Posts

*5 TERTIB PENGURUSAN HARTA PUSAKA DLM ISLAM*

Image
 Pengurusan harta pusaka adalah sebahagian daripada proses perancangan kewangan yang penting.  Dalam Islam, faraid memainkan peranan besar dalam penentuan pembahagian harta. Pengurusan harta pusaka dalam kalangan umat Islam adalah satu prosedur yang penting untuk difahami, khususnya untuk masyarakat Islam. Tanpa pengurusan harta pusaka yang baik, pelbagai pertikaian boleh berlaku sehingga menyebabkan kepada konflik perebutan harta, permusuhan keluarga sehingga memerlukan penyelesaian mahkamah. Mengapa ia berlaku?  Jawapannya adalah kerana kekurangan pengetahuan dalam menguruskan harta pusaka dalam kalangan keluarga atau waris yang terlibat.  Terdapat beberapa tertib (langkah) yang  boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang pertelingkahan dan memastikan pembahagian harta pusaka yang lebih adil selepas berlakunya kematian: 1. Asing 2. Tuntut 3. Bahagi harta sepencarian 4. Pelaksanaan wasiat 5. Pelaksanaan faraid *1. Asing* Lakukan pengasingan ter...
 Jika saya beli atas tangan bagaimana? Mesti ada dokumen jual beli antara anda dan penjual. Mesti ada rekod. Jika berlaku pertikaian di kemudian hari, bagaimana nak membuktikan rumah tersebut milik anda? Sila jawab. Jom tanya: Norul Fatihah bt Mohammad Nor Whatsapp: wasap.my/601110724106/naktakaful  wasap.my/601110724106/nakwasiat  Blog: https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/ Facebook: https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/ #aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment
 Susah la, Sales and Purchase Agreement rumah tak jumpa. Boleh buat wasiat dulu dengan maklumat apa yang ada, jika dah jumpa kemudian boleh update. Jika masih tak jumpa sila minta salinan daripada developer. Jom tanya: Norul Fatihah bt Mohammad Nor Whatsapp: wasap.my/601110724106/naktakaful  wasap.my/601110724106/nakwasiat  Blog: https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/ Facebook: https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/ #aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment
 Kenapa perlu declare untuk berwasiat? Sebab jika pasangan anda tidak tahu anda memiliki harta tersebut, kemungkinan harta tersebut tidak dapat diuruskan. Ada kes, harta tertinggal yang tidak diserahkan kepada waris yang berhak.  Selepas 5 – 6 tahun selepas pembahagian pusaka, baru tau kewujudan harta tersebut. Kan dah menyusahkan waris-waris? Contoh lain: beli rumah guna nama adik. Anda mati, adik senyap je buat tak tahu. Atas kertas dah nama dia, bagaimana nak tuntut? Jangan buang masa dan duit untuk naik turun mahkamah.
 Semua harta nak declare ke? Jika anda nak memudahkan urusan waris kenapa nak sembunyikan?
 Banyak betul dokumen nak kena sediakan wasiat nie. Benar, ini bagi memudahkan wasi mentadbir harta pusaka, melunaskan hutang serta melaksanakan kebajikan yang anda hajati.
 Puan, Sales and Purchase Agreement nak fotostat semua ke? Tak perlu, muka surat yang ada menunjukkan alamat rumah (PT no, HS no, mukim, daerah dan etc. Bahagian yang anda sain perlu juga (bahagian term & condition tak perlu).
 Rumah bagaimana nak agihkan puan? Tak kan nak letak dapur siapa punya, bilik air siapa punya? Ikut percent (%) saje, bila dah pindah milik andaikata tiada siapa nak duduk rumah tu. Boleh jual dan hasil jualan akan diserahkan mengikut peratus yang ditetapkan.
 Sila putuskan bagaimana harta nak diagihkan tu bagaimana? Saya kena plan nak bagi pada siapa harta saya ke? Betul. Tulis tangan pon tak pe, asalkan saya boleh baca.
