HIBAH TABUNG HAJI & HIBAH ASB



 1. Hibah Amanah Tabung Haji

– Hibah Amanah TH bersifat HIBAH MUTLAK
– Jika penerima hibah meninggal dunia, ia merupakan pusaka penerima hibah (Kena FAHAM konsep ini betul-betul)

 

Contoh : Ahmad menghibahkan 100% akaun Tabung Haji kepada isterinya Kiah. Kiah kemalangan dan meninggal dunia. Akaun tabung haji tersebut akan dikira sebagai harta pusaka Kiah dan perlu difaraidkan. Ia bukan lagi milik Ahmad.

2. Hibah Amanah ASB

– Hibah Amanah ASNB mengguna pakai konsep HIBAH BERSYARAT
– Jika penerima hibah meninggal dunia dahulu, harta tersebut (ASB) berpatah balik kepada pemberi hibah iaitu pemilik akaun.

 

Contoh : Ahmad menghibahkan 100% akaun ASB kepada isterinya Kiah. Kiah kemalangan dan meninggal dunia. Hibah tersebut akan terbatal dan kembali semula pemilik asalnya iaitu suaminya, Ahmad.

 

3. Hibah Takaful

– Menggunakan instrument TAKAFUL sebagai alat untuk memberi hibah. Bermakna, perlu mencarum takaful.
– Merupakan JENIS HIBAH BERSYARAT, iaitu penerima hibah akan memiliki manfaat tersebut apabila peserta takaful meninggal dunia.
– Jika peserta masih hidup ketika berakhirnya tempoh matang, nilai tunai (jika ada) tersebut akan menjadi milik peserta dan bukannya penerima hibah tersebut.

Contoh : Ali menyumbang RM 300 sebulan melalui produk Hibah Takaful dan menamakan isterinya Minah sebagai penerima hibah. Apabila Ali meninggal setahun kemudian, isterinya menerima RM 300,000 daripada Syarikat Takaful.

 

Tricks
1. Hibah Takaful berbeza dengan Dokumen Hibah
– Hibah Takaful memerlukan pemberi hibah mencarum takaful, bermaksud ada komitmen pembayaran setiap bulan dalam tempoh tertentu. Manakala dokumen hibah pula hanya mengenakan bayaran “One-off” sebagai yuran dokumen hibah tersebut.
2. BUKAN SEMUA orang perlu membuat hibah.

 

Tips
1. Pastikan dalam polisi takaful anda, TICK bahagian “HIBAH BERSYARAT” bukan Wasi (jika tidak, duit pampasan dari polisi tersebut akan di FARAID kan)

 

Kesilapan ini terlalu banyak saya jumpa apabila review polisi klien-klien saya. Jadi, sila SEMAK polisi anda sekarang. Ada yang lagi teruk, penamaan tidak dibuat langsung.

 

Nota Tambahan
1. Hibah bukan menafikan Faraid tetapi lebih merupakan instrument untuk mengimbangi pembahagian harta.
2. Apabila hibah harta telah dibuat, ia bukan lagi merupakan sebahagian daripada harta pusaka dan terkeluar daripada Faraid.

 

DISCLAIMER : Penerangan hibah sebenarnya lebih kompleks daripada di atas, tetapi saya hanya ringkaskan untuk tujuan kefahaman mudah masyarakat. Jika ada sesiapa yang lebih berpengetahuan, dijemput untuk berkongsi ilmu bersama-sama.

CNP

Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:
.
wasap.my/+601110724106/naktakaful
wasap.my/+601110724106/nakwasiat
.
Norul Fatihah Mohammad Nor
Ejen Perunding AIA Takaful & 
Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka

#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga

Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?