BAGAIMANA CARA MEMBUAT DOKUMEN WASIAT DAN HIBAH?

 Sebelum itu, anda perlu faham. Kenapa anda perlu membuat dokumen wasiat atau hibah. Ya sekarang harta beku hampir 70 billion, dan sejuta lebih geran tanah belum ditukar nama. Malang bukan?


Kenapa anda perlu merancang harta anda?


1️⃣Supaya harta yang anda tinggalkan tidak menjadi beku, kita tidak mahu semua waris bergaduh kerananya dan ada waris yang makan harta batil

2️⃣Supaya harta yang anda anda cari setiap hari  selama ini menjadi asbab waris anda bersatu, berkasih sayang dan pahala sentiasa mengalir setiap hari walaupun kita sudah di kubur dengan manfaat harta tersebut disedekahkan.


Antara faktor harta beku di Malaysia ini ialah:


1.Waris tak tahu urus pusaka.

2.Waris tiada masa nak urus pusaka

3.Anggap pusaka tidak perlu disegerakan dan kalau nak urus cepat dianggap tamak

4.Tiada muafakat waris

5.Tiada duit untuk uruskan


Jadi bagaimana cara mudah untuk rancang harta anda dengan membuat dokumen?


Pertama: Ketahui faraid anda


Ketahui faraid anda, kenapa dalam dokumen kita nyatakan faraid anda?

Sebab supaya anda dan waris anda tahu siapa waris mengikut hukum faraid. 

Elakkan pengaduhan yang tak perlu dengan waris yang bukan waris faraid.. 

Saya banyak jumpa kes. kematian yang tiba-tiba ada orang kata dia waris faraid sedangkan ikut syarak beliau bukan waris.

Jadi itu langkah pertama. Tahu waris faraid anda siapa.


Kedua: Lantik Wasi


Buat wasiat pelantikan wasi.

Wasi boleh dibahagikan kepada dua:


1. Syarikat Amanah

2. Individu


Apa itu wasi?


Wasi ini panggilan lain ialah pentadbir. Jika kita tiada, wasi inilah yang akan melakukan tuntutan pusaka kita. Sangat penting dalam perancangan harta pusaka

Saranan saya, jika harta kita tidak lebih 2 juta. Lebih sesuai lantik individu sahaja.

Kalau lebih, barulah lantik syarikat Amanah seperti MyAngkasa Amanah.



Kenapa lantik wasi penting?


Beri rasa tanggungjawab kepada waris.

Jika kita tak lantik siapa siapa,  anak pertama akan mengharapkan anak kedua urus pusaka si arwah. Anak kedua pula berharap anak ketiga urus pusaka si arwah. Jadi, jika kita dah lantik siap siap, terus beliau ada rasa tanggungjawab untuk uruskan pusaka si arwah.

Bantuan kepakaran akan diberikan kepada wasi yang dilantik waktu hidup akan diberi surat. Jika kita tiada hari ini. Waris boleh membuka surat, boleh hubungi syarikat. Wakil syarikat akan datang ke rumah untuk beri khutbah pusaka, dapatkan persetujuan waris dan proses pusaka terus dibuat segera


Dalam 1 ke 6 bulan sudah selesai! Ya cepat sahaja


Kenapa?

Kerana kita sudah membuat pelantikan wasi, serta wasi diberi bantuan kepakaran oleh pihak syarikat.


Sama konsepnya dengan khairat kematian, jika kita memanggil orang masjid, yang pakar dalam urus jenazah, mandikan jenazah, urus proses kebumikan arwah, dan sebagainya. Proses jadi lebih cepat dan mudah bukan?

Sama di sini, proses jadi lebih cepat dan dibuat dengan betul dengan bantuan pakar.



Ketiga: Buat wasiat sedekah


Buat wasiat sedekah. Ini saya galakkan semua umat Islam buatlah wasiat . Kerana inilah yang akan menjadi saham akhirat kita nanti


Kenapa?

Harta yang kita milik berjuta-juta sekarang, bukanlah milik kita sepenuhnya.. Betul tak Tuan/Puan?😊

Tapi harta yang disedekahkan, itulah benar benar menjadi milik kita. Jadi buatlah wasiat sedekah 1/3 dari harta kita. Lebih baik buat wakaf terus. Lebih baik dan pahala berterusan hingga ke hari Kebangkitan


Keempat: Dokumenkan dengan bantuan pakar


Dokumenkan segala perancangan, wasiat, hasrat anda. Dibuat dengan bantuan pakar. Jangan buat pesanan mulut. Jangan buat sendiri.

Sini sudah banyak saya jumpa masalah pesan dengan mulut. Buatlah dokumen dengan mana mana syarikat pengurusan pusaka. 


Kelima :Dana pantas untuk waris


Bantu wasi dan waris dari segi kewangan dengan sistem penamaan. Apabila kita meninggal, semua aset akan beku, Termasuklah duit dalam akaun dan sebagainya.

Namun, ada beberapa instrumen yang tak beku dan dalam masa 1 ke 2 minggu saja terus ditransfer masuk ke akaun penama.


1. KWSP


Buatlah penama di KWSP. Apabila kita tiada, duit itu akan ditransfer ke penama dalam masa 2–4 minggu. Waris boleh guna duit ini untuk kos pengurusan pusaka, bayar hutang arwah dan sebagainya

Namun perlu diingat, penama bukan milik mutlak harta. Mereka hanya pemegang amanah sahaja dan boleh gunakan duit apa yang dibenarkan oleh syarak sahaja


2. Penama Tabung Haji


Sama konsepnya seperti penama KWSP. Pastikan anda buat untuk memudahkan urusan waris anda nanti.


3. Penama di polisi Takaful


Takaful ada dua akad, satu akad hibah dan satu penama.

Saya cadangkan buat kedua-duanya.

Kedua-dua ada fungsinya tersendiri.


Keenam: Dokumen Hibah


Jika faraid anda termasuk dalam. golongan kritikal, buatlah dokumen hibah. Mudahkan urusan waris anda


Jadi cukuplah 5 langkah nak memudahkan waris anda dengan membuat Dokumen Perwarisan Lengkap.


1. Ketahui faraid dan rekodkan

2. Lantik wasi

3. Buat wasiat sedekah

4. Dokumen dengan bantuan pakar

5. Dana pantas untuk waris

6. Buat dokumen hibah (jika perlu)


Rancanglah secepat mungkin. Kerana kita apabila kita dipanggil ilahi, tak lewat sesaat, tak cepat sesaat pun

Jadikan harta anda dapat menghasilkan pelaburan pahala yang berkekalan apabila anda tiada nanti

Moga semua amal kita diterima oleh Allah swt dan dimasukkan ke syurga. Amin



Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:

.

wasap.my/+601110724106/naktakaful

wasap.my/+601110724106/nakwasiat

.

Norul Fatihah Mohammad Nor

Ejen Perunding AIA Takaful & 

Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka


#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga

Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?