HIBAH TABUNG HAJI & HIBAH ASB
1. Hibah Amanah Tabung Haji – Hibah Amanah TH bersifat HIBAH MUTLAK – Jika penerima hibah meninggal dunia, ia merupakan pusaka penerima hibah (Kena FAHAM konsep ini betul-betul) Contoh : Ahmad menghibahkan 100% akaun Tabung Haji kepada isterinya Kiah. Kiah kemalangan dan meninggal dunia. Akaun tabung haji tersebut akan dikira sebagai harta pusaka Kiah dan perlu difaraidkan. Ia bukan lagi milik Ahmad. 2. Hibah Amanah ASB – Hibah Amanah ASNB mengguna pakai konsep HIBAH BERSYARAT – Jika penerima hibah meninggal dunia dahulu, harta tersebut (ASB) berpatah balik kepada pemberi hibah iaitu pemilik akaun. Contoh : Ahmad menghibahkan 100% akaun ASB kepada isterinya Kiah. Kiah kemalangan dan meninggal dunia. Hibah tersebut akan terbatal dan kembali semula pemilik asalnya iaitu suaminya, Ahmad. 3. Hibah Takaful – Menggunakan instrument TAKAFUL sebagai alat untuk memberi hibah. Bermakna, perlu mencarum takaful. – Merupakan JENIS HIBAH BERSYARAT, iaitu peneri...