BERCERAI : ADAKAH ANDA MASIH ADA HAK FARAID❓(Bhgn 1)

Ilmu Faraid ini adalah satu ilmu yg sgt. luas spt yg disabdakan oleh Baginda Nabi s.a.w dlm Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah r.h. Perkara-perkara spt hak pewarisan bagi janin, khunsa, dalam penceraian, dan lain-lain dibincangkan secara terperinci dlm Ilmu Faraid.

Artikel ini adalah lanjutan daripada perkongsian saya sebelum ini dlm coretan berkaitan hak Faraid bagi bayi dlm kandungan. 

Jenis-Jenis Perceraian atau Talak


Apabila kita bincangkan tentang perceraian dlm hak pewarisan Islam @ Faraid, ianya adalah berkaitan dgn perceraian semasa hidup. Dlm masyarakat Melayu-Islam kita, ianya dikenali sebagai Cerai-hidup.

Bagi memahami hak pewarisan pusaka Islam atau Faraid, kita perlulah tahu jenis-jenis perceraian dalam Islam. Perceraian @ Talak dlm Islam yg berkaitan dgn Faraid dibahagikan kpd dua (2) Kategori iaitu:-



(a) Talak Raj’ie iaitu perceraian yg boleh dirujuk kembali tanpa pernikahan semula (Akad Nikah Ijab & Kabul). Selalunya, dlm masyarakat kita, ianya dikenali sebagai perceraian Talak Satu atau Talak Dua selepas berlaku persetubuhan.

Dlm erti-kata mudah, Talak Raj’ie adalah Talak yg membolehkan pasangan suami-isteri merujuk semula ketika dalam jangkamasa ‘iddah tanpa perlunya akad ijab-kabul pernikahan.

(b) Talak Ba’in iaitu perceraian yang tidak membolehkan suami & isteri merujuk semula kecuali dengan akad nikah dan mahar/maskahwin yg baru. Talak Ba’in ini pula dibahagikan kpd dua (2) jenis iaitu :-

(i) Talak Ba’in Sughra/Kecil iaitu apabila suami menceraikan isteri sebelum berlaku persetubuhan atau perceraian dgn sebab 'Ila (sumpah tidak menyetubuhi Isteri) atau Perceraian Fasakh (Perceraian diputuskan oleh Hakim Mahkamah Syariah), &  Khulu’ (tebus talak), atau pertukaran agama suami-isteri.

(ii) Talaq Ba’in Kubra/Besar iaitu perceraian talak tiga sekaligus atau Perceraian Talak Raj’ie atau Talak Ba’in sughra yang telah berlaku sehingga Talak Tiga. Apabila berlakunya Talak tiga, maka suami tidak boleh mengahwini kembali isterinya melainkan setelah bekas isteri itu telah bernikah dgn lelaki lain dahulu, disetubuhinya & diceraikannya.

Dalam Bab Pewarisan Pusaka Islam, pasangan suami-isteri yg bercerai dgn Talak Raj’ie sahaja yg berhak utk mewarisi Pusaka pasangannya yg meninggal dunia. Syaratnya ialah kematian salah seorang pasangan tersebut berlaku dlm jangkamasa ‘Iddah.


Tempoh ‘Iddah Dlm Perceraian Islam

Tempoh ‘iddah bagi pasangan yg “Cerai-hidup” selalunya adalah tiga (3) kali suci atau tiga (3) bulan. Namun, terdapat beberapa perbezaan jangkamasa ‘iddah spt yg berikut:-

1️⃣ Tempoh ‘iddah perceraian ketika isteri sedang mengandung ialah sehingga Si-Isteri melahirkan kandungannya.

2️⃣ Tiada Tempoh ‘iddah perceraian dgn Isteri yg tidak disetubuhi & penceraian ini dikategorikan sebagai Talak Ba’in Sughra.

3️⃣ Tempoh ‘iddah penceraian dgn Isteri yg masih subur (masih ada haid) adalah tiga (3) kali Suci.

4️⃣ Tempoh ‘iddah perceraian dgn Isteri yg sudah tiada haid (tidak subur) adalah 3 bulan.


Bagi Talak Raj’ie, sepanjang tempoh ‘iddah tersebut, sekiranya salah seorang pasangan itu meninggal dunia, maka pasangan yg hidup mempunyai hak pewarisan @ Faraid.

[Nota : Sila Rujuk Bab Munakahat Utk Memahami Tempoh ‘Iddah Dgn Lebih Mendalam.]


HAK FARAID DLM PERCERAIAN

Pasangan suami-isteri yg bercerai-hidup & kemudiannya menghadapi kematian pasangannya ketika dlm  tempoh ‘iddah mempunyai hak Faraid. Hak Faraid mereka adalah sama spt pasangan suami-isteri yg bercerai-mati (bercerai kerana kematian) spt yg ditetapkan dlm AlQuran iaitu:-
❇️ Bagi Suami adalah 1/2 jika tiada anak & 1/4 sekiranya mempunyai anak. @
❇️ Bagi Isteri adalah 1/4 jika tiada anak & 1/8 sekiranya mempunyai anak.



Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:
.
wasap.my/+601110724106/naktakaful
wasap.my/+601110724106/nakwasiat
.
Norul Fatihah Mohammad Nor
Ejen Perunding AIA Takaful & 
Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka

#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga


Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?