Posts

Showing posts with the label poligami

PEMBAHAGIAN FARAID BAGI POLIGAMI

Image
Semua sedia maklum bahawa poligami merupakan antara topik hangat yang selalu dipersoalkan terutamanya di dalam kes pengurusan HARTA PUSAKA. Tahukah kita bahawa PEMBAHAGIAN PUSAKA sekiranya meninggalnya suami ini tadi berapa bahagian FARAID pada isteri-isteri yang ditinggalkannya?  Secara ringkasnya, bahagian isteri-isteri ini mengikut hukum FARAID sekiranya mempunyai anak adalah: Suami beristeri 1: 1/8 bahagian seorang Suami beristeri 2: 1/16 bahagian bagi setiap seorang Suami beristeri 3: 1/24 bahagian bagi setiap seorang  Suami beristeri 4: 1/32 bahagian bagi setiap seorang   Tanpa kompromi pembahagian setiap isteri-isterinya samaada segi nilai sentimental 'tempoh lama hidup bersama' berbanding isteri-isteri yang lain. Semuanya sama pembahagian. Sekiranya kesedaran suami semasa hidupnya berhasrat untuk membahagikan mengikut kehendak dan kasih sayang semasa hidup, DOKUMEN HIBAH ini memainkan peranan penting. "HIBAH ini terlaksana semasa HIDUP, PENGURUSANNYA dilakuka...

ADAKAH ANDA BERPOLIGAMI?

Image
Jika anda berpoligami atau anda merupakan pasangan poligami. Perkara yang perlu anda sedia maklum apa akan berlaku sekiranya anda atau pasangan anda meninggal dunia, antaranya; ■ Dalam kebanyakan kes pengurusan tuntutan pusaka, golongan yang berpoligami adalah sangat bermasalah. Dari proses awal membuka fail sehinggalah pembahagian harta pusaka. ■ Bagaimana hubungan di antara isteri-isteri dan di kalangan adik beradik tiri anda? Jika baik, alhamdulillah. Jika tidak, masalah di kemudian hari. ■ Dari sudut pembahagian faraid, setiap isteri akan berkongsi 1/8 bahagian dari pusaka anda jika anda tidak mempunyai anak kandung. Tidak kira isteri tua atau muda, bahagian tetap sama. ■ Jika ingin berpoligami, jika anda sebagai isteri buatlah dokumentasi deklarasi harta sepencarian atau boleh menggunakan instrumen hibah bagi menjamin hak anda. ■ Jika anda suami yang bertanggungjawab, setiap harta anda yg dimilik oleh isteri-isteri anda hendaklah dibahagikan secara mutlak (terus jadi hak mereka). ...

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

Image
  JS1 : Orang yg Berhutang memerlukan Perancangan harta kerana dikhuatiri waris2nya terbeban & menanggung kesusahan. JS2 : Org yg berharta melebihi 2 juta Ke atas kerana proses pusakanya adalah di Mahkamah Tinggi Sivil yg memerlukan 2 org Pentadbir yg juga menjadi penjamin utk menyelesaikan agihan Faraid si Mati, yg mana setiap Penjamin mesti mempunyai nilai harta yg sama spt Si Mati. J3: Tidak Berkahwin @ Bujang @ Duda tiada anak @ Janda tiada anak perlukan Perancangan Harta kerana sebhgn besar Harta-Pusakanya diwarisi oleh Adik-beradik dibandingkan dgn kedua-ibubapanya (Jika mereka masih ada). J4: Muallaf perlukan Perancangan Harta sekiranya ahli keluarga asalnya (Cth: ibubapa, Adik-beradik) masih Bukan islam menyebabkan mereka (ahli Keluarga tersebut) tidak berhak mewarisi Harta-Pusaka Muallaf tersebut. Selain itu, baki Harta Muallaf yg tiada anak lelaki akan diserahkan kpd BaitulMal. J5 : Jemaah Haji perlu melakukan Perancangan Harta kerana Ianya adalah satu sunnah bagi mer...