APA ITU HIBAH???

Hibah ialah bahasa mudahnya ialah pemberian,yang dibuat semasa hidup, diberikan sebagai tanda kasih sayang.


Hibah ialah satu pemberian daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang (Ibn Rush, 1996).


Amaran: Artikel telah diambil dari beberapa dapatan kertas kerja berkenaan hibah, jika ianya masih berat dan begitu ilmiah, saya mohon maaf.


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Saling memberi hadiahlah kamu sekalian, agar kalian saling mencintai” (Hadis riwayat al-Bukhari)


Rukun Hibah ada 4


Pemberi ( Al Wahib )

Pemberi mestilah sempurna akal, baliigh serta tidak muflis


Penerima ( Al- Mawhub lahu )

Sesiapa sahaja, asal boleh memiliki harta, bagi yang belum mukallaf, hendaklah ada wali atau pemegang amanah yang boleh menerima hibah untuk pihaknya


Barang yang dihibahkan (al-Mawhub)

Halal, bernilai di sisi syarak, milik sempurna pemberi hibah, boleh diserah milik, wujub pada masa hibah


Ijab dan Qabul

Ada sambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul


Perkara yang paling penting selepas 4 rukun ini, ialah al Qabd. Penerimaan dan penyerahan barang yang dihibahkan


Ada dua kategori hibah.


a.Hibah Mutlak

b.Hibah Bersyarat ( Umra dan Ruqba)


Hibah Mutlak


Hibah Mutlak atau al-hibah al-munjizah ialah pemberian secara percuma yang berlaku semasa hidup tanpa disertakan sebarang syarat. Hibah dalam bentuk ini yang telah memenuhi rukun dan syaratnya akan memberi tiga kesan berikut (Nasrul Hisyam, 2011):


Mawhub akan berpindah milik kepada penerima hibah berkuatkuasa serta-merta. 

Hak milik penerima hibah adalah kekal dan tidak dihadkan tempohnya

Hilangnya hak milik penghibah terhadap ‘ayn dan manfaat mawhub.


Contohnya, si ibu yang memindahkan nama atas geran rumah kepada anak di Pejabat Tanah, permindahan berkuatkuasa serta merta dan si ibu hilang hak permilikan kepada rumah tersebut. Si anak berhak berbuat apa saja dengan rumah tersebut, termasuklah menjualnnya.


Manakala dalam sudut faraid pula, apabila anak itu meninggal, ia telah menjadi harta pusaka si anak. Di mana si ibu hanya dapat sedikitnya. selebihnya dapat kepada keluarga. Dalam kes rumah, waris waris ini berhak untuk menuntut hak rumah ini.


Contoh dalam kes anak angkat,jika si ibu angkat memindahkan nama di geran kepada nama anak angkatnya, jika anak angkat meninggal dahulu, hak rumah tersebut jatuh kepada waris si anak angkat, iaitu ibu atau ayah kandung anak angkat tersebut, atau keluarganya. Di situ timbul isu apabila melakuka hibah mutlak.


Kekurangan hibah mutlak dalam konteks di Malaysia:


Kos yang lebih tinggi (ada cukai yang perlu dibayar)


Hak permilikan si pemberi hilang serta merta


Jika si penerima meninggal dunia dahulu, harta itu menjadi pusaka si penerima.


Hibah Bersyarat


Hibah bersyarat ialah kontrak hibah yang mana penghibah meletakkan sesuatu syarat sampingan bersama-sama akad hibah bagi melaksanakan pemberiannya.

Ada pelbagai jenis hibah bersyarat, namun di sini ialah


  • Hibah ‘Umra
  • Hibah Ruqba
  • ‘Umra


‘Umra di sisi mazhab Maliki ialah pemberian manfaat harta sepanjang hayat penerima hibah tanpa balasan. Berdasarkan hal ini, dengan dengan syarat ‘umra bagi mazhab Maliki bukanlah pemberian dalam ertikata memindah milikkan harta itu sepenuhnya sebagaimana difahami oleh fuqaha jumhur, bahkan ianya adalah satu bentuk pinjaman atau pemberian hak untuk menggunakan manfaat harta tersebut sahaja (al-Dusuqi, 2005; al-‘Adawi, t.t.).

 

Manakala fukaha jumhur pula memberikan takrif ‘umra yang boleh dikemukakan ialah, Satu bentuk pemberian hak milikan terhadap sesuatu harta kepada seseorang dengan menetapkan atau menghadkan tempoh pemilikannya berdasarkan kematiannya atau kematian orang yang diberi itu (Nasrul Hisyam, 2012).


