; 📍Penama Takaful;  📍Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usahanya semasa hayat. Bukan Harta Pusaka 📍Harta yang telah dijual, diwakaf, dihibah atau dipegang amanah; 📍Khairat kematian; 📍Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian 📍Imbuhan, pampasan dan sagu hati; 📍Pencen terbitan;  📍Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO)  Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful: . wasap.my/+601110724106/naktakaful wasap.my/+601110724106/nakwasiat . Norul Fatihah Mohammad Nor Ejen P...

HARTA PUSAKA

Image
         Bukan Perlu DiUsaha Dan DiCari     Kerana Tiada Siapapun Yang Mendoakan Kematian Seseorg Kerana Inginkan Pusakanya    Namun Allah SWT Tentukan Hak Faraidh Kita          Kerana Kematian Insan Tersayang.  Oleh Itu, Perlukah Kita Berebut, Bertelingkah   Dan Berkrisis Sehingga Putus Silaturrahim?         Permudahkanlah Urusan Pusaka  Kerana Satu Ketika Nanti Kita Juga Akan Mati.      Dan Ketika Itu Pula Waris-Waris Kita Bakal       DiUji Dengan Pusaka Yang Kita Tinggalkan.                      RENUNGKANLAH❗️          Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful: . wasap.my/+601110724106/naktakaful wasap.my/+601110724106/nakwasiat . Norul Fatihah Mohammad Nor Ejen Perunding AIA Takaful &  Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka #aia #aianorulfatihah #madamnour #mr...

APA BEZA DI ANTARA PERANCANGAN HARTA, PENTADBIRAN HARTA PUSAKA, PENGURUSAN HARTA PUSAKA & PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA?

Image
 Nampak sama sahaja tapi sebenarnya tak serupa. 1️⃣ Perancangan Harta: Hibah+Wasiat+Waqaf+Amanah+Takaful dll 2️⃣ Pentadbiran Harta Pusaka: -Amanah Raya+Unit Pusaka Kecil+Mahkamah Tinggi Sivil 3️⃣ Pengurusan Harta Pusaka: -Belanja pengebumian+hutang dan liabiliti+badal haji+fidyah+sedekah+tunaikan wasiat kepada bukan waris+harta sepencarian dll 4️⃣ Pembahagian Harta Pusaka: -Faraid+Persetujuan Bersama Siapa kata dah ada Faraid tak perlu susah-susah nak merancang harta?  Cuba tengok kat mana peringkat faraid. Peringkat yang terakhir sekali dalam bab pembahagian. Sesuatu harta pusaka tak akan dapat difaraidkan selagi tak selesai urusan pentadbiran dan pengurusannya. Urusan pentadbiran dan pengurusan harta pusaka akan memakan masa yang lama dan panjang sekiranya tidak ada perancangan harta. Jika dengan faraid sahaja boleh selesai masalah, kenapa harta pusaka umat Islam yang beku semakin meningkat saban tahun dan hampir mencecah ke RM70 billion? Dah nampak di mana kepentingan meran...

Barang2 Yang Anak Beli Untuk Emak Ayah Di Kampung Tidak Boleh Diambil Semula Apabila Mereka Meninggal. Haram, Ramai Tidak Tahu Perkara Ini 😱😱

Image
Ada anak-anak yang tidak faham, dan anggap perkara pemberian barang pada orang tua itu isu remeh. Yang mana, waktu hayat mereka masih ada, anak-anak hadiahkanlah barang seperti perabot, peti ais, dapur dan sebagainya. Apabila emak ayah sudah tiada, anak yang memberi hadiah barangan itu tidak boleh mengambil balik barang tersebut. Jatuh hukum haram. Ini yang dijelaskan oleh Ustaz Ahmad Nassri Ibrahim, yang mempunyai kepakaran dalam perancangan harta dan pengurusan. Haram Mengambil Balik Barang, Selepas Emak Ayah Meninggal Periuk letrik, peti ais, dapur, almari dan lain-lain perabot kita beli dan bagi kepada orang tua (ibu bapa).  Bila mereka telah meninggal dunia kita ambil balik pemberian sebab kita kata itu semua kita yang belikan untuk ibu. HARAM itu tuan-tuan. Barang–barang itu sudah menjadi pusaka. Tidak boleh diambil sebelum mendapat keizinan semua waris. Jangan suka-suka kita mengambil balik sebab disana ada hak waris lain dalam harta pusaka itu. Barang yang sudah kita bagi k...

