Posts

Showing posts with the label hutang

Saya banyak hutang daripada harta, adakah perlu buat wasiat?

Image
Sangat digalakkan berwasiat dengan harta yang sedia ada dan berwasiat supaya ahli waris menyelesaikan hutang terlebih dahulu. Hutang ini perlu dijelaskan kerana impaknya ke atas anda di akhirat kelak. Sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Roh seseorang mukmin itu akan tergantung-gantung di akhirat kelak, hingga dia melunaskan hutangnya”. Mati dalam keadaan berhutang, pahala kebaikannya menjadi ganti. Seseorang yang mati dalam keadaan hutangnya masih belum dilunaskan dan waris-warisnya tidak melangsaikan melalui harta pusaka si mati, maka pahala kebaikan si mati akan digantikan untuk membayar hutang tersebut. Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: و من مات و عليه دَينٌ فليسَ ثَمَّ دينارٌ و لا درهمٌ ، و لكنَّها الحسناتُ و السيِّئاتُ Yang bermaksud:  “Sesiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah ...

Hutang & Wasiat

Image
 Saya ada banyak harta yang masih berhutang, boleh ke nak buat wasiat nanti? Boleh..kena nyatakan dalam wasiat kerana hutang akan diselesaikan terlebih dahulu, barulah dilaksanakan wasiat.  Al-Quran sendiri mengisyaratkan berat perihal hutang dengan ayat paling panjang, iaitu surah al-Baqarah ayat 282. Sementara itu, Al-Quran juga menyatakan hutang perlu dilunaskan walaupun penghutang sudah meninggal dunia dengan hartanya sendiri sebelum dibahagikan sebagai pusaka kepada waris. Allah SWT berfirman:  Dan bagimu (suami) satu perdua daripada harta ditinggalkan isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat harta ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) selepas dibayar hutangnya.  (Al-Nisa': 12) Jelas, pembayaran hutang bukan perkara boleh dibuat main-main. Lebih jelas, al-Quran menganjurkan diwujudkan perjanjian sekiranya berhutang. Walaupun perkara ini mungkin tampak janggal jika...

PEMBAHAGIAN HARTA MENURUT ISLAM:

Image
 Perancangan pengurusan harta dalam Islam terbahagi kepada dua: 1️⃣ Perancangan Harta semasa hidup  2️⃣ Pembahagian Harta selepas kematian  pemilik harta.  Di antara bentuk-bentuk perancangan harta semasa hidup adalah seperti hibah, wasiat, wakaf, sedekah dan nazar.  Manakala, pengurusan harta  selepas berlaku kematian pula ialah pembahagian harta pusaka yang tertakluk kepada hukum faraid. Walaupun faraid berperanan dalam urusan pembahagian  harta pusaka, namun pengagihan harta melalui cara tersebut mampu menjurus kepada masalah-masalah tertentu jika tidak ditadbir urus dengan sempurna serta  tidak difahami dengan betul. Pembahagian harta pusaka bertujuan untuk memberikan kepada yang berhak dan untuk membantu waris yang ditinggalkan. Syarak telah menetapkan apabila seseorang itu meninggal, hartanya akan dibahagikan mengikut pembahagian faraid. Pembahagian harta secara faraid adalah salah satu cara pembahagian harta di dalam Islam.  Ayat-ayat ...