LEGASI ANAK PENEROKA FELDA
PENEROKA & WARIS PENEROKA FELDA PERLU TAHU, ADAKAH BENAR TANAH² FELDA MILIK SEMPURNA PENEROKA?
Forum yang diadakan di Unisza pada 9hb Februari 2017 yg lepas membahaskan isu ini dengan panjang lebar.
Di pihak Felda menegaskan tanah ini terikat dengan Akta GSA 1960 yg membawa makna apapun ( jual / hibah / wasiat dll ) tidak boleh dibuat melainkan dengan "consent" Felda. Pembentang menyatakan tanah ini sebenarnya hanya "Pemilikan Manfaat" & bukan pemilikan hakikat ! Dalam erti kata lain Felda berkuasa sepenuhnya ke atas tanah Felda.
Pandangan kedua membahaskan pula bahawa tanah Felda ini milik sempurna kerana ia boleh dipusakai malah boleh dihibah , diwasiat & boleh dijual dengan kebenaran Kerajaan Negeri & bukan "consent" Felda. Ada kes tanah Felda dicagar ke bank & bila tidak dibayar pinjamannya tanah ini dilelong oleh bank kepada pihak ketiga.
Pandangan saya ?
Tanah Felda ialah MILIK SEMPURNA & peneroka ada hak penuh utk membuat apa sahaja kepadanya kerana geran sudah dikeluarkan ke atas nama mereka. Itulah yang menyebabkan bank boleh menerima cagaran tanah Felda & boleh dilelong jika pinjaman tidak dibayar.
Jike peneroka hanya pemilik manfaat & bukan hakikat mana mungkin bank akan terima sebagai cagaran & kemudiannya lelongan dibuat kepada pihak ketiga. Pihak Kerajaan Negeri pula kemudiannya meluluskan pindahmilik nama dalam geran dari nama peneroka kepada nama pembeli lelongan.
Berdasarkan pengalaman sy di syarikat perwarisan sebelum ini, Perintah HIBAH dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah selepas mendapati semua rukun & syarat ditepati. Atas asbab perintah inilah, tanah diturunmilik kepada nama di dalam perintah.
Pun begitu Hibah yg dibuat mesti sentiasa memastikan HIBAH TANAH GSA ini dibuat mengikut syarat Akta itu sendiri pemilikan tidak boleh melebihi 2 nama.
Namun bagi mencapai hasrat Akta GSA 1960 & pengurusan lebih baik , maka peneroka "HARUS " ( bukan Wajib ) berbincang dengan Felda atas apa sahaja transaksi yang ingin dibuat ke atas tanah felda. Ini bagi memastikan hubungan peneroka & Felda terus harmoni.
Peneroka perlu menghormati Felda & Akta GSA itu sendiri manakala Felda juga perlu menghormati hak peneroka & menerima hakikat bahawa dalam dunia hari ini peneroka sudah terdedah dengan pelbagai sumber maklumat. Mereka bukan lagi golongan kampung yang duduk bawah tempurung & hanya menerima bulat2 segala arahan Felda. Zaman "rollcall" sudah lama berakhir !
Terma yang lebih tepat untuk tanah felda ialah PEMILIKAN BERSYARAT bukan TIDAK MILIK SEMPURNA.
Peneroka ialah pemilik tanah Felda baik dari segi Hukum Syarak & Undang² Sivil tetapi pemilikan mereka terikat dengan syarat2 Akta GSA 1960.
Kedua² pihak peneroka & Felda ada asas hujah masing² namun kita jangan lupa kepada objektif asas Felda iaitu untuk meningkatkan sosio ekonomi masyarakat .
Jika 50 tahun umur Felda & peneroka masih bergelut dengan isu survival hidup maka pada saya Felda secara serius perlu muhasabah diri di manakah kelemahan yang perlu dibaiki.
Comments
Post a Comment