Khusus Untuk Sahabat2 Yg ada Syarikat . Apa patut kita buat
TERKUBURKAH SYARIKAT PERNIAGAAN SAYA SELEPAS SAYA MATI? -
Bhgn 1.
Majoriti kita yg berniaga melakukan perniagaan samada secara Syarikat Enterprise ataupun Syarikat Sdn Bhd.
Jika Perniagaan secara Enterprise, maka ianya terkuburlah bersama Si-Mati. Kalau Sdn. Bhd pula, ada peluang untuk di selamatkan iaitu dgn syarat, kita buat persediaan dan perancangan semasa hidup. Bila tu? Sekaranglah.
Adakah Saham Syarikat DiFaraidkan?
Sama seperti harta yang lain, Saham Syarikat juga adalah harta pusaka Si-Mati. Justeru, Ianya tertakluk kepada Pembahagian Faraid.
Cara kreatif yg kerap digunakan ialah dgn menanda-tangani borang pemindahan saham tanpa tarikh, adalah satu kesalahan di sudut Perundangan Negara. Malah yg lebih parah lagi, Hukumnya adalah Haram di sisi Syarak. Maknanya, sesiapa yg melakukannya adalah berdosa, dan mereka yg sama-sama berkomplot juga akan bertanggungjawab di hadapan Allah nanti.
Setelah kematian saham menjadi pusaka dan perlu melalui proses undang-undang utk diagihkan kepada waris yg berhak.
Persoalannya, bagaimana merancang pengagihan harta/saham agar Perniagaan kita tidak terkubur sama?
Dah tu......Apa Yg Perlu Kami Buat?
Ada dua (2) isu yg perlu diberi perhatian. Pertamanya, kesinambungan pentadbiran dan perjalanan operasi syarikat. Perkara kedua pula ialah pembahagian saham perniagaan kita.
🔴 Bagi Isu pertama iaitu demi kelangsungan operasi syarikat, pemilik (pemegang saham) perlu menetapkan perkara berikut:-
▶️ Siapa yang akan menjadi penandatangan gantian? Ini bagi memastikan syarikat terus beroperasi dan pembayaran spt gaji dapat dilakukan.
▶️ Siapakah yg akan menggantikan jawatan penting; Cthnya sebagai Ahli Lembaga Pengarah atau CEO? Ini penting utk mengelakkan syarikat buntu tanpa nakhoda akibat perebutan.
🔴 Utk Isu kedua mengenai saham pula, masalah bagaimana pusaka pemegang saham dipindahkan dan kepada siapa perlulah diselesaikan. Kita sebagai Pemegang saham sedia-ada boleh:-
✅ Bersetuju samada memilih "exit plan" atau "succesion plan".
✅ Bersetuju klausa "first right refusal"
Perkara-perkara yg disebut diatas memerlukan perancangan, dan ianya mestilah dilakukan semasa kita sebagai pemegang saham masih hidup.
Sebenarnya, sebagai pemegang saham Syarikat Sdn Bhd, kita adalah pemilik bersama @ rakan-kongsi syarikat. Maka pilihan yg ada utk kita adalah:-
❇ Tidak buat apa-apa yang akan mencetus polemik selepas kematian rakan kongsi spt masalah pusaka dan operasi syarikat; atau
❇ Merancang supaya sekiranya berlaku kematian rakan kongsi, operasi syarikat tidak terganggu dan waris Si-Mati tahu jalan penyelesaian yg diambil dan bersetuju tanpa banyak isu.
PENYELESAIANNYA :
Anda semestinya amat menyayangi perniagaan anda❗Maka, rancanglah harta-pusaka perniagaan anda sekarang dengan melakukan perkara-perkara yg berikut:-
✅ Lantik pihak professional untuk bantu waris anda membuat tuntutan pusaka.
✅ Lantik pentadbir @ Wasi anda.
✅ Buat Perjanjian Pemegang Saham syarikat anda merangkumi semua aspek yg disebutkan diatas.
✅ Ambil #key-man-policy semestinya #Takaful, sekiranya ”exit plan” pilihan anda & rakan kongsi; atau
✅ Buat hibah saham sekiranya "succesion plan" pilihan anda & rakan kongsi.
Kelebihan Merancang Pusaka Perniagaan Dengan bertindak melaksanakan langkah-langkah penyelesaian @ perancangan di atas, faedah-faedah berikut dinikmati semua pihak:
Bagi Simati:
🔹Selesai urusan pusakanya
🔹Syarikat yg didirikan kekal dan terus memberi khidmat dan keuntungan yg bermanfaat.
🔹Hak waris terpelihara kerana telah mengatur langkah bagaimana syarikat dapat diuruskan dan ditadbir selepas kematian.
🔹 Insya Allah, Pahala yg berterusan & berkekalan.
Bagi Rakan kongsi:
🔸Syarikat beroperasi seperti biasa
🔸Mendapat penguasaan penuh keatas syarikat jika ‘exit plan’ dipilih. Malah tidak memeningkan kepala sekiranya ‘succesion plan’ dipilih
🔸Dapat pastikan siapakah yang dia (rakan kongsi yg hidup) akan berkerjasama selepas kematian salah-seorg rakan kongsi.
🔸Tak perlu guna @ cairkan aset syarikat utk membayar kpd waris-waris Si-Mati.
Bagi Waris:
♦️Hak terjamin
♦️Tak perlu belanjakan kos tuntutan pusaka & kos perundangan lain yg mahal.
♦️Elak pergaduhan antara waris atau dengan rakan kongsi Si-Mati.
♦️Boleh ‘move on’ dengan segera
Akhir kata, Jangan Berlengah. Rancang Pusaka Perniagaan Anda Sekarang❗
Allahu ‘alam.
Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:
.
wasap.my/+601110724106/naktakaful
wasap.my/+601110724106/nakwasiat
.
Norul Fatihah Mohammad Nor
Ejen Perunding AIA Takaful &
Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka
#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga
Comments
Post a Comment