18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:
JS1 : Orang yg Berhutang memerlukan Perancangan harta kerana dikhuatiri waris2nya terbeban & menanggung kesusahan.
JS2 : Org yg berharta melebihi 2 juta Ke atas kerana proses pusakanya adalah di Mahkamah Tinggi Sivil yg memerlukan 2 org Pentadbir yg juga menjadi penjamin utk menyelesaikan agihan Faraid si Mati, yg mana setiap Penjamin mesti mempunyai nilai harta yg sama spt Si Mati.
J3: Tidak Berkahwin @ Bujang @ Duda tiada anak @ Janda tiada anak perlukan Perancangan Harta kerana sebhgn besar Harta-Pusakanya diwarisi oleh Adik-beradik dibandingkan dgn kedua-ibubapanya (Jika mereka masih ada).
J4: Muallaf perlukan Perancangan Harta sekiranya ahli keluarga asalnya (Cth: ibubapa, Adik-beradik) masih Bukan islam menyebabkan mereka (ahli Keluarga tersebut) tidak berhak mewarisi Harta-Pusaka Muallaf tersebut. Selain itu, baki Harta Muallaf yg tiada anak lelaki akan diserahkan kpd BaitulMal.
J5 : Jemaah Haji perlu melakukan Perancangan Harta kerana Ianya adalah satu sunnah bagi mereka yg bermusafir 2 malam & lebih. (Rujuk Hadis Riwayat Imam Bukhari & Muslim)
J6: Suami-isteri yg tiada anak perlukan Perancangan Harta kerana sebhgn dr Harta-pusakanya berhak diwarisi oleh Adik-beradik mereka. Jika suami-isteri itu adalah Muallaf, Baki Harta-Pusakanya diberikan Ke BaitulMal.
J7: Pasangan yg ada anak Perempuan sahaja perlukan Perancangan Harta kerana sebhgn Harta-Pusaka akan diwarisi oleh Adik-beradik mereka sekiranya bapa mereka sudah tiada.
J8: Pasangan yg ada anak angkat & Anak X Sah Taraf perlukan Perancangan Harta kerana anak angkat & anak X sah Taraf bukanlah waris yg berhak mewarisi Harta Pusaka.
J9: Mereka yg ada Anak Instimewa (AI) perlukan Perancangan Harta utk mereka kerana AI memerlukan penjagaan berterusan & juga memerlukan pemegang Amanah utk Harta yg diwarisinya (Harta diwarisi oleh AI).
10) Berpoligami. Pewarisan mengikut Faraid bagi isteri yg dipoligamikan akan mengecil mengikut jumlah isteri-isteri. Dan demi menjaga keharmonian keluarga di antara keluarga asal dan keluarga baru, Si Suami eloklah merancang hartanya utk diberikan kpd setiap isterinya.
11) Ahli Perniagaan terutamanya yg memiliki Biznes “limited liability”, & perkongsian. Kelangsungan (continuity) perniagaan perlu dititik-beratkan walaupun berlaku kematian pemiliknya. Perancangan Harta dapat membantu kelangsungan ini.
12) Suami-isteri yg ada harta sepencarian. Deklarasi Harta Sepencarian semasa kedua-dua pasangan masih hidup adalah jauh lebih mudah apabila menuntutnya selepas meninggalnya salah seorang dr mereka. Pembuktian kukuh perlu dilakukan di Mahkamah Syariah jika tuntutan dibuat selepas kematian.
13) Suami-isteri yg ada harta “joint-ownership. Hartanah yg “joint-ownership secara automatik dibahagikan 50:50 kpd setiap pemilik. Jika salah seorg mereka meninggal dunia, bhgn 50% milik Si-Mati akan menjadi Pusaka & diagihkan kpd waris-warisnya. Oleh kerana pemilik seorang lagi masih hidup, bhgnnya yg 50% lagi mestilah terus dibayar jika mengambil pinjaman.
14) Suami-isteri yg nama di dokumen harta (pemilik) & pembayar “loan” harta berlainan. Ini adalah harta yg dipegang secara amanah oleh penama (pemilik dlm dokumen harta). Jika penama itu mati, harta ini bukanlah harta pusakanya. Adakalanya, harta sebegini adalah harta sepencarian.
15) Individu yg ingin sebhgn hartanya diamal-jariahkan @ diberikan hartanya pd bukan waris. Wasiat membenarkan hanya 1/3 shj dr jumlah harta utk diberikan kpd bukan waris. Jika melebihi 1/3, instrumen hibah perlu digunakan
16) Pasangan yg menginginkan hartanya diagihkan sama-rata antara anak2 lelaki & perempuannya. Pembahagian sebegini perlu dilakukan dgn cara Hibah.


Comments
Post a Comment