FARAID DAH ADA, KENAPA NAK BERWASIAT?

Soalan dan jawapan yang agak panjang. Tapi boleh cuba untuk baca mungkin boleh dapat gambaran sebenar tentang perancangan dan petadbiran pusaka ni yang ditulis mengikut layman term. 




Boleh ambik sebagai ilmu.


Persoalan dari seorang anak apabila ibunya ingin berwasiat. Anak bekerja di luar Malaysia dan kurang arif tentang undang-undang di Malaysia.


Soalan:

Salam Saudara, 

Adalah baik jika dapat dijelaskan apa yang diperlukan untuk perancangan penjualan harta tanah Kampung Baru ibu saya. 

Secara am untuk pembahagian waris ibu saya, kami lebih mirip kepada faraid. Maka saya fikir tidak perlu ada surat wasiat untuk menyatakannya kerana hukum asal di Malaysia adalah Faraid. 

Melainkan Ibu saya inginkan HIBAH maka itu hal kedua yang perlu kepada perbincangan lain.

Setelah saya lihat draf faraid yang disiapkan, ianya tiada kuasa legal jika ada waris yang tidak setuju. 

Surat wasiat tersebut hanya menyatakan hasrat ibu saya untuk dibahagikan sama rata. 

Namun jika ada waris yang tidak setuju, maka ia akan balik kepada hukum asal iaitu faraid.

Atas dasar itu, saya fikir tidak perlu surat wasiat tersebut. 

Adik beradik kami hanya 5 orang. Jika kami semua setuju, harta boleh dibahagikan secara sama rata kemudian barulah difaraidkan.



Jawapan:


Waalaikumusalam.

Tq tuan. Mengenai persoalan di atas, saya bersetuju dengan pendapat yang tuan kemukakan.

Tidak dinafikan walaupun hasrat ibunya nak bahagikan harta samarata tapi ia masih lagi tertakluk kepada persetujuan waris faraid apabila meninggal kelak.

Untuk makluman tuan, secara umumnya merancang harta pusaka ini bukanlah hanya semata-mata untuk membincangkan tentang pembahagian harta sahaja.

Nak bagi siapa atau nak bagi berapa?

Tetapi...

Wasiat ini dibuat untuk menyelesaikan masalah pusaka yang berlaku dan kita fokuskan di Malaysia.

Apa masalahnya sehingga sebegitu kritikal?


1. 70 billion asset  yang terbeku pada tahun 2016.

2. Lebih dari satu juta geran tanah yang masih lagi atas nama si mati.

3. Ada banyak kes pusaka yang mengambil masa yang agak lama untuk selesai.

Ada 10 tahun, 20 tahun, 50 tahun, ada yang sampai tak ada tahun bila boleh selesai.

Apa persoalan yang perlu kita fikirkan?

Adakah ianya sebab pembahagian faraid?


Pembahagian memang dah ada dan disebut di dalam Al-Quran.

Tetapi kenapa masalah Harta Pusaka masih banyak yang tak selesai termasuk harta area atok Tuan.

Untuk menyelesaikan isu pusaka ni ada 2 proses yang perlu dilalui oleh waris.


Apakah proses tersebut?


1. Proses pentadbiran.

2. Proses pembahagian.


Kenapa banyak kes pusaka sangkut di no 2?

Sebab no 1 pun tak mampu diselesaikan.


Kalau kes tak ada wasiat waris perlu kemukakan surat kuasa mentadbir yang mana dalam permohonan tersebut dinyatakan siapa yang akan mentadbir harta si mati.

Tapi syaratnya semua waris mesti bersetuju.

Nampak macam senang tapi ketahuilah ianya agak sukar dan tak semudah yang disangka.

Kerana pentadbir yang dilantik mestilah pentadbir yang mempunyai 4 criteria dibawah :


1. ILMU (ilmu di dalam undang-undang Civil di Malaysia dan ilmu undang-undang Syariah).

2.KERJASAMA semua waris faraid

3. MASA

4. DUIT


Seperti contoh yang boleh dikaitkan adalah kes pusaka arwah atok yang sedang diuruskan sekarang ni.

Cuba tuan fikir sejenak.. 

Berapa lama arwah dah meninggal?

Kenapa sampai sekarang masih lagi tak selesai?

Siapa yang akan dipersoalkan tentang Harta simati?

Waris atau simati? 

Saya mohon maaf jika tidak menjawab secara terus kepada persoalan Tuan sebab kalau saya tak jelaskan dari awal memang agak sukar untuk Tuan fahami.

Persoalannya kenapa buat wasiat sedangkan faraid dah ada?

Buat wasiat adalah untuk menyelesaikan masalah pentadbiran dulu. 

Kemudian barulah membicarakan isu pembahagian.

Sebab itu klausa pertama dalam wasiat adalah perlantikan WASI.


Wasi ni apa? 

Wasi ni adalah pentadbir yang dah dilantik awal oleh pewasiat dalam dokumen wasiat.


Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:

.

wasap.my/+601110724106/naktakaful

wasap.my/+601110724106/nakwasiat

.

Norul Fatihah Mohammad Nor

Ejen Perunding AIA Takaful & 

Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka


#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga

Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?