HIBAH DAN FARAID: 14 PERKARA YG RAMAI ORANG TAK TAHU
Semua ini dengan tujuan, harta pusaka dapat dibahagikan seperti kehendak pemilik.
Cuma, ramai yang tak berapa jelas tentang hibah dan faraid. Dan kes terkini, ada pihak cuba meyakinkan orang ramai yang hibah sebagai satu mekanisma untuk elakkan faraid.
Jangan risau, perkongsian Tuan Salkukhairi Abd Sukor ni boleh membantu kita fahamkan apa yang perlu.
Kalau tak tahu, kena la berusaha cari ilmu. Jangan ambil mudah hukum Allah S.W.T.
Bahagian faraid siapa yang lebih tinggi?
Berikut adalah rumusan ringkas apa yang telah dibincangkan di dalam Seminar Hibah VS Faraid: Biar Tahu Jangan Keliru, anjuran HartaGuam dan Fakulti Syariah & Undang-undang USIM pada 21 Oktober 2017.
1. Hukum tentang perlaksanaan dan pembahagian faraid telah jelas dinyatakan di dalam Al-Quran. Ia dianggap sebagai Hududullah yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang beriman.
2. Pembahagian faraid terhadap harta pusaka si mati dibuat selepas ditolak kos urusan jenazah, hutang si mati, harta sepencarian dan wasiat si mati. Baki daripada harta pusaka si mati barulah dibahagi bahagikan mengikut faraid.
3. Pembahagian sama rata terhadap harta pusaka si mati boleh dibuat dengan syarat semua waris perlu tahu bahagian faraid masing- masing terlebih dulu, dan kesemua waris telah bersetuju dan redho pembahagian dibuat secara sama rata.
4. Hukum pembahagian faraid datang dengan tanggungjawab. Bahagian faraid untuk waris lelaki lebih tinggi berbanding dengan waris perempuan, kerana waris lelaki bertanggungjawab untuk menjaga waris-waris perempuan dengan harta pusaka yang diterima. Sedangkan waris perempuan hanya bertanggungjawab untuk dirinya sendiri sahaja, dan harta faraid yang diterima hanyalah lah untuk dirinya sahaja. Hibah bukan ‘modal’ elak faraid
5. Sijil faraid diperlukan untuk mengesahkan waris yang sah yang berhak menerima harta pusaka si mati, dan untuk mengesahkan bahagian sebenar yang berhak diterima oleh setiap waris. Walaubagaimana pun ada pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia yang menyatakan sijil faraid tidak boleh digunakan sebagai instrumen untuk urusan pendaftaran perletakan hak atau turun milik di pejabat tanah.
6. Hibah tidak boleh dilakukan semata-mata bertujuan untuk mengelakkan daripada faraid atau sebagai langkah untuk lari daripada faraid kerana merasakan pembahagian faraid adalah tidak adil. Hibah sepatunya dilakukan atas dasar rasa kasih sayang kepada ahli keluarga ikhlas kerana Allah.
7. Hukum hibah yang dibuat untuk tujuan mengelakkan daripada melaksanakan faraid tetap sah dari segi hukum fekah dengan syarat ianya mematuhi semua rukun dan syarat hibah. Cuma dari segi akhlaq sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah ianya sangat tidak patut dilakukan.
8. Harta yang telah dihibah tidak boleh ditarik balik sekiranya setelah berlakunya penyerahan (qabad), melainkan hibah daripada ibu/bapa kepada anak.
9. Hibah digalakkan dibuat secara bertulis untuk mengelakkan perbalahan di kemudian hari. Dan sebaik-baiknya dapatkan pengesahan hibah daripada Mahkamah Syariah terus untuk mengesahkan hibah tersebut, supaya tidak timbul masalah dan perbalahan di kemudian hari terutamanya selepas pemberi hibah meninggal dunia.Tak ada undang-undang khusus hibah bersyarat.
10. Hibah hartanah yang tidak didaftarkan pindahmilik, masih dianggap sah asalkan telah berlaku qabad (penyerahan) kepada penerima hibah.



Comments
Post a Comment