Hibah Amanah ASB Memudahkan Proses Tuntutan Waris Selepas Kita Meninggal Dunia
Secara umum, majoriti masyarakat Muslim di Malaysia mengambil pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan hukum harus melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) sejak tahun 2008. Perkara ini secara tidak langsung telah membantu sebahagian besar umat Islam di Malaysia untuk membuat pelaburan secara pasif, kerana masih ramai yang tidak mampu untuk membuat pelaburan secara aktif di Bursa Malaysia sebagai contoh. Ini merupakan satu perkembangan yang positif kalau dilihat daripada sudut pengukuhan pegangan ekonomi umat Islam di Malaysia, yang juga merupakan salah satu tujuan pengharusan melabur dalam ASB seperti yang dinyatakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa akaun pelaburan ASB tetap tertakluk di bawah Akta Pentadbiran dan Probet 1959, di mana apabila pemilik akaun meninggal dunia; akaun pelaburan tersebut akan dibekukan. Jadi waris yang nak menuntut pengeluaran wang daripada unit amanah ASB si mati, m...