*5 TERTIB PENGURUSAN HARTA PUSAKA DLM ISLAM*
Pengurusan harta pusaka adalah sebahagian daripada proses perancangan kewangan yang penting. Dalam Islam, faraid memainkan peranan besar dalam penentuan pembahagian harta. Pengurusan harta pusaka dalam kalangan umat Islam adalah satu prosedur yang penting untuk difahami, khususnya untuk masyarakat Islam. Tanpa pengurusan harta pusaka yang baik, pelbagai pertikaian boleh berlaku sehingga menyebabkan kepada konflik perebutan harta, permusuhan keluarga sehingga memerlukan penyelesaian mahkamah. Mengapa ia berlaku? Jawapannya adalah kerana kekurangan pengetahuan dalam menguruskan harta pusaka dalam kalangan keluarga atau waris yang terlibat. Terdapat beberapa tertib (langkah) yang boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang pertelingkahan dan memastikan pembahagian harta pusaka yang lebih adil selepas berlakunya kematian: 1. Asing 2. Tuntut 3. Bahagi harta sepencarian 4. Pelaksanaan wasiat 5. Pelaksanaan faraid *1. Asing* Lakukan pengasingan ter...