Posts

Showing posts with the label emak

LEGASI ANAK PENEROKA FELDA

 PENEROKA & WARIS PENEROKA FELDA PERLU TAHU, ADAKAH BENAR TANAH² FELDA MILIK SEMPURNA PENEROKA? Forum yang diadakan di Unisza pada 9hb Februari 2017 yg lepas membahaskan isu ini dengan panjang lebar. Di pihak Felda menegaskan tanah ini terikat dengan Akta GSA 1960 yg membawa makna apapun ( jual / hibah / wasiat dll ) tidak boleh dibuat melainkan dengan "consent" Felda. Pembentang menyatakan tanah ini sebenarnya hanya "Pemilikan Manfaat" & bukan pemilikan hakikat ! Dalam erti kata lain Felda berkuasa sepenuhnya ke atas tanah Felda. Pandangan kedua membahaskan pula bahawa tanah Felda ini milik sempurna kerana ia boleh dipusakai malah boleh dihibah , diwasiat & boleh dijual dengan kebenaran Kerajaan Negeri & bukan "consent" Felda. Ada kes tanah Felda dicagar ke bank & bila tidak dibayar pinjamannya tanah ini dilelong oleh bank kepada pihak ketiga. Pandangan saya ? Tanah Felda ialah MILIK SEMPURNA & peneroka ada hak penuh utk membuat ap...

ILMU PERANCANGAN HARTA

 BENARKAH HARTA WANITA YG TIDAK BERKAHWIN DAN TIDAK MEMPUNYAI ANAK AKAN DISERAHKAN KPD BAITULMAL? Rupanya masih terdapat salah faham dalam kalangan masyarakat Islam sendiri tentang pengurusan harta pusaka Islam. Bahkan baru-baru ini kita melihat seorang peguam wanita Muslim seoalah-olah mempersendakan hukum perwarisan dalam Islam dengan mengatakan bahawa hukum tersebut sudah tidak relevan lagi. Asbabnya, beliau mengatakan, hukum perwarisan Islam tidak adil kepada wanita kerana sebahagian besar harta pusaka bagi wanita yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak, akan pergi kepada Baitulmal. Adakah benar dakwaan sebegini? Sebelum menjawab persoalan ini, kita fahami dulu apakah yang dimaksudkan dengan Baitulmal dan bagaimana harta pusaka boleh sampai kepada Baitulmal. Secara ringkasnya, Baitulmal adalah satu bentuk institusi kewangan harta dalam Islam. Ia terdiri dari pelbagai sumber hasil seperti zakat, harta wakaf, cukai-cukai (kharaj) dan lain-lain sumber yang pengumpulan dan pe...

Tuntutan si ayah

Image
Saya bertemu satu kes yang unik. Ayah menghilangkan diri selama berpuluh tahun. Si ibu yang bertungkus-lumus membesarkan anak lelaki tunggalnya hingga berjaya sebagai ahli perniagaan. Disebabkan suaminya tidak dapat dikesan, si ibu memohon fasakh dan diluluskan Mahkamah Syariah. Ditakdirkan, pada satu hari, si anak yang hobinya menunggang motosikal berkuasa tinggi telah kemalangan dan meninggal dunia. Dia masih bujang tetapi harta yang ditinggalkan bernilai hampir RM8 juta. Ketika tahlil arwah, tanpa diduga muncul si ayah yang telah berpuluh tahun ghaib tadi. Si ibu sangat marah dan memaki hamun bekas suaminya. Si ayah hanya berdiam diri tidak membalas apapun kata kesat yang dilemparkan ke atasnya. Dia hanya berbunyi, “Saya hanya mahu tuntut hak saya ke atas harta pusaka sebagai ayah.” Makin marahlah si ibu kerana merasakan adalah tidak adil si ayah mendapat harta pusaka kerana dia gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan suami. Saya ditanya si ibu dan jawapan saya i...

Barang2 Yang Anak Beli Untuk Emak Ayah Di Kampung Tidak Boleh Diambil Semula Apabila Mereka Meninggal. Haram, Ramai Tidak Tahu Perkara Ini 😱😱

Image
Ada anak-anak yang tidak faham, dan anggap perkara pemberian barang pada orang tua itu isu remeh. Yang mana, waktu hayat mereka masih ada, anak-anak hadiahkanlah barang seperti perabot, peti ais, dapur dan sebagainya. Apabila emak ayah sudah tiada, anak yang memberi hadiah barangan itu tidak boleh mengambil balik barang tersebut. Jatuh hukum haram. Ini yang dijelaskan oleh Ustaz Ahmad Nassri Ibrahim, yang mempunyai kepakaran dalam perancangan harta dan pengurusan. Haram Mengambil Balik Barang, Selepas Emak Ayah Meninggal Periuk letrik, peti ais, dapur, almari dan lain-lain perabot kita beli dan bagi kepada orang tua (ibu bapa).  Bila mereka telah meninggal dunia kita ambil balik pemberian sebab kita kata itu semua kita yang belikan untuk ibu. HARAM itu tuan-tuan. Barang–barang itu sudah menjadi pusaka. Tidak boleh diambil sebelum mendapat keizinan semua waris. Jangan suka-suka kita mengambil balik sebab disana ada hak waris lain dalam harta pusaka itu. Barang yang sudah kita bagi k...