Barang2 Yang Anak Beli Untuk Emak Ayah Di Kampung Tidak Boleh Diambil Semula Apabila Mereka Meninggal. Haram, Ramai Tidak Tahu Perkara Ini 😱😱

Ada anak-anak yang tidak faham, dan anggap perkara pemberian barang pada orang tua itu isu remeh. Yang mana, waktu hayat mereka masih ada, anak-anak hadiahkanlah barang seperti perabot, peti ais, dapur dan sebagainya. Apabila emak ayah sudah tiada, anak yang memberi hadiah barangan itu tidak boleh mengambil balik barang tersebut. Jatuh hukum haram.


Ini yang dijelaskan oleh Ustaz Ahmad Nassri Ibrahim, yang mempunyai kepakaran dalam perancangan harta dan pengurusan.


Haram Mengambil Balik Barang, Selepas Emak Ayah Meninggal Periuk letrik, peti ais, dapur, almari dan lain-lain perabot kita beli dan bagi kepada orang tua (ibu bapa). 


Bila mereka telah meninggal dunia kita ambil balik pemberian sebab kita kata itu semua kita yang belikan untuk ibu.


HARAM itu tuan-tuan. Barang–barang itu sudah menjadi pusaka.


Tidak boleh diambil sebelum mendapat keizinan semua waris. Jangan suka-suka kita mengambil balik sebab disana ada hak waris lain dalam harta pusaka itu. Barang yang sudah kita bagi kepada orang lain bukan lagi milik kita. Lain keadaannya kalau kita hanya meminjamkan bagi orang tua kita.

Jika was-was dan bimbang termakan harta batil dari harta pusaka, lebih baik kita rujuk kepada yang pakar.


Antara Persoalan Lanjut Ustaz Jawab


Soalan: Sebelum meninggal, ibu saya pesan pulangkan barang kemas yang anak-anak belikan kepada pemberinya. Saya serahkan barang tersebut kepada pemberi, itu dibolehkan kah?


Jawapan: Barang kemas itu menjadi pusaka ibu, pesanan ibu itu terpakai jika semua waris bersetuju. Jika ada seorang membantah kena faraid.


Soalan: Contoh barang yang dibeli oleh kakak. Benda masih berhutang, beli nama emak, bukan nama kakak. Bila emak telah meninggal, barang jadi pusaka, kakak sudah tidak mahu membayar ansuran sebab barang dia tidak boleh diambil daripada dia sebab sudah menjadi pusaka.


Persoalannya hutang emak itu, siapa yang patut sambung bayar sebab barang itu atas nama emak. Kalau orang yang bayar tidak boleh mengambil barang itu. Sebab sudah menjadi barang pusaka, sudah tentu dia berat hendak menyambung bayaran ansuran bulanan. Contoh seperti TV, perabot, barang elektrik.


Jawapan: Perkara ini kita kena berbincang dengan pemberi hutang, cek perjanjian jual beli. Barang hutang ini tidak sempurna milik. Kalau hutang itu boleh diambil alih bolehlah diambil barang itu contoh mesin Cooway, tukar nama dan sambung bayar.


Fitnah Dan Bahaya Pusaka Sangat Dahsyat.


Kenapa Islam suruh sangat rancang harta dan urus pusaka dengan betul. Kerana FITNAH dan BAHAYA pusaka sangat dahsyat.


3 kesan pusaka tidak diurus dengan baik dari sudut hukum ialah:


1️⃣Termakan harta anak yatim. Pemegang amanah kepada harta anak-anak yatim tidak faham amanah dan terpedaya dengan harta.


2️⃣Termakan harta orang lain secara batil. Ada waris yang dinafikan hak oleh waris lain.


3️⃣Menzalimi si pemilik harta. Ada hak si mati belum ditunaikan waris seperti upah haji, hutang dan sebagainya.


Kesemuanya adalah besar dosanya kepada waris dan terlampau besar jika ada waris anak yatim yang diabaikan.


Tolong ambil tahu perancangan harta. Kira faraid keluarga sendiri biar waris jelas apa hak mereka. Perkara-perkara asas yang waris kena tahu jika kita meninggal dunia.


Jangan tinggalkan pesanan tanpa dokumen atau pesanan yang tidak boleh dilaksanakan seperti wasiat kepada waris sendiri.




 Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:

.

wasap.my/+601110724106/naktakaful

wasap.my/+601110724106/nakwasiat

.

Norul Fatihah Mohammad Nor

Ejen Perunding AIA Takaful & 

Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka


#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga

Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?