MANA LEBIH BAIK, WASIAT ATAU HIBAH?

Image
 "Assalamualaikum.... saya nak bertanya saya ada 3 orang anak kandung dan seorang anak angkat.  Saya berhasrat ingin beri kebun tanah kepada anak kandung. Anak angkat pulak saya nak beri wang tunai. Jadi yang mana lebih baik saya buat? wasiat atau hibah?" . Jawapannya adalah HIBAH kerana hibah lebih sempurna.  Kita perlu tahu bahawa jika wasiat dibuat kepada waris, wasiat itu perlu dapat persetujuaan dari waris-waris. Tapi adakah waris-waris bersetuju?  Jika waris-waris bersetuju tak ada masalah, tapi jika ada waris yang tak bersetuju dengan wasiat yang telah dibuat, wasiat itu akan terbatal dan tidak boleh dilaksanakan.  Jika waktu si ayah masih hidup semua waris setuju dengan wasiat yang si ayah buat tapi, bila si ayah dah meninggal waris-waris pulak tak bersetuju. Biasalah, hati manusia boleh berubah. . Jadi bila wasiat tidak dapat dilaksanakan maka harta-harta si ayah akan diagihkan mengikut faraid.  Anak angkat bukanlah waris faraid dan tiada hak ke at...

BOLEH TAK NAK HIBAHKAN HARTANAH BERCAGAR?

Image
 Persoalan tentang hibah hartanah bercagar atau hibah hartanah yang masih ada hutang bank ini adalah persoalan yang sering ditanya oleh orang ramai. Saya nak explain panjang-panjang bimbang orang susah nak faham. Cuma secara ringkasnya, saya nak katakan begini.. Hibah hartanah bercagar ini adalah hibah yang  dikategorikan sebagai hibah yang tidak cukup syarat pemilikan sempurna.  Ini kerana, hartanah bercagar ini masih bukan milik sempurna tuannya. Ada pihak ketiga yang berkepentingan terhadapnya iaitu penerima cagaran (bank/ institusi kewangan).  Mazhab Syafie, dan Hambali berpandangan ianya TIDAK SAH kerana: 1. Tiada elemen penerimaan harta hibah (qabd) daripada pemberi hibah kepada penerima hibah.  Sebab, hartanah tersebut masih dianggap tidak dimiliki secara sempurna oleh pemberi hibah kerana ia masih digadai kepada bank. 2. Kebebasan melakukan transaksi (tasarruf)  gagal dipenuhi dalam syarat ijab dan kabul.  Maknanya, disebabkan hartanah itu masi...

PASANGAN YG ADA ANAK ANGKAT

Image
 KREDIT: Salmi Salleh Lewat petang smlm saya ke rumah sepasang suami isteri yang berumur lewat 70an dan 60an... Mereka adalah kenalan lama saya dan jiran lama kpd suami saya.  Kisahnya bermula apabila saya berurusan dengan mereka berkaitan dengan pindahmilik harta amanah atas nama si isteri. Pasangan ini adalah peniaga yg sangat berjaya di tempat saya dan sangat pemurah orangnya.  Suka bersedekah dan tidak pernah lupa mbayar zakat perniagaan. Namun,  walaupun diberikan kejayaan dalam perniagaan tetapi seribu kali sayang, tidak dikurniakan anak kandung sebagai penyeri rumah tangga dan sebagai penerus keturunan. Isteri pernah diberi nikmat untuk mengandung tetapi mengandung di luar rahim dan kandungan tersebut terpaksa dibuang demi keselamatan si ibu.. Puas berusaha tetapi rezeki untuk mendapatkan zuriat sendiri tidak berpihak kpd mrk. Dipendekkan cerita pasangan ini telah diberi peluang menjadi ibu dan bapa kpd dua anak angkat yg dipelihara sejak dr kecil lagi.  ...