BUATLAH PERSEDIAAN SEBELUM MENINGGAL DUNIA

 Saya jumpa ramai prospek, mereka sangat bimbang jika berlaku sesuatu kat diri.


Tapi bila tanya apa yang telah dibuat, kebanyakan tak buat apa2.


Jadi, saya nak share sikit PERKARA PENTING yang perlu dibuat.


1️⃣ Tulis segala hutang yang ada secara detail termasuk jumlah dan nombor telefon pemberi hutang atau orang yang berhutang dengan kita.

Begitu juga hutang dengan Allah seperti nazar, fidyah, zakat dll.


2️⃣ Rekodkan segala harta, samaada harta alih atau tidak alih. Tulis no geran, snp dan nombor telefon atau bank yang akan menjadi rujukan jika aset masih dibawah loan bank. Begitu juga no akaun bank, ASB, TH, KWSP, UNIT TRUST dll. 


3️⃣ Jika nilai keseluruhan aset melebihi 2 juta, dicadangkan untuk melantik Syarikat Amanah atau Syarikat yang pakar dalam membuat penulisan wasiat serta bagi memudahkan proses pentadbiran pusaka nanti.


4️⃣ Sediakan satu plan hibah takaful kerana disaat harta pusaka dalam proses pentadbiran dan pembahagian yang pasti mengambil masa lama jika tiada kerjasama antara waris, hibah takaful adalah back up untuk menyediakan sejumlah tunai kepada waris tanpa melalui proses pusaka dan cepat. 

(Pengalaman saya melihat waris mendapat pampasan hibah takaful secepat seminggu).


5️⃣ Kena ceritakan kepada pasangan atau anak2 kita berkenaan harta, wasiat, hibah dan apa saja yang kita ada kerana mereka akan menguruskan disaat kita sudah tiada.


Banyak kes yang saya jumpa, harta pusaka tidak boleh diurus dan diagihkan oleh waris kerana tidak tahu dimana ianya berada.


Kebanyakan kes sebegini adalah rumah, tanah dan aset tidak alih.


Bayangkan kalau rumah dan tanah yang dibeli jauh di johor dan waris berada di kelantan, sudah pasti ia perlu pergi ke johor. Kes sebegini memerlukan komitmen masa, wang dan kena ada ilmu untuk menguruskannya.


Sangat2 penting untuk ceritakan kepada pasangan samaada suami atau isteri berkaitan harta yang ada. 


Buat apa kita kerja siang malam nak bayar rumah dan sediakan aset kepada keluarga kita, akhirnya ia tak di uruskan dan tak selesai. 


Kena ingat, hari ni harta yang tidak dituntut dan tak selesai urusan pusakanya di Malaysia berjumlah 70 Billion. Satu angka yang sangat besar. 


Jangan biarkan harta kita juga termasuk dalam jumlah ini kerana kita tidak tahu bagaimana CABARAN kepada waris2 kita nanti. 


JOM KITA MERANCANG HARTA KITA SEBELUM KITA REBAH

Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?