Posts

Showing posts with the label KWSP

BUATLAH PERSEDIAAN SEBELUM MENINGGAL DUNIA

 Saya jumpa ramai prospek, mereka sangat bimbang jika berlaku sesuatu kat diri. Tapi bila tanya apa yang telah dibuat, kebanyakan tak buat apa2. Jadi, saya nak share sikit PERKARA PENTING yang perlu dibuat. 1️⃣ Tulis segala hutang yang ada secara detail termasuk jumlah dan nombor telefon pemberi hutang atau orang yang berhutang dengan kita. Begitu juga hutang dengan Allah seperti nazar, fidyah, zakat dll. 2️⃣ Rekodkan segala harta, samaada harta alih atau tidak alih. Tulis no geran, snp dan nombor telefon atau bank yang akan menjadi rujukan jika aset masih dibawah loan bank. Begitu juga no akaun bank, ASB, TH, KWSP, UNIT TRUST dll.  3️⃣ Jika nilai keseluruhan aset melebihi 2 juta, dicadangkan untuk melantik Syarikat Amanah atau Syarikat yang pakar dalam membuat penulisan wasiat serta bagi memudahkan proses pentadbiran pusaka nanti. 4️⃣ Sediakan satu plan hibah takaful kerana disaat harta pusaka dalam proses pentadbiran dan pembahagian yang pasti mengambil masa lama jika tiada ...

Hibah Amanah ASB Memudahkan Proses Tuntutan Waris Selepas Kita Meninggal Dunia

Image
Secara umum, majoriti masyarakat Muslim di Malaysia mengambil pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan hukum harus melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) sejak tahun 2008. Perkara ini secara tidak langsung telah membantu sebahagian besar umat Islam di Malaysia untuk membuat pelaburan secara pasif, kerana masih ramai yang tidak mampu untuk membuat pelaburan secara aktif di Bursa Malaysia sebagai contoh. Ini merupakan satu perkembangan yang positif kalau dilihat daripada sudut pengukuhan pegangan ekonomi umat Islam di Malaysia, yang juga merupakan salah satu tujuan pengharusan melabur dalam ASB seperti yang dinyatakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa akaun pelaburan ASB tetap tertakluk di bawah Akta Pentadbiran dan Probet 1959, di mana apabila pemilik akaun meninggal dunia; akaun pelaburan tersebut akan dibekukan. Jadi waris yang nak menuntut pengeluaran wang daripada unit amanah ASB si mati, m...

BAGAIMANA CARA MEMBUAT DOKUMEN WASIAT DAN HIBAH?

Image
 Sebelum itu, anda perlu faham. Kenapa anda perlu membuat dokumen wasiat atau hibah. Ya sekarang harta beku hampir 70 billion, dan sejuta lebih geran tanah belum ditukar nama. Malang bukan? Kenapa anda perlu merancang harta anda? 1️⃣Supaya harta yang anda tinggalkan tidak menjadi beku, kita tidak mahu semua waris bergaduh kerananya dan ada waris yang makan harta batil 2️⃣Supaya harta yang anda anda cari setiap hari  selama ini menjadi asbab waris anda bersatu, berkasih sayang dan pahala sentiasa mengalir setiap hari walaupun kita sudah di kubur dengan manfaat harta tersebut disedekahkan. Antara faktor harta beku di Malaysia ini ialah: 1.Waris tak tahu urus pusaka. 2.Waris tiada masa nak urus pusaka 3.Anggap pusaka tidak perlu disegerakan dan kalau nak urus cepat dianggap tamak 4.Tiada muafakat waris 5.Tiada duit untuk uruskan Jadi bagaimana cara mudah untuk rancang harta anda dengan membuat dokumen? Pertama: Ketahui faraid anda Ketahui faraid anda, kenapa dalam dokumen kita ny...

