Saya banyak hutang daripada harta, adakah perlu buat wasiat?

Sangat digalakkan berwasiat dengan harta yang sedia ada dan berwasiat supaya ahli waris menyelesaikan hutang terlebih dahulu.


Hutang ini perlu dijelaskan kerana impaknya ke atas anda di akhirat kelak. Sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Roh seseorang mukmin itu akan tergantung-gantung di akhirat kelak, hingga dia melunaskan hutangnya”.


  1. Mati dalam keadaan berhutang, pahala kebaikannya menjadi ganti.

Seseorang yang mati dalam keadaan hutangnya masih belum dilunaskan dan waris-warisnya tidak melangsaikan melalui harta pusaka si mati, maka pahala kebaikan si mati akan digantikan untuk membayar hutang tersebut. Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

و من مات و عليه دَينٌ فليسَ ثَمَّ دينارٌ و لا درهمٌ ، و لكنَّها الحسناتُ و السيِّئاتُ

Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan.” (Riwayat Abu Daud)


Seseorang yang mempunyai hutang kemudian meninggal dunia, hutangnya hendaklah dilangsaikan oleh waris-warisnya atau wasi atau pentadbir yang dilantik melalui harta pusakanya. Ia sebagaimana firman Allah SWT:

مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ

Yang bermaksud: “(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.” (Surah al-Nisa’: 11)

Dari segi pelaksanaan, Rasulullah SAW mendahulukan pembayaran hutang daripada pelaksanaan wasiat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a. yang bermaksud: “Apabila kamu memerhatikan susunan ayat itu, maka Baginda SAW menetapkan pembayaran hutang si mati didahulukan dari wasiat.” (Riwayat al-Tirmiz)

Tanggungjawab Penghutang Melunas Hutang Walaupun Pemiutang Telah Meninggal Dunia

Harta yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya akan menjadi milik waris yang ditinggalkan. Ini jelas sepertimana yang dinyatakan di dalam hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:

مَنْ مَاتَ وَتَرَكَ مَالاً فَمَالُهُ لِمَوَالِي الْعَصَبَةِ

Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dan meninggalkan harta, maka hartanya itu adalah untuk wali asabah.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam pembahagian harta pusaka orang Islam, hutang penghutang terhadap si mati adalah termasuk dalam definisi harta pusaka. Ulama mendefinisikan harta pusaka sebagai semua yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta, hak dan manfaat. Hutang adalah harta si mati yang dipinjam dan wajib dikembalikan semula kepada ahli waris sebagai harta pusaka kerana pemilikan si mati sudah beralih kepada para waris.

Dalam hal ini, wajib kepada penghutang untuk membayar hutang tersebut kepada ahli waris si mati kerana hutang tersebut telah menjadi sebahagian daripada harta pusaka. Harta si mati telah beralih pemilikan dengan sendirinya menjadi milik waris sesudah ketiadaan si mati. Oleh itu, hutang tersebut tertakluk kepada pembahagian secara faraid yang telah ditetapkan oleh hukum syarak.



cc: 

https://hanaffi.com/wasiat-hutang/

https://efaraid.mais.gov.my/wang-orang-berhutang/


Jom tanya:

Norul Fatihah bt Mohammad Nor


Whatsapp:

wasap.my/601110724106/naktakaful 

wasap.my/601110724106/nakwasiat 


Blog:

https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/


Facebook:

https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/


#aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment

Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?