KENAPA TAK DAPAT NAK CLAIM TAKAFUL / INSURAN??
Hurmmm... ni la aku tak nak ambil takaful ke insuran ke..sama je.. PENIPU...
Ejen ni, time dia nak kita beria-ria.. Tapi lepas tu, diam je...
Haaaaa ni la ayat yang selalu kita dengar & ejen sentiasa ke hadap...
Ishk iskh iskkkkhhh...kesian ejen-ejen tau awak tuduh macam tu... sebenarnya, bila kita apply takaful terutama untuk medical card lah yang selalu isu nya...
1st, as client, awak kena tahu tentang policy awak tu.. Awak kena tahu apa yang boleh, apa yang tak boleh.. Bila masa card ni sesuai guna.. Dan paling penting, bayar tu jangan la skip2, lambat-lambat... Sakit ke kemalangan ke datang tanpa dia bagitahu kita dulu ye... Awak pending bayaran, GL tak lepas ye.. Kalo Lapse..lagi la...
Okay, jom kita review kenapa client tak dapt nak claim?
Antaranya ialah :
1. Dalam waiting period tuk kes2 tertentu.
2. Adanya 'medical history' yang tak diberitahu oleh client masa apply dulu.. maksudnya ada sejarah kesihatan lampau yang nak cuba sorokkan dari agent & pihak syarikat takaful.
3. Ada tunggakan bayaran yang tak dilunaskan.
4. Policy dah lapse.
5. Policy da kena terminate.
Kenapa GL x lulus?
1. Dalam tempoh waiting period untuk kes2 tertentu
2. Dalam tempoh waiting period dan disahkan ada sakit kritikal.
Di sini saya berkongsi dengan lebih lanjut kepada kepada anda mengenai perkara-perkara yang menyebabkan anda tidak mendapat claim dari syarikat Takaful.
Antara Sebab Utama adalah…
1. Policy Lapsed
- Policy lapsed ini bermaksud, polisi TIDAK berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun takaful tersebut.
- Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat takaful tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai polisi anda lapsed. Perkara ini sering berlaku kerana tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan.
- Diingatkan sekali lagi JANGAN Biarkan POLISI anda LAPSED.
- Kalau anda sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)…pada masa grace period, memang TIDAK BOLEH nak claim.
- Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupany belum dibayar, akhirnya policy lapsed.
- Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Ia menyusahkan anda kalau jadi apa2 pada masa tersebut. Jadi, pastikan jangan sampai polisi anda lapsed!
2. Manfaat TIDAK ADA Di dalam Polisi
- Ramai yang bertanggapan bahawa apabila mereka ada Takaful, mereka dengar agen cakap, “Semua Cover”… dan mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat takaful tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurance penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual policy.
- Sebagai contoh, rata-rata policy yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card…mereka dengan penuh yakin, “Saya dah ada”….tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam policy. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Policy yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan “MEDICAL CARD” seperti ini :
- Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)…minta dia tunjukkan di mana medical cardnya.
- Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical Card dalam policy anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.
3. Pengecualian (Exclusion)
Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.
A. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya…(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti a-lady 360-i)
B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan “Pre-Existing Condition”
Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.
4. Non-Disclosure (Gagal mengisytiharkan penyakit sedia ada)
Sekiranya syarikat takaful mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatakan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat Takaful berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.
5. Penggunaan manfaat Hospital & Pembedahan telah melebihi had ditetapkan
Sebagai contoh had tahunan bagi setiap polisi Hospital & Pembedahan ada RM50k, Bil yang dikenakan adalah RM70k, maka syarikat insuran/takaful akan membayar RM50k sahaja, lebihan RM20k lagi perlu dibayar sendiri oleh pesakit. Pesakit juga harus sedar pembayaran melalui kaedah co-takaful atau deductable bagi mengelakkan salah faham kemudian hari.
6. Waiting period (Tempoh menunggu)
Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (enforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.
Tips untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit spesifik adalah 120 hari bermula dari tarikh polisi berkuatkuasa.
Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut.
1- Serangan Penyakit Jantung
2- Trauma Kepala Utama
3- Strok
4- Kanser
5- Kegagalan Ginjal(Buah pinggang)
6- Pemindahan Organ Utama
7- Penyakit Lumpuh
8- Sklerosis
9- Hepatitis virus fulminan
10- Koma
11- Buta
12- Penggantian injap jantung
13- Kehilangan Tangan dan Kaki
14- Pembedahan Aorta
15- Alzheimer
16- Hilang pendengaran
17- Hilang Kebolehan Bertutur
18- Kebakaran Parah
19- Penyakit terminal
20- AIDS akibat transfusi darah
21- Penyakit motor neuron
22- Parkinson
23- Penyakit Hati yang kronik
24- Penyakit paru-paru yang kronik
25- Anemia Aplastik
26- Distrofi otot
27- Poliomeilitis
28- Meningitis Bakteria
29- Tumor Otak Benigna
30- Ensefalitis
31- Full Blown AIDS
32- Sindrom Apalik
33- Pembedahan Otak
34- Penyakit koronari yang kronik
35- Penyakit koronari yang memerlukan pembedahan
36- Hipertensi arteri pulmonari
Macam mana perkara ini biasa terjadi? Sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi takaful berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, tiba-tiba kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, TIDAK BOLEH nak claim. Sebab tempoh menunggu tidak mencukupi.
Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurance/takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.
Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.
Saya biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospek … “Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dicover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insurance/takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?…sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari alternatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi.”
Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:
.
wasap.my/+601110724106/naktakaful
wasap.my/+601110724106/nakwasiat
.
Norul Fatihah Mohammad Nor
Ejen Perunding AIA Takaful &
Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka (iLegasi)
#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk #kongsikongsiaia #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #viral #siakapkeli #diy #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga
Comments
Post a Comment