Posts

Showing posts with the label anak

LEGASI ANAK PENEROKA FELDA

 PENEROKA & WARIS PENEROKA FELDA PERLU TAHU, ADAKAH BENAR TANAH² FELDA MILIK SEMPURNA PENEROKA? Forum yang diadakan di Unisza pada 9hb Februari 2017 yg lepas membahaskan isu ini dengan panjang lebar. Di pihak Felda menegaskan tanah ini terikat dengan Akta GSA 1960 yg membawa makna apapun ( jual / hibah / wasiat dll ) tidak boleh dibuat melainkan dengan "consent" Felda. Pembentang menyatakan tanah ini sebenarnya hanya "Pemilikan Manfaat" & bukan pemilikan hakikat ! Dalam erti kata lain Felda berkuasa sepenuhnya ke atas tanah Felda. Pandangan kedua membahaskan pula bahawa tanah Felda ini milik sempurna kerana ia boleh dipusakai malah boleh dihibah , diwasiat & boleh dijual dengan kebenaran Kerajaan Negeri & bukan "consent" Felda. Ada kes tanah Felda dicagar ke bank & bila tidak dibayar pinjamannya tanah ini dilelong oleh bank kepada pihak ketiga. Pandangan saya ? Tanah Felda ialah MILIK SEMPURNA & peneroka ada hak penuh utk membuat ap...

ILMU PERANCANGAN HARTA

 BENARKAH HARTA WANITA YG TIDAK BERKAHWIN DAN TIDAK MEMPUNYAI ANAK AKAN DISERAHKAN KPD BAITULMAL? Rupanya masih terdapat salah faham dalam kalangan masyarakat Islam sendiri tentang pengurusan harta pusaka Islam. Bahkan baru-baru ini kita melihat seorang peguam wanita Muslim seoalah-olah mempersendakan hukum perwarisan dalam Islam dengan mengatakan bahawa hukum tersebut sudah tidak relevan lagi. Asbabnya, beliau mengatakan, hukum perwarisan Islam tidak adil kepada wanita kerana sebahagian besar harta pusaka bagi wanita yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak, akan pergi kepada Baitulmal. Adakah benar dakwaan sebegini? Sebelum menjawab persoalan ini, kita fahami dulu apakah yang dimaksudkan dengan Baitulmal dan bagaimana harta pusaka boleh sampai kepada Baitulmal. Secara ringkasnya, Baitulmal adalah satu bentuk institusi kewangan harta dalam Islam. Ia terdiri dari pelbagai sumber hasil seperti zakat, harta wakaf, cukai-cukai (kharaj) dan lain-lain sumber yang pengumpulan dan pe...

Tuntutan si ayah

Image
Saya bertemu satu kes yang unik. Ayah menghilangkan diri selama berpuluh tahun. Si ibu yang bertungkus-lumus membesarkan anak lelaki tunggalnya hingga berjaya sebagai ahli perniagaan. Disebabkan suaminya tidak dapat dikesan, si ibu memohon fasakh dan diluluskan Mahkamah Syariah. Ditakdirkan, pada satu hari, si anak yang hobinya menunggang motosikal berkuasa tinggi telah kemalangan dan meninggal dunia. Dia masih bujang tetapi harta yang ditinggalkan bernilai hampir RM8 juta. Ketika tahlil arwah, tanpa diduga muncul si ayah yang telah berpuluh tahun ghaib tadi. Si ibu sangat marah dan memaki hamun bekas suaminya. Si ayah hanya berdiam diri tidak membalas apapun kata kesat yang dilemparkan ke atasnya. Dia hanya berbunyi, “Saya hanya mahu tuntut hak saya ke atas harta pusaka sebagai ayah.” Makin marahlah si ibu kerana merasakan adalah tidak adil si ayah mendapat harta pusaka kerana dia gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan suami. Saya ditanya si ibu dan jawapan saya i...

ANAK DERHAKA DAPAT HARTA PUSAKA?

Image
 Saya pernah ditanya soalan ini. Adakah anak derhaka juga dapat menerima harta pusaka? Bila saya tanya lanjut apa yang dimaksudkan dengan anak derhaka? Hamba ­Allah itu menceritakan tentang adiknya yang lari meninggalkan rumah sejak muda. Malah, adiknya tidak pernah balik menjenguk dan mengambil berat tentang ayah mereka yang terlantar uzur bertahun-tahun lamanya. Sekarang ayahnya telah meninggal dunia dan adik ini muncul kembali untuk menuntut haknya ke atas harta pusaka ayah. Pastinya ada kisah di sebalik merajuknya si adik dengan ayahnya yang biasanya berjela-jela panjang. Saya tidak berhasrat menghurai kisah merajuk ini sebaliknya hanya ingin memberi tumpuan kepada persoalan hak anak derhaka itu kepada harta pusaka. Tiga sebab Di dalam Islam, hanya ada tiga sebab sahaja yang menyebabkan waris sepatutnya dapat harta pusaka tetapi terhalang. Sebab itu ialah - Pembunuhan,  - Berlainan agama dan  - Hamba sahaya  Pas­tinya situasi hamba sahaya tidak wujud hari ini. Ba...

