Posts

Showing posts with the label Rumah

NAK BELI RUMAH WAJIB TAHU, MLTT VS MRTT

Image
  HOUSING_LOAN, MRTT & MLTT. Ketahui hak anda. Hujung tahun 2018 saya tlh membeli sebuah rumah under-construction di Bertam, Kepala Batas. Oleh kerana itu adalah rumah ketiga, maka loan yg lulus cuma 70%, iaitu RM335,678. Sbg perlindungan (seandainya saya mati dlm tempoh pembiayaan), pihak bank tlh menawarkan saya MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful). Total MRTT adalah RM23,125.  Apabila jumlah ini ditambah ke dalam loan rumah, ia menjadikan total loan rumah saya adalah RM358,803. Dgn kadar faedah 4.47%, dan tempoh bayaran balik adalah 25 tahun, maka setiap bulan saya perlu membayar RM1990. Perhatikan gambar yg saya kepil di bawah. Kita boleh lihat, tempoh bayaran balik pinjaman saya adalah 25 tahun. Akan ttp, MRTT "cover" sehingga 19 tahun saja. Jadi, kalau saya mati pada tahun ke 20 meminjam, anak² saya perlu menjelaskan jumlah pinjaman yg masih berbaki. Menyedari beberapa kelemahan MRTT, saya maklumkan kpd pihak bank, saya tak mahu perlindungan Takaful ini.  Tahuk...

HIBAH: APA AKAN TERJADI SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN PEMILIK RUMAH?

Image
Rumah merupakan keperluan asas yang penting buat sesuatu keluarga.  Tapi apa akan berlaku sekiranya berlaku kematian pemilik rumah? Dan mengapakah penghibahan rumah penting? 1. Apa itu penghibahan rumah? Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada orang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad). Ia berbeza dengan wasiat yang merupakan pemberian harta selepas berlaku kematian pewasiat. Memandangkan rumah merupakan antara aset terpenting seseorang individu, menghibahkan rumah anda adalah langkah yang bijak untuk memastikan ianya jatuh ke tangan orang yang anda sayang. Ia wajar dilakukan untuk mengelakkan kemelut keluarga yang menyebabkan pasangan dan anak-anak anda hilang tempat tinggal setelah anda tiada nanti. Sanggupkah anda melihat rumah dan harta peninggalan menjadi hak milik waris yang lain? 2. Apa akan berlaku sekiranya rumah tidak dihibahkan? Sekiranya rumah tidak dihibahkan, rumah tersebut akan dibahagikan ...

Perbezaan di antara MRTA, MLTA, MRTT dan MLTT

   Memilih perlindungan insurans hayat yang tepat untuk pinjaman perumahan anda adalah lebih penting daripada yang anda sangkakan, terutamanya sekiranya berlaku kematian dan/atau hilang upaya kekal! Perkataan 'MRTA', 'MLTA', 'MRTT', dan 'MLTT' mungkin terdengar seperti nama-nama kumpulan K-pop yang sedang popular kan? Tetapi sebenarnya, keempat-empatnya adalah jenis-jenis perlindungan insurans nyawa yang penting untuk pinjaman perumahan, atau gadai janji, anda! Produk-produk ini direka untuk menampung beban kewangan pinjaman perumahan anda sekiranya berlaku kematian dan/atau hilang upaya kekal. Ini bermaksud  sekiranya sesuatu musibah menimpa anda, keadaan kewangan orang-orang yang disayangi terjamin di saat-saat mereka memerlukannya. Keempat-empat perlindungan ini adalah seperti jaring keselamatan kewangan untuk pinjaman perumahan anda. Tetapi apakah perbezaan antara keempat-empatnya, dan pilihan mana yang terbaik untuk anda? Soalan Lazim Tentang MRTA 1...