BILAKAH URUSAN HARTA PUSAKA MASUK KE MAHKAMAH
by Tim Editorial
Ramai beri alasan apabila disuruh belajar urus duit dengan betul, “Alah, harta bukan boleh bawa masuk kubur pun.”
Namun, bila tahu sahaja dia adalah salah seorang waris, terus bertelagah dengan waris yang lain untuk merebut harta pusaka yang ditinggalkan.
Apabila berlaku perkara sebegitu, maka Mahkamah diperlukan untuk menyelesaikannya.
Ada beberapa situasi yang menyebabkan waris-waris yang mahu tidak mahu terpaksa juga melibatkan Mahkamah dalam urusan harta pusaka:
Pertikaian Status Waris Yang Memerlukan Pengesahan Dan Perintah Deklaratori
1. Waris Hilang
Salah satu situasi yang sering terjadi adalah apabila di kalangan waris yang berhak menerima harta pusaka, terdapat waris yang hilang atau tidak dapat dikesan.
Contohnya ada yang pulang ke tanah asal (China, India atau Indonesia) dan hilang berita. Tidak kurang juga yang hilang ketika zaman-zaman komunis mengganas di tanahair. Sudah hilang dan dianggap mati bertahun-tahun lamanya tetapi tidak ada bukti mengenainya.
Dalam situasi sebegini, agensi-agensi yang menguruskan harta pusaka anda anda menasihatkan untuk mendapatkan Perintah Deklaratori untuk Anggapan Kematian (di bawah seksyen 108 Akta Keterangan 1950) daripada Mahkamah (sivil) terlebih dahulu untuk melengkapkan proses dokumentasi sebelum permohonan perbicaraan harta pusaka dimulakan.
2. Itu Harta Siapa?
“Abang Long, arwah mak dah beritahu nanti bila saya mati rumah itu saya punya sebab saya yang tolong bayar selama ni!”
Selain itu, campur tangan Mahkamah dalam urusan harta pusaka berlaku apabila terdapat pertikaian status harta (adakah harta milik si mati atau bukan milik si mati?)
3. Benarkah Dia Waris?
“Eh kau tu anak angkat aje tau,”
Selain itu mengenai status waris.
Adakah sekian sekian individu merupakan waris yang berhak terhadap harta pusaka atau tidak berhak?
4. Betulkah Wasiat atau Hibah Itu Arwah Yang Buat?
“Engkau ni pandai-pandai je kata arwah bapak buat hibah bagi harta ni kat adik,”
Boleh jadi juga pertikaian terhadap kesahihan wasiat, wakaf dan deklarasi hibah.
5. Hak Aku Sebagai Isteri (atau isteri-isteri) Dia
Seperti tunggakan nafkah dan juga tuntutan harta sepencarian.
Pertikaian membawa kerumitan
Semakin rumit pertikaian semakin banyak kerja perlu dilakukan, semakin panjang prosedur yang harus dilalui maka semakin tinggi kos guaman. Sebab itulah, kita perlu bermula dengan:
1. Membuat senarai harta
2.Membuat senarai waris
Catat apa yang perlu dicatatkan (terutamanya hutang). Daftar apa yang perlu didaftarkan. Isytihar apa apa yang perlu diisytiharkan.
📍Kalau pinjam katakan pinjam.
📍Kalau hibah katakan hibah.
📍Kalau sekadar pegang amanah, jangan dibuat seperti harta sendiri.
📍Begitu juga jika ada berkahwin lebih dari seorang dan perkahwinan belum didaftarkan maka perbetulkanlah keadaan.
📍Jika ada mempunyai anak yang dibela orang, ada membuat wasiat, ada berhutang, ada memegang amanah lebih baik jika disimpan baik-baik bukti-bukti sokongan.
Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:
.
wasap.my/+601110724106/naktakaful
wasap.my/+601110724106/nakwasiat
.
Norul Fatihah Mohammad Nor
Ejen Perunding AIA Takaful &
Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka (iLegasi)
#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga


Comments
Post a Comment