SEMBANG2 BAB HARTA PUSAKA 😊😊
Ada yang bertanya lagu ni...
"Pelik.. bakpo tu tak boleh ni tak boleh.. buat apo nak buat wasiat kalau semua dah ikut faraid ?"
Jawapan sehabis layman term-nya :
Mula-mula kena faham tujuan buat wasiat ni.
Yang orang ramai faham, buat wasiat sekadar nak bahagi harta.
Pembahagian harta pusaka ni ada hukumnya.
Kita pakai hukum faraid, hukum yang Allah cipta.
Faraid tu pulak analogynya hanya macam kalkulator. Alat untuk mengira bahagian masing-masing je.
Bila kita berwasiat, kita nyatakan hasrat dalam dokumen wasiat, aset ni hasratnya nak bagi sapa. Nyatakan.
Tapi, apabila dah nyatakan dalam wasiat, bila dah mati nanti, waris-waris faraid perlu ditanya persetujuan masing-masing dulu.
Kalau masing-masing ok nak ikut hasrat dalam wasiat, agihan akan dibuat mengikut wasiat.
Tapi kalau ada waris yang nak bahagian dia ikut faraid, dia berhak tuntut hak faraid dia.
Bila kita buat wasiat, bukan bermakna kita boleh mengetepikan hukum faraid secara total, sebab itu hukum ketetapan Allah lepas kita mati.
Sebab tulah masa hidup ni, kita berhak merancang menggunakan instrument lain contohnya harta sepencarian atau hibah atau amanah.
Dan kita kena faham yang fungsi wasiat ni, selain nak agih harta, antara fungsinya ialah
1. WASI - Nak melantik wasi, yang akan uruskan pusaka kita kelak. Sebab wasiat tak boleh jalan sendiri, begitu juga dgn faraid pun tak boleh jalan sendiri. Kena ada manusia yang mentadbirnya.
2. ANAK BAWAH UMUR - Buat wasiat ni untuk melantik penjaga harta anak bawah umur sebab isteri bukan penjaga automatic anak bawah umur, suami perlu melantik isteri.
3. HUTANG - Buat wasiat ni lebih utamanya ialah urusan diri sendiri. Bukan sekadar nak bahagi harta kepada waris, tapi hutang-hutang kita siapa nak uruskan jika ada? Dan sumber mana nak ambik untuk bayar hutang?
4. AMAL JARIAH - Dalam wasiat jugak lah kita boleh buat kesinambungan amal jariah sebagai bekalan kita di akhirat kelak. Peluang ber wasiat 1/3 kepada bukan waris untuk manfaat diri sendiri patut di grab. sapa lagi nak tolong diri kita kalau kita tak tolong diri kita sendiri?
5. PESANAN - Fungsi wasiat ni antaranya nak la tinggalkan pesanan dan hasrat akhir kita kepada waris andai tak sempat nak pesan apa-apa.
KONKLUSI
So bila faham fungsi wasiat, tak timbul isu "habis tu semua kena ikut faraid, buat apa buat wasiat kalau macamtu."
So sama-samalah kita faham fungsi perancangan pusaka dan kepentingan perancangan pusaka ni.
Sebab segala harta yang kita ada kat dunia ni pun milik Allah. Allah pinjamkan je sebagai amanah.
Tiada hak dan daya kita nak tentukan nak bagi siapa atau taknak bagi siapa bila kita dah mati kelak.
Tapi Allah masih bagi peluang pada kita untuk merancang sebagaimana dalam QS, 59:18
Surah Al Hasyr (الحشْر), Ayat: 18
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Rancanglah sebaik mungkin melalui wasiat dan instrument yang ada.
CNP
Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:
.
wasap.my/+601110724106/naktakaful
wasap.my/+601110724106/nakwasiat
.
Norul Fatihah Mohammad Nor
Ejen Perunding AIA Takaful &
Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka
#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga
Comments
Post a Comment