Contoh sighah ‘umra ialah, “(Rumah) ini untuk kamu sepanjang hayat kamu, apabila kamu mati ia kembali kepadaku” atau “(Rumah) ini untuk kamu sepanjang hayatku, apabila aku mati ia kembali kepada ahli warisku” (al-Kasani, 2003).


Status kontrak hibah yang disyaratkan ‘umra adalah sah di sisi majoriti fuqaha. Namun, di sisi mazhab Zahiri dan al-Shafii dalam qawl qadimnya menyatakan hibah tersebut adalah batal (Ibn Qudamah, t.t.; al-Mawardi, ; al-‘Imrani ).

Berkenaan status syarat ‘umra, sama ada boleh dikuatkuasakan atau batal, majoriti fuqaha daripada Abu Hanifah, al-Shafi‘i, dan Ahmad bin Hanbal menyatakan bahawa syarat tersebut adalah batal. Manakala bagi Imam Malik, al-Layth, al-Shafi‘i dalam qawl qadim beliau, syarat ‘umra adalah berkuatkuasa. Berdasarkan pandangan kedua ini, mawhub hendaklah dikembalikan kepada penghibah atau warisnya setelah berlakunya kematian salah satu pihak yang dinyatakan (al-Baghawi, 1983; al-Qurtubi, 2002).


Ruqba


Ruqba bermaksud pemberian hak milik daripada seseorang kepada yang lain, yang mana jika salah seorang daripada penghibah dan penerima itu mati, harta yang ingin dihibahkan(mawhub) akan menjadi hak milik orang yang masih hidup (Ahmad Rida, 1960; al-Sharbasi, 1981). Gambaran sighah ruqba, adalah seperti, “(Rumah) ini untuk kamu sepanjang hayat kamu, sekiranya kamu mati sebelumku ia kembali kepadaku, (namun) jika aku mati sebelum kamu maka ia menjadi milikmu” (Ibn Qudamah, t.t.).

Umumnya, hibah yang disyaratkan ruqba adalah sah di sisi majoriti fuqaha. Namun, di sisi mazhab Zahiri, Abu Hanifah, dan Muhammad al-Shaybani dan menyatakan hibah ruqba adalah batal (Ibn Qudamah, t.t.; al-Mawardi, 1994; al-Sarakhsi, 2001).

Berkenaan status syarat ruqba, sama ada boleh dikuatkuasakan atau batal, majoriti fuqaha daripada Abu Hanifah, al-Shafi‘i, dan Ahmad bin Hanbal menyatakan bahawa syarat tersebut adalah batal. Berdasarkan pandangan ini, setelah penerima melakukan qabul dan qabd, mawhub akan menjadi milik penerima hibah selama hayatnya dan menjadi harta pusaka bagi ahli warisnya selepas dia mati tanpa mengambil kira kedudukan penghibah selepas daripada kontrak tersebut sama ada masih hidup ataupun telah mati (al-Kasani, 2003; al-Nawawi, t.t., al-Haytami, 2001; Ibn Qudamah, t.t.). Manakala bagi mazhab Maliki, syarat ruqba adalah berkuatkuasa. Berdasarkan pandangan kedua ini, mawhub hendaklah dikembalikan kepada penghibah jika penerima hibah yang meninggal terlebih dahulu atau sebaliknya menjadi milik penerima hibah jika penghibah yang meninggal dunia dahulu (al-Qayrawani, 1999).


Perkembangan konsep Hibah di Malaysia


Perkembangan hibah bergerak laju dalam industri takaful berkenaan dengan pampasan kematian yang tidak termasuk sebagai harta pusaka.


Prinsip hibah yang diaplikasikan semasa membayar manfaat takaful ketika berlaku kematian dalam tempoh caruman iaitu sebelum sijil Takaful tersebut matang.


Aplikasi hibah terhadap manfaat takaful adalah bagi memastikan bahawa bayaran atau wang manfaat tersebut dapat diserah hakkan kepada keluarga terdekat pencarum tanpa perlu terikat kepada peraturan pusaka. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dalam mesyuarat kali ke-34 pada 21 April 2003 (19 Safar 1424) dalam hal hibah dalam industri takaful khususnya yang berkaitan dengan hibah manfaat takaful dalam konteks perbincangan ini telah memutuskan sepertimana di bawah (Shariah Resolutions In Islamic Finance, 2007: 27-28):


(1)Takaful benefit can be used for hibah since it is the right of the participants. Therefore, the participants should be allowed to exercise their rights according to their choice as long as it does not contradict with Shariah;


(2) The status of hibah in takaful plan does not change into a will (wasiah) since this type of hibah is a conditional hibah, in which the hibah is an offer to the recipient of hibah for only a specified period. In the context of takaful, the takaful benefit is both associated with the death of the participant as well as maturity of the certificate. If the participant remains alive on maturity, the takaful benefit is owned by the participant but if he dies within such period, then hibah shall be executed;

(3) A participant has the right to revoke the hibah before the maturity date because conditional hibah is only deemed to be completed after delivery is made (qabdh);


(4) Participant has the right to revoke the hibah to one party and transfer it to other parties or terminate the takaful participation if the recipient of hibah dies before maturity; and


(5) The takaful nomination form has to be standardized and must stipulate clearly the status of the nominee either as a beneficiary or an executor (wasi) or a trustee. Any matter concerning distribution of takaful benefit must be based on the contract. Participants should be clearly explained on the implication of every contract being executed.


