BERHARTA TAPI TIDAK BERKAHWIN, APA AKAN JADI KEPADA HARTA PUSAKA MEREKA?




1. Harta pusaka si mati yang tidak berkahwin akan diwarisi oleh ibu dan bapanya yang masih hidup;

2. Harta pusaka si mati yang tidak berkahwin akan diwarisi oleh ibu dan adik beradiknya (lelaki dan perempuan) jika bapa dan datuknya telah meninggal dunia terlebih dahulu;

3. Harta pusaka si mati yang tidak berkahwin akan diwarisi oleh adik beradiknya (lelaki dan perempuan) jika ibu dan bapanya dan ke atas telah meninggal dunia telebih dahulu;

4. Harta pusaka si mati yang tidak berkahwin akan diwarisi oleh waris fardu tetapi jika tiada waris asabah, baki harta pusakanya akan jatuh kepada Baitulmal;

5. Harta pusaka si mati yang tidak berkahwin akan diwarisi oleh Baitulmal jika sekiranya langsung tiada waris fardu dan asabah;

6. Harta mereka yang tidak berkahwin boleh diwakafkan sebahagiannya semasa hidup sebagai bentuk sedekah jariah yang manfaatnya akan mengalir kepada pewakaf sehingga hari kiamat; 

7. Harta mereka yang tidak berkahwin boleh dihibahkan kepada waris-waris semasa hidup sebagai bentuk pemberian yang disunatkan untuk mengekalkan hubungan silaturrahim dalam keluarga; 

8. Harta mereka yang tidak berkahwin boleh diwasiatkan sebahagiannya sebagai bentuk kebajikan selepas meninggal dunia dan akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT; dan

9. Berkahwinlah kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW. Hadis daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertaqwa untuk yang setengah lagi.” (HR Al-Baihaqi)


Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:

.

wasap.my/+601110724106/naktakaful

wasap.my/+601110724106/nakwasiat

.

Norul Fatihah Mohammad Nor

Ejen Perunding AIA Takaful & 

Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka


#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga


Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?