HIBAH: APA AKAN TERJADI SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN PEMILIK RUMAH?

Rumah merupakan keperluan asas yang penting buat sesuatu keluarga. 

Tapi apa akan berlaku sekiranya berlaku kematian pemilik rumah?

Dan mengapakah penghibahan rumah penting?


1. Apa itu penghibahan rumah?


Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada orang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad). Ia berbeza dengan wasiat yang merupakan pemberian harta selepas berlaku kematian pewasiat.

Memandangkan rumah merupakan antara aset terpenting seseorang individu, menghibahkan rumah anda adalah langkah yang bijak untuk memastikan ianya jatuh ke tangan orang yang anda sayang. Ia wajar dilakukan untuk mengelakkan kemelut keluarga yang menyebabkan pasangan dan anak-anak anda hilang tempat tinggal setelah anda tiada nanti. Sanggupkah anda melihat rumah dan harta peninggalan menjadi hak milik waris yang lain?


2. Apa akan berlaku sekiranya rumah tidak dihibahkan?


Sekiranya rumah tidak dihibahkan, rumah tersebut akan dibahagikan mengikut hukum faraid apabila berlakunya kematian. Terdapat cara pengiraan yang berbeza di dalam hukum faraid. Ia bergantung kepada senario dan bilangan waris.

Kami mengambil contoh sekiranya pemilik rumah merupakan suami yang mati. Maka pembahagian adalah seperti berikut:


1. Bapa (1/6 daripada rumah)

2. Ibu (1/6 daripada rumah)

3. Isteri (1/8 daripada rumah)

4. Anak-anak (baki rumah yang kemudiannya dibahagikan mengikut nisbah 2:1 di antara anak-anak lelaki dan perempuan)


Jika berlaku perceraian, hak isteri ke atas rumah tidak terjamin kerana nama isteri tiada di dalam geran. Isteri boleh failkan tuntutan harta sepencarian untuk menuntut hak ke atas rumah dan harta yang lain. Perkongsian harta seperti rumah adalah merumitkan. Malahan, sekiranya si suami mati, rumah tidak akan menjadi milik isteri sepenuhnya. Oleh demikian, penghibahan merupakan jalan penyelesaian yang baik.


3. Bolehkan rumah yang masih bercagar dihibahkan?


Sekiranya rumah masih lagi berada dalam tempoh pinjaman bank, secara teknikal bank merupakan pemilik bersama rumah anda. Rumah tersebut dianggap masih bercagar dan secara umumnya tidak boleh dihibahkan.

Bagaimanapun, Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB) dapat dilakukan sekiranya terdapat jaminan bahawa hutang tersebut dapat dilangsaikan setelah pemberi hibah meninggal dunia. Bentuk jaminan yang dibolehkan ialah seperti mengambil perlindungan Takaful sama ada MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) atau MLTT (Mortgage Level Term Takaful) ke atas pinjaman.


Dengan adanya pelan perlindungan seperti yang dinyatakan, baki pinjaman tersebut akan dilangsaikan oleh syarikat Takaful dan waris tidak lagi terbeban untuk menanggung baki hutang yang ada.


KLIK UTK INFO LANJUT:

Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:
.
wasap.my/+601110724106/naktakaful
wasap.my/+601110724106/nakwasiat
.
Norul Fatihah Mohammad Nor
Ejen Perunding AIA Takaful & 
Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka

#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga

Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?