NAK BELI RUMAH WAJIB TAHU, MLTT VS MRTT
HOUSING_LOAN, MRTT & MLTT. Ketahui hak anda. Hujung tahun 2018 saya tlh membeli sebuah rumah under-construction di Bertam, Kepala Batas. Oleh kerana itu adalah rumah ketiga, maka loan yg lulus cuma 70%, iaitu RM335,678. Sbg perlindungan (seandainya saya mati dlm tempoh pembiayaan), pihak bank tlh menawarkan saya MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful). Total MRTT adalah RM23,125. Apabila jumlah ini ditambah ke dalam loan rumah, ia menjadikan total loan rumah saya adalah RM358,803. Dgn kadar faedah 4.47%, dan tempoh bayaran balik adalah 25 tahun, maka setiap bulan saya perlu membayar RM1990. Perhatikan gambar yg saya kepil di bawah. Kita boleh lihat, tempoh bayaran balik pinjaman saya adalah 25 tahun. Akan ttp, MRTT "cover" sehingga 19 tahun saja. Jadi, kalau saya mati pada tahun ke 20 meminjam, anak² saya perlu menjelaskan jumlah pinjaman yg masih berbaki. Menyedari beberapa kelemahan MRTT, saya maklumkan kpd pihak bank, saya tak mahu perlindungan Takaful ini. Tahuk...