PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

 Hibah Mutlak -vs- Hibah Bersyarat

************************************
Hibah adalah pemberian kasih sayang tanpa balasan yg dibuat semasa hidup. Ada beberapa syarat dan rukun yg perlu dipatuhi dalam melaksanakan hibah. Antaranya ialah pemilikan sempurna ataupun hibah mutlak. Ini bersesuaian dengan takrifan hibah itu sendiri iaitu pemberian yang dibuat tanpa balasan.

Hibah Mutlak

Akad hibah dibuat semasa hidup dan pemilikan harta berpindah dari pemberi hibah kepada penerima hibah secara serta-merta. Kesan hibah mutlak ialah sekiranya penerima hibah mati dahulu maka harta yg dihibahkan akan menjadi milik mutlak waris2 penerima hibah mengikut hukum faraid. Walaupun pemberi masih hidup dia perlu melepaskan harta itu untuk diserahkan kepada waris2 penerima hibah.

Contoh hibah mutlak, seorang bapa menghibahkan 10 ekar tanah sawit kepada 7 org anaknya. Pindahmilik dibuat semasa bapa hidup. Selepas pindahmilik, bapa akan hilang pengawasan ke atas 10 ekar kebun tersebut. Ini bermakna, 7 org anak2nya boleh lakukan apa saja ke atas kebun sawit tersebut termasuklah menjualnya walaupun ketika bapa tadi masih hidup.

Hibah Bersyarat

Akad hibah dibuat semasa hidup tetapi pindahmilik harta hibah hanya akan dibuat selepas kematian pemberi hibah. Selagi Pemberi Hibah masih hidup, pemberi hibah masih boleh memanfaatkan harta tersebut untuk dirinya sendiri dengan persetujuan penerima hibah. Tetapi sekiranya penerima hibah mati dahulu maka harta hibah tersebut akan kembali semula kepada pemberi hibah (ruqba).
Contoh hibah bersyarat, seorang bapa menghibahkan 10 ekar kebun sawit kepada 7 org anak2nya. Akad pemberian dan penerimaan hibah telah dibuat secara bertulis. Walaubagaimanapun, pindahmilik hanya boleh dibuat selepas kematian bapa. Selagi bapa itu hidup, bapa masih boleh menikmati hasil dari kebun sawit tersebut dan anak2 tiada hak untuk buat apa2 ke atas tanah tu selagi bapa hidup.
Hibah cara ini lebih menjaga kepentingan dan keharmonian kedua2 pihak. Banyak kes yg berlaku, bila ibubapa dah hibahkan rumah kepada anak, ibubapa tersebut dihalau keluar dari rumah. Malah rumah dijual walaupun ibubapa masih hidup dan masih tinggal di dalamnya.
Hibah bersyarat masih belum popular dan aplikasinya masih belum secara meluas akibat ketiadaan kanun atau undang2 khusus berkenaannya. Walaubagaimanapun, hibah bersyarat telah banyak diterima dan disahkan di Mahkamah Syariah melalui Perintah2 Pengesahan Hibah berdasarkan ijtihad hakim, hujah para peguam dan mengambil kira maslahat umum berdasarkan sumber pendapat fuqaha’ yang muktabar. Hakikatnya di Malaysia konsep hibah ruqba sudahpun berjalan dan digunapakai oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi akaun bersama semenjak 2003 manakala bagi Hibah Takaful di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yg sudahpun mengkanunkan hibah ruqba.

Hibah Mutlak atau Hibah Bersyarat? Pilihan di tangan anda.

Disclaimer : Artikel ini hanya menerangkan secara ringkas perbezaan antara hibah mutlak dan hibah bersyarat tanpa mengupas secara terperinci perbezaan pendapat fuqaha’ tentang hukum kedua-dua hibah ini yg memerlukan perbahasan dan penerangan lebih panjang dan lanjut. Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya pembaca hanya mengambil hujah dan bertindak tanpa mendapatkan nasihat yg sempurna dari mana2 pihak yg pakar terlebih dahulu.
~Puan Roslina


Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful: . wasap.my/+601110724106/naktakaful wasap.my/+601110724106/nakwasiat . Norul Fatihah Mohammad Nor Ejen Perunding AIA Takaful & Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka (iLegasi) #aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk #kongsikongsiaia #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #viral #siakapkeli #diy #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga

Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?