 Saya nak buat wasiat, apakah maklumat yang diperlukan? Tahniah, sediakan maklumat seperti berikut. STEP 1 – Sediakan 3 salinan ic anda (pewasiat) STEP 2 – Sediakan 3 salinan ic waris (penerima harta) STEP 3 – Sediakan 3 salinan maklumat harta benda anda. (Bukti menunjukkan harta tersebut adalah milik anda) 3.1 Rumah / tanah – 3 salinan snp atau geran atau sebarang maklumat jual beli 3.2 Kereta / moto – 3 salinan geran 3.3 Kwsp / bank / asb / tabung haji / takaful / insurans / koperasi / barang kemas – 3 salinan penyata yg mengandungi no akaun, nama dan ic. (Berapa nilai atau baki tak perlu, sebab wasi akan mula mengakses harta anda selepas mendapat geran probet dari mahkamah). Contoh: STEP 4 – [Penting] Sila putuskan bagaimana harta nak diagihkan. Contoh : Rumah STEP 5 – Senaraikan hutang kita kepada orang. STEP 6 – Senaraikan orang yang berhutang pada kita.
 Jika suami sudah hilang upaya masih boleh berwasiat? Boleh, asalkan dia waras fikiran, baik ingatan, tidak dipaksa dan memahami wasiat yang dibuat.
 Jika suami koma boleh buat wasiat ke? Tidak boleh sebab dia tidak waras fikiran dan tidak baik ingatan.
 Bagaimana pihak wasi tahu saya mati ke belum? Itu tugas waris memaklumkan pada wasi yang dilantik. Sebab itu dalam borang wasiat tersebut ada maklumat orang yang boleh dihubungi. Sebagai pewasiat, anda perlu memaklumkan kepada mereka yang anda telah membuat wasiat dengan wasi yang dilantik. Jika berlaku kematian, orang yang boleh dihubungi itu boleh memaklumkan kepada wasi.
 Okey, saya dah buat wasiat. Jika dah mati, berapa lama proses urusan pusaka? Lebih kurang 3 bulan sahaja.
 Jika saya tidak mahu membuat wasiat boleh tak? Boleh sahaja jika anda ingin jadikan harta pusaka anda beku? Silakan… 5 tahun belum tentu selesai pengurusan harta pusaka anda, percayalah..
 Siapakah yang perlu berwasiat? Semua orang perlu buat wasiat jika mereka: 1. Orang yang berharta 2. Orang yang mempunyai anak angkat 3. Orang yang tiada waris 4. Orang yang tidak berkahwin 5. Orang yang berhutang 6. Muallaf
 Apakah sebab utama harta umat Islam beku begitu banyak sekali? Banyak, antaranya: 1. Waris tidak tahu proses tuntutan harta pusaka. 2. Kos proses tuntutan harta pusaka mahal. 3. Waris tidak tahu hukum faraid. 4. Proses tuntutan harta pusaka memakan masa yang panjang. 5. Waris tidak melantik pentadbir untuk uruskan harta pusaka.
 Apakah kesan tidak berwasiat? Tiada kebajikan dibuat oleh si mati dan berkemungkinan harta pusaka sukar diurus sekiranya tiada waris yang ingin mengambil inisiatif.
 Kenapa ramai orang Islam tidak berwasiat? Kurang pendedahan kepada kepentingan wasiat dan sering sekali menganggap tiada harta yang ingin diwasiatkan.

Adakah wasiat itu penting?

Image
 Ya, sangat penting kerana : 1. Mempercepatkan proses surat kuasa pusaka. 2. Mengelakkan persengketaan waris. 3. Melindungi kebajikan masa depan anak-anak. 4. Isteri mendapat hak yang sewajarnya. 5. Memastikan harta diagihkan mengikut hasrat. 6. Tanpa perlu menghadapi kerenah birokrasi. PENSYARIATAN WASIAT Wasiat disyariatkan melalui nas al-Quran, hadis, amalan sahabat dan ijmak. Pada peringkat permulaan Islam, seseorang itu diperintahkan berwasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang terdekat sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud: “Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”. Namun kebanyakan para sahabat antaranya Saidina AbuBakar, Ali, Ibn Umar dan Mazhab Sunni yang empat termasuk Imam Syaf...