DEFINISI WANG

Image
 Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 16 Rabi‘ulawwal 1420H bersamaan 29 Julai 1999 buat kali ke 146 berpandangan:- Wang pencen si mati adalah bukan harta pusaka. Wang Premium Insuran si mati adalah harta pusaka manakala wang ganjaran adalah bukan harta pusaka. Wang pampasan si mati bukan harta pusaka. KWSP adalah harta pusaka. Wang simpanan bank si mati adalah harta pusaka selain wang faedah. Kutipan sewa dari harta si mati adalah termasuk harta pusaka. Hutang si mati yang telah dibayar termasuk dalam harta pusaka. Dividen ASN/ASB termasuk dalam harta pusaka. Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful: . wasap.my/+601110724106/naktakaful wasap.my/+601110724106/nakwasiat . Norul Fatihah Mohammad Nor Ejen Perunding AIA Takaful &  Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka #aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siak...

PENAMA HARTA SIMATI

Image
ADAKAH tepat tindakan bagi kebanyakan suami atau isteri menamakan pasangan masing-masing sebagai penama pada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), takaful atau insurans sedangkan jelas penama hanya berperanan sebagai pemegang amanah? Selain itu, ramai juga isteri atau wanita lebih berminat menamakan anak-anaknya sebagai penama kerana membayangkan sekiranya dia meninggal dunia, wang simpanan itu akan digunakan oleh suami untuk berkahwin lain dan sebagainya. Bagaimanapun, wang itu tidak boleh dikeluarkan sehingga anak mencapai usia 18 tahun... Perkembangan mutakhir ini, urusan pentadbiran serta pengurusan harta individu khususnya orang Islam di negara ini semakin baik. Ini kerana terdapat pelbagai institusi menawarkan produk pengurusan harta ketika hayat pemiliknya. Malah, kesedaran demi kesedaran juga dipupuk di  semua peringkat masyarakat agar jelas dan memahami secara keseluruhannya mengapa pengurusan harta perlu dibuat ketika masih hidup. Begitu juga dengan konsep penamaan...

Perbezaan Simpan di Takaful, Dengan Simpanan di ASB / KWSP / BANK

Image
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan konsep takaful ialah: 1.  Takafu l membawa konsep  “Simpanan” dan “Perlindungan” . (saling melindung, saling menjamin)  2. Jika anda menyimpan wang di Bank,  mahupun ASB, kita hanya mempunyai simpanan (saving) sahaja. 3. Jika secara tiba-tiba diri kita ditimpa dengan musibah seperti kemalangan, kematian ,di masukkan ke wad untuk jangka masa yang lama, diri anda atau waris anda hanya akan mendapat jumlah wang yang tersimpan dalam akaun- akaun yang disebutkan tadi mengikut jumlah setakat yang anda simpan selama ini  4. Tapi, jika anda mempunyai akaun takaful, sekiranya ditakdirkan berlakunya musibah seperti yang dinyatakan tadi, pihak takaful akan memberi anda sejumlah wang (sebagaimana ditandatangani dalam kontrak)  5. Biasanya jumlahnya mencapai sehingga puluhan/ratusan ribu ringgit yang akan diberi secara lump-sum kepada peserta yang mengambil polisi takaful tersebut tanpa menjejaskan simpanan mereka dalam akaun ta...

DUIT KITA IKUT SUKA KITA NAK BUAT APA.. TAKAFUL? X PENTING..HURMMM

Image
  Duit kita, ikut suka kita la nk buat apa.. kenapa nk kena beli takaful... Haaaa...itu la yang banyak kita dengar... Takaful ni penting bilamana kita timpa musibah.. Selagi x kena kat diri sendiri, jarang la orang tetiba ada kesedaran tentang takaful ni... Jadikan takaful sebahagian yang ada dalam list komitmen kita bulan2... Bukannya, belanja sampai (-) dan rasa takaful ni sebagai beban.. Cuba bayar takaful tu macam bayar umah & kereta.. kan mudah tu Gunakan duit kita dengab sebaik mungkin..kita yang pilih jalan hidup kita...Nak senang tak senang & nak susah, tak susah.. Apa yang kita pilih hari ini, itu la yg tentukan masa depan kita