APA BEZA HIBAH MUTLAK & HIBAH BERSYARAT? MANA SATU YG PATUT ANDA PILIH?
HIBAH MUTLAK
Hibah Mutlak yg dipraktikkan di Negara kita ada dua (2) jenis iaitu Hibah Mutlak hakiki & Hibah Mutlak Berserta Amanah.
Hibah Mutlak yg hakiki ialah Hibah di mana Pemberi menghibahkan sesuatu Hartanya kpd Penerima & hak-milik harta tersebut terus bertukar milik kpd Penerima Hibah. Ini bermakna Pemberi sudah tidak mempunyai apa-apa hak lagi ke atas Harta tersebut.
Sementara itu, ada juga individu dan institusi yg menggunapakai hibah mutlak beramanah sebagai kaedah Hibahnya. Berbeza dgn Hibah Mutlak hakiki, dlm Hibah Beramanah ini Pemberi Hibah dilantik semula oleh Penerima Hibah sebagai pemegang Amanah utk Harta Hibah tersebut termasuklah mengurus & menyelenggarakannya bagi Pihak Penerima.
Kesan hibah mutlak dgn Pegangan Amanah ini ialah sekiranya penerima mati terlebih dahulu dari Pemberi Hibah, maka harta yg dihibahkan menjadi milik mutlak waris2 penerima & akan diagihkan mengikut hukum faraid. Walaupun Pemberi masih hidup, dia mestilah melepaskan harta itu untuk diserahkan kepada waris2 Penerima.
Salah satu Hibah Mutlak Beramanah yg dipraktikkan di Tanahair kita ialah Hibah Akaun Simpanan yg dilakukan oleh Tabung Haji. Oleh kerana Pemberi Hibah dilantik sebagai Pemegang Amanah oleh Penerima, Pemberi boleh menguruskan & menggunakan wang di dalam akaun selagi pemberi masih hidup/penerima masih hidup. Jika salah seorang mati maka terbatallah perlantikan pemegang amanah ini. Harta itu akan diuruskan sendiri oleh Penerima sekiranya Pemberi yg mati dahulu, atau difaraidkan kpd waris-waris Penerima sekiranya Penerima yg meninggal awal dari Pemberi.
Masyarakat kurang gemar melaksanakan hibah mutlak kerana ia tidak menjaga kebajikan Pemberi itu sendiri. Senario-senario di bawah ini adalah antara contoh mengapa Hibah Mutlak kurang digemari :-
▶️ Kes pasangan suami isteri yg tidak mempunyai anak kandung.
Suami selalunya agak keberatan untuk menghibah hartanya kepada isteri kerana sekiranya isteri mati dulu, harta itu akan diserahkan kepada waris2 isteri yg mana suami hanya dapat 1/2 sahaja dari harta itu. 1/2 lagi utk waris2 isteri yg lain seperti ibubapa atau adik beradiknya. Walaupun Suami masih hidup tetapi harta yg asal miliknya hanya akan diperolehinya semula sebanyak 1/2 atau 1/4 sahaja mengikut Hukum Faraid.
▶️ Kes pasangan yg ada anak angkat..
Ibubapa angkat akan keberatan untuk menghibahkan harta kpd anak angkat kerana jika anak angkat mati dulu maka harta itu akan pergi kpd waris2 anak angkat tersebut. Dari segi Faraid, anak angkat itu langsung tiada hubungan pewarisan pusaka dengan ibubapa angkatnya. Jika Hibah Mutlak, Ibubapa angkat tiada sebarang hak langsung ke atas harta yg asalnya milik mereka apabila anak angkat itu meninggal dunia dahulu.
▶️ Ibubapa yg ada menantu yg bermasalah
Ibubapa ingin menghibahkan hartanya kepada anaknya tetapi “berkenan” dgn menantu (pasangan anaknya). Ini realiti kehidupan yg kerap berlaku. Bukan semua menantu memenuhi kriteria menantu idaman kita. Bila anak mati dulu dari ibubapa , maka menantu juga ada bahagian dari harta tersebut sedangkan asalnya harta itu milik ibubapa. Tambah mengharukan lagi, menantu itu berkahwin semula dengan pasangan baru selepas kematian anak kita dgn menggunakan harta yg asalnya adalah milik kita!
HIBAH BERSYARAT.
Hibah Bersyarat yg selalu dipraktikkan di Malaysia ialah Hibah Bersyarat Ruqba.
Hibah bersyarat ruqba bermakna pemberian Hibah itu dilakukan semasa Hayat Si-Pemberi tetapi harta yg dihibahkan itu hanya dipindahmilik kpd penerima apabila Si-Pemberi meninggal dunia. Sekiranya penerima pula yg mati dahulu, harta tersebut masih menjadi milik pemberi, & dia berhak melakukan apa sahaja terhadap harta tersebut termasuk menghibahkannya kepada pihak lain pula.
Konsep hibah ruqba ini dapat menyelesaikan maslahah tiga (3) senario di atas.
Di Malaysia hakikatnya hibah bersyarat ruqba sudahpun dipraktikkan & digunapakai oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi akaun bersama semenjak 2003. Hibah Takaful juga yg dibenarkan di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 juga menggunakan hibah Bersyarat ruqba.
PILIHAN ANDA?
Bagi menjaga maslahah semua pihak, Kami memberi pilihan kepada umat Islam di Malaysia untuk memilih di antara hibah mutlak & hibah bersyarat ruqba.
Jadi sekiranya anda diberi pilihan antara kedua-dua Hibah, manakah pilihan anda?
Kedua-dua bentuk hibah tersebut bersesuaian dgn kemaslahan yg anda hadapi. Jika saya, saya lebih cenderung utk memilih hibah bersyarat ruqba. Renungkanlah❗
Allahu ‘alam.
Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:
.
wasap.my/+601110724106/naktakaful
wasap.my/+601110724106/nakwasiat
.
Norul Fatihah Mohammad Nor
Ejen Perunding AIA Takaful &
Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka (iLegasi)
#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga


Comments
Post a Comment