MUDAHNYA BELAJAR FARAID (Faraid Anak Perempuan)

Image
 Sebenarnya ramai yang bertanya saya berapa bahagian faraid anak perempuan. Mereka risau anak perempuan tak ada hak. Malah masih ramai yang beranggapan bahawa anak perempuan tidak layak mewarisi harta pusaka.  Pertamanya kena faham, anak perempuan ialah kategori waris utama atau waris fardhu iaitu waris yang WAJIB dapat bahagian faraid dan tidak terhalang oleh mana2 ahli waris yang lain. Keduanya kena faham, bahagian faraid anak perempuan ada 3 keadaan berdasarkan Surah An-Nisa ayat 11 :    يوُصِيكُمُ اللّٰهُ فِي أَوْلَدِكُمْ لِلذَّكَرٍ مِثْلُ حَظِّ الْاُنثَيَيْنِ فَاِن كُنَّ نِسَأً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثاَ ماَ تَرَكَ وَإِن كاَنَتْ وٰحِدَةً فَلَهاَ النِّصْفُ.. “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika hanya ada anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si m...

Barang2 Yang Anak Beli Untuk Emak Ayah Di Kampung Tidak Boleh Diambil Semula Apabila Mereka Meninggal. Haram, Ramai Tidak Tahu Perkara Ini 😱😱

Image
Ada anak-anak yang tidak faham, dan anggap perkara pemberian barang pada orang tua itu isu remeh. Yang mana, waktu hayat mereka masih ada, anak-anak hadiahkanlah barang seperti perabot, peti ais, dapur dan sebagainya. Apabila emak ayah sudah tiada, anak yang memberi hadiah barangan itu tidak boleh mengambil balik barang tersebut. Jatuh hukum haram. Ini yang dijelaskan oleh Ustaz Ahmad Nassri Ibrahim, yang mempunyai kepakaran dalam perancangan harta dan pengurusan. Haram Mengambil Balik Barang, Selepas Emak Ayah Meninggal Periuk letrik, peti ais, dapur, almari dan lain-lain perabot kita beli dan bagi kepada orang tua (ibu bapa).  Bila mereka telah meninggal dunia kita ambil balik pemberian sebab kita kata itu semua kita yang belikan untuk ibu. HARAM itu tuan-tuan. Barang–barang itu sudah menjadi pusaka. Tidak boleh diambil sebelum mendapat keizinan semua waris. Jangan suka-suka kita mengambil balik sebab disana ada hak waris lain dalam harta pusaka itu. Barang yang sudah kita bagi k...

PASANGAN YG ADA ANAK ANGKAT

Image
 KREDIT: Salmi Salleh Lewat petang smlm saya ke rumah sepasang suami isteri yang berumur lewat 70an dan 60an... Mereka adalah kenalan lama saya dan jiran lama kpd suami saya.  Kisahnya bermula apabila saya berurusan dengan mereka berkaitan dengan pindahmilik harta amanah atas nama si isteri. Pasangan ini adalah peniaga yg sangat berjaya di tempat saya dan sangat pemurah orangnya.  Suka bersedekah dan tidak pernah lupa mbayar zakat perniagaan. Namun,  walaupun diberikan kejayaan dalam perniagaan tetapi seribu kali sayang, tidak dikurniakan anak kandung sebagai penyeri rumah tangga dan sebagai penerus keturunan. Isteri pernah diberi nikmat untuk mengandung tetapi mengandung di luar rahim dan kandungan tersebut terpaksa dibuang demi keselamatan si ibu.. Puas berusaha tetapi rezeki untuk mendapatkan zuriat sendiri tidak berpihak kpd mrk. Dipendekkan cerita pasangan ini telah diberi peluang menjadi ibu dan bapa kpd dua anak angkat yg dipelihara sejak dr kecil lagi.  ...

ADAKAH BAYI DLM. KANDUNGAN MEMPUNYAI HAK PUSAKA

Image
Pengenalan : Undang-undang Pusaka Islam atau Faraid menentukan hak mempusakai harta pusaka kpd beberapa golongan waris, termasuklah bayi atau janin dlm kandungan ibunya. Malah, ada Bab khusus dalam Faraid yg dinamakan “Mirathal Haml” yg membincangkan perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Faraid atau Undang-undang Pusaka Islam ini adalah satu sistem pewarisan yg menyeluruh, teliti dan terperinci bagi menjamin hak dan keadilan kepada waris-waris berhak. Hukum Berkaitan Hak Pewarisan Bayi Dalam Kandungan : Imam-Imam Mazhab bersepakat mengatakan bahawa bayi dlm kandungan itu berhak mendapat harta pusaka dari Si-Mati. Ini disebabkan bayi dlm kandungan atau janin dikategorikan sebagai hidup secara taqdir (ketentuan Allah swt). Namun, pewarisan pusaka bagi bayi dlm kandungan atau janin itu tertakluk kpd. beberapa syarat, antaranya ialah: ❇ Janin tersebut terhasil dari perkahwinan yg sah. Jika tidak, dia hanya berhak mewarisi dari pusaka ibunya sahaja. ❇ Janin itu sudah wujud di dalam kandungan ...