BOLEHKAH MENCABAR HIBAH?

 “Mengapakah mahu mencabar hibah sedangkan ia sudah jelas dan ada bukti hitam putih? Sekiranya ada penipuan, orang yang menipu itulah yang menanggung dosanya. Selagi penerima mempunyai bukti hitam putih yang sah, kita kenalah terima,” katanya.


Walaupun ada ketikanya berlaku hibah secara mulut sebagai contoh, suami memberitahu isterinya dia mahu menghibahkan rumahnya kepada si isteri, ia sebenarnya sudah sah. Jadi tidak perlu pertikai lagi.


“Saya terkenangkan ramai ibu tunggal yang kematian suami akhirnya hidup dalam keadaan sengsara sebab tidak tahu hak mereka dalam faraid. Paling utama, mereka tidak tahu boleh menerima hibah sebelum berlaku kematian. Mereka pula disuruh meninggalkan rumah walhal suami pernah beritahu, rumah itu diberi kepadanya.


“Ingatlah, hibah perlu dilakukan sewaktu hidup. Apa yang dibuat selepas kematian memanglah tidak boleh menjadi hibah kerana selepas kematian, semua harta menjadi harta pusaka dan ia tertakluk kepada faraid. Hibah diberi daripada seorang yang hidup, sedar dan berakal sihat kepada seorang yang sihat, sedar dan berakal juga. Ia sudah sah. Orang lain tidak boleh lawan sebab ia hibah dan berlaku ketika pemberi hidup,” katanya.


Ini bermaksud, apabila harta sudah dihibah secara sah, tetapi jika ada yang mahu merampasnya maka mereka yang terbabit itu melakukan dosa.


**Buatlah kontrak**


Tidak dinafikan, bukan semua orang perlukan hibah. Ada yang berasakan hartanya lebih selamat dan adil menggunakan hukum faraid. Dia mahu semua waris mendapat secara adil. Ada yang tidak peduli kerana memikirkan selepas mati, hartanya adalah urusan masalah waris. Ada juga risau akan melukakan hati warisnya sekiranya dia berhasrat untuk hibah. Semua itu adalah pilihan masing-masing.


Namun, ada keperluan mendesak terhadap hibah contohnya orang yang tiada anak, mereka yang hanya ada anak perempuan, si bujang sebatang kara, yang mempunyai anak angkat dan banyak lagi kes lain.


Bolehkah sekiranya kita mahu menghibahkan semua harta kita?


Boleh! In jawapan Pensyarah Syariah di Aqrab al Istiqomah, Melaka Ustaz Khairul Che Salleh. Hibah sesuatu yang murni dan besar pahalanya. Hibah boleh diberikan tanpa had. Sebanyak mana pun boleh. Ia adalah hak pemberi.


“Perlu diingat, hibah adalah perkara yang berbeza dengan faraid. Ia tidak ada kena- mengena langsung dengan faraid. Ini kena jelas. Faraid adalah mekanisme menguruskan harta si mati supaya ia diuruskan dengan adil dan diberikan kepada yang berhak.


“Hibah pula hak seseorang yang hidup untuk mencapai keredaan Allah. Banyak dalil mengenai hibah, antaranya surah ali-Imran ayat 133 dan 134. Daripada perspektif muamalah, ini adalah dorongan untuk manusia membuat kebaikan,” jelasnya.


Menurut Ustaz Khairul, hibah adalah perbuatan yang lebih mulia daripada memberi hadiah. Hibah dan hadiah, dalam masyarakat Arab adalah berbeza. Dorongan memberi ini memang disuruh Allah dan tiada kena-mengena dengan faraid.

“Jangan salah faham dengan isu hibah contohnya dakwaan hibah ini tidak kuat berbanding faraid atau walaupun sudah hibah, faraid akan diguna pakai juga.

“Keadaan ini berlaku mungkin kerana hibah yang dilakukan di Malaysia dalam keadaan tidak mempunyai akta yang cukup kuat. Maka ia disepadankan mengikut kehendak konvensional. Sepatutnya umat Islam memahami ilmu ini dan mendalami soal hibah. Kenapa pula faraid tetap diguna pakai jika harta sudah dihibah? Ia sepatutnya tidak berlaku. Hibah yang dibuat ketika hidup, tidak kena-mengena dengan faraid lagi.


“Ada empat rukun hibah, pertama ialah pemberi, kedua penerima, ketiga harta yang hendak dihibah dan keempat ijab kabul. Rukun keempat ini sangat penting kerana ia bermaksud kontrak. Kontrak ini berdasarkan surah al-Baqarah ayat 282. Ia keperluan penting sebagai rujukan dalam hitam putih. Buatlah surat secara bertulis dan sahkannya.


**Pilihan hibah**


Kini, ramai semakin tahu fungsi hibah dan berasakan ia penyelesaian terbaik. Namun, hibah itu sendiri mempunyai ilmu yang meluas. Belajar dan bergurulah untuk mengetahuinya lebih mendalam. Apabila ilmu tidak ada, kita akan membuat keputusan yang kelak membuatkan ramai insan teraniaya. Apabila sesuatu harta sudah dihibah ketika pemberi hidup, kita tidak berhak mempertikaikannya.

Peniaga dalam talian, Adha Mansor, 38, yang ditanya kefahamannya mengakui tahu hibah itu adalah hadiah.


“Setahu saya, hibah adalah hadiah untuk ahli keluarga atau mereka yang disayangi dan ia dilakukan ketika masih hidup,” katanya.


Adha mahu menggunakan hibah dalam pembahagian hartanya kelak kerana baginya ia antara cara terbaik mengelak pertelingkahan di kemudian hari.


“Juga ini peluang untuk memudahkan proses pembahagian harta apabila kita sudah mati kelak. Sebagai isteri dan ibu, saya memang akan memilih kaedah hibah ini. Jika ada lebih harta baru buat faraid,” katanya.


Zaidatul Akhmar, 49, juga memahami hibah adalah pemberian hadiah. Dia juga akan memilih hibah bagi pembahagian hartanya kelak.


“Faraid sesuatu yang sudah tetap dalam hukum tetapi saya akan pilih hibah. Ramai lagi yang tiada pendedahan mengenai hibah ini,” akui Zaidatul.


Raja Saliza Jaafar, 49, pula berkata tidak banyak yang diketahui mengenai hibah. Namun dalam pengetahuannya, dia nampak hibah lebih sesuai dengan dirinya.


Hibah makin dikenali dan semakin ramai yang mahu menggunakannya. Keadaan ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya, adakah hibah jalan terbaik dan lebih elok berbanding faraid? Ada juga yang ragu-ragu. Sekali lagi, bertanyalah kepada mereka yang arif mengenai hukum-hakam hibah.



Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:

.

wasap.my/+601110724106/naktakaful

wasap.my/+601110724106/nakwasiat

.

Norul Fatihah Mohammad Nor

Ejen Perunding AIA Takaful & 

Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka (iLegasi)


#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk #kongsikongsiaia  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #viral #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga




Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?