ADAKAH ANDA PERLU HIBAH?
Perkataan “Hibah” selalu anda dengari kerana digunakan oleh ramai agen-agen seperti Agen Takaful & Agen Wasiat-Hibah.
Tetapi apa sebenarnya hibah tu?
Kenapa anda perlu hibah?
Apa kelebihan hibah?
Siapa yang perlu hibah?
Adakah Hibah amat penting kpd anda?
APA ITU HIBAH?
Hibah dlm Bahasa yg mudah adalah hadiah atau pemberian atas dasar sukarela & kasih-sayang. Namun dalam islam, ada Rukun2 & syarat2 yang mesti dipatuhi sebelum Pemberian itu dipanggil Hibah.
Antara Rukun2 & syarat2 hibah adalah pemberi hibah, penerima hibah, akad dan barang yang dihibahkan.
Secara ringkasnya, pemberi hibah mestilah berakal, cukup umur (baligh) dan pemilik sah barang yang hendak dihibahkan.
Untuk penerima pula, tidak kira sesiapa sahaja samada islam atau tidak, namun berkeupayaan untuk memiliki barang tersebut. Nilai barangan yg ingin diberikan pula tiada had.
Akad/Sighah Hibah perlu ada diantara pemberi dan penerima bagi menyempurnakan sesuatu pemberian Hibah.
Mematuhi Rukun2 & syarat2 Hibah amat penting sekali kerana Hibah yang sah tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah. Maksudnya hibah yang sah tidak boleh dituntut oleh orang lain. Hibah ni juga tidak termasuk di dalam Pembahagian Pusaka Secara Faraid kerana Harta yg telah dihibahkan bukan lagi milik Pemberi Hibah.
KENAPA ANDA PERLU HIBAH?
Hibah ini perlu jika anda ingin memberikan harta kepada sesiapa sahaja samada waris atau bukan waris. Contoh bukan waris ialah anak angkat, anak susuan atau sesiapa sahaja yang bukan termasuk waris. Lagipun Hibah tidak menghadkan limit harta yg boleh diberi.
Sebaliknya Jika anda membuat wasiat, anda tidak boleh memberikan seluruh harta. Wasiat ada had limit iaitu hanya 1/3 Harta sahaja yg boleh diberikan, dan hanya boleh diberi kepada bukan waris jika Ianya tidak mahu dicabar.
APA KELEBIHAN HIBAH?
Seperti yang telah diterangkan di atas, antara kelebihan hibah ialah anda boleh memberikan harta anda kepada sesiapa sahaja tanpa had.
Selain itu juga, pemberian harta melalui hibah yang sah tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun walaupun cuba dicabar di Mahkamah.
Kelebihan yang lain ialah, anda boleh tentukan sendiri siapakah yang perlu menerima harta itu dan nilai yang hendak dihibahkan.
SIAPA YANG PERLU HIBAH?
Disini saya senaraikan ciri-ciri yang menyebabkan anda perlu laksanakan HIBAH.
1. Pasangan suami Isteri yang membeli rumah secara bersama (2 nama SNP/Joint Loan)
2. Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja
3. Pasangan yang mempunyai anak angkat
4. Pasangan yang berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata selepas sekian lama
5. Golongan yang berpoligami
6. Golongan yang sekian lama membujang
7. Pasangan yang mempunyai anak OKU
8. Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan
9. Ahli perniagaan
10. Golongan Muallaf.
Ciri-ciri yg disenaraikan diatas ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Sebenarnya, anda sendirilah yg mengetahui pelbagai sebab lagi mengapa anda perlu laksanakan hibah.
ADAKAH HIBAH PENTING BAGI ANDA?
Sebenarnya anda sahaja yang boleh menentukan samada hibah itu sesuai untuk anda atau sebaliknya.
Tidak ada paksaan kerana hibah itu sendiri adalah pemberian secara sukarela tanpa timbal balik atau paksaan.
Jika anda tergolong di dalam ciri-ciri diatas, maka pada hemat saya, ANDA MEMANG PERLU MEMBUAT HIBAH di atas sebab-sebab yang telah dinyatakan.






Comments
Post a Comment