Berdasarkan keputusan mesyuarat di atas, hibah ke atas manfaat takaful diharuskan selagi ia adalah hak yang dimiliki oleh peserta takaful. Hibah tersebut adalah hibah bersyarat, iaitu penama akan memiliki manfaat tersebut apabila peserta takaful meninggal dunia.Sebaliknya jika peserta masih hidup ketika berakhirnya tempoh matang, sijil takaful tersebut akan menjadi milik peserta dan bukannya penama. Adalah jelas bahawa syarat yang ditentukan ini menyerupai syarat ruqba, iaitu pemilikan manfaat harta hibah disyaratkan hanya dimiliki oleh salah satu pihak yang hidup. Syarat ini, menurut majoriti ahli fiqh adalah batal walaupun pemberian tersebut tetap sah (Al-Sharbasi, 1981: 197-198; Al-Zawi, t.t.: 372; Ibn al-Jawzi, 1998:138; Ibn Qudamah, t.t.: 335).


Walau bagaimanapun, keputusan BNM itu bersandarkan kepada pendapat dalam mazhab Maliki yang mengiktiraf kesahan syarat ruqba (Al-Qurtubi, 2002: 53). Oleh kerana hibah yang diputuskan oleh Majlis Penasihat Syariah BNM itu adalah hibah bersyarat, berdasarkan pemerhatian penulis ia akan menghasilkan kesan-kesan berikut:


(1) Tawaran hibah hanya sah ketika peserta masih hidup dan akan berakhir dengan tamat tempoh sijil takaful.


(2) Keperluan qabd (pindahan milikan) dalam hibah ini tidak dipenuhi. Oleh kerana itu, peserta boleh membatalkan hibahnya atau menukar penama selagi tempoh sijil belum berakhir.


(3) Orang yang dinamakan sebagai penerima hibah adalah benefisiari dan bukannya wasi (executor). Oleh kerana itu, waris-waris yang berhak mendapat bahagian pusaka peserta (si mati) tidak berhak terhadap bayaran manfaat tersebut.


(4) Keputusan BNM di atas hanya bagi manfaat takaful (bayaran daripada Tabung Tabarruc). Walaupun keputusan di atas tidak menyebut secara jelas mengenai bayaran caruman daripada Tabung Peserta, bolehlah dikatakan bahawa ia juga termasuk dalam kategori harta takaful yang boleh dihibah. Ini kerana wang hasil caruman dalam Tabung Peserta itu sememangnya jelas dimiliki sepenuhnya oleh peserta itu, berbeza dengan status Tabung Tabarruc yang merupakan hasil sumbangan berupa peratusan tertentu daripada caruman peserta-peserta dalam ke dalam sesuatu skim takaful. Oleh kerana itu, secara analoginya peserta boleh menamakan seseorang bagi menghibahkan wang daripada kedua-dua tabung, iaitu, Tabung Tabarruc dan juga Tabung Peserta.

Kelebihan membuat hibah Ruqba dalam konteks di Malaysia.


Permindahan hak milik dilakukan selepas si pemberi meninggal dunia.


Hak permilikan masih di atas si pemberi.


Kos penyediaan dokumen yang lebih murah, berbanding penukaran nama di Pejabat Tanah waktu hidup ( waktu perlaksanaan hibah stamp duty dan M.O.T)


Harta bercagar, dengan syarat ada MRTA/MRTT, boleh dihibahkan.


Jika si ibu yang ingin menghibahkan rumah kepada anaknya atau suaminya, beliau boleh membuat dokumen hibah walaupun rumah masih dalam cagaran, dengan syarat adanya MRTT/MRTA, tanpa risau kehilangan hak milik terhadap harta yang dihibah atau si pemberi meninggal dunia.



Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:

.

wasap.my/+601110724106/naktakaful

wasap.my/+601110724106/nakwasiat

.

Norul Fatihah Mohammad Nor

Ejen Perunding AIA Takaful & 

Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka (iLegasi)


#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk #kongsikongsiaia  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #viral #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga







Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?