HIBAH PERMUDAHKAN BAHAGI HARTA KEPADA WARIS



MELIHAT kepada masalah pembekuan harta yang semakin meningkat saban tahun, umat Islam diingatkan supaya lebih mengambil berat pelaksanaan perancangan harta.

Islam menitikberatkan lima keperluan asasi manusia sebagaimana disebut di dalam Maqasid Shariah iaitu demi memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan juga harta.

Maqasid Shariah bermaksud objektif atau matlamat. Ia adalah makna dan tujuan dikehendaki syarak dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi menjamin kemaslahatan manusia.

Adalah menjadi kemudaratan sekiranya harta tidak dapat diuruskan dengan baik. Soal kefahaman dan kesedaran juga adalah faktor utama harta tidak dapat diuruskan sebaiknya, malah bakal mengambil tempoh yang panjang untuk diagihkan.

Perancangan pengurusan harta dalam Islam merangkumi dua aspek iaitu perancangan harta ketika hidup dan pembahagian harta selepas kematian pemilik harta.

 

Antara bentuk perancangan harta ketika hidup adalah seperti hibah, wasiat, wakaf, sedekah dan nazar.

Pengurusan harta selepas berlaku kematian pula ialah pembahagian harta pusaka tertakluk kepada hukum faraid.

Walaupun faraid berperanan dalam urusan pembahagian harta pusaka, pengagihan harta melalui cara itu mampu menjurus kepada masalah tertentu jika tidak ditadbir dengan sempurna serta tidak difahami dengan betul.

Menurut kajian, sebanyak RM66 bilion harta pusaka umat Islam tidak dituntut. Dapatan kajian itu menunjukkan apabila seorang waris meninggal dunia, jumlah waris yang berhak ke atas pusaka semakin bertambah lalu menjadikan penyelesaian pengagihan harta semakin rumit.

 

Masyarakat hari ini perlu lebih didedahkan cara pengagihan harta ketika hidup bagi mengelakkan masalah yang bakal timbul selepas kematian mereka.

Kita semua sering mendoakan untuk mendapat pengakhiran hidup yang baik, maka tentulah kita mahu pemergian kita tidak meninggalkan masalah.

Apa lagi berkaitan pengurusan harta peninggalan kepada waris yang tinggal. Jika sepanjang hayat kita berusaha mencari rezeki yang halal, mengumpul serta menjana keuntungan dengan cara terpuji, maka sudah tentu kita mahukan harta itu dimanfaatkan sebaiknya.

Hibah adalah suatu pemberian kasih sayang yang diberikan sewaktu hidup tetapi terlaksana apabila kita meninggal dunia. (turun milik)

Di mana kita berikan harta kita kepada seseorang waktu hidup dan orang yang kita berikan itu masih hidup. 

Tanpa ada pembayaran yang perlu penerima itu lakukan kerana ianya adalah 100% pemberian kasih sayang. 

Sebagai contoh kita hibahkan sebuah rumah kepada isteri kita sebagai tanda terima kasih kerana bersama-sama ketika susah dan senang dan juga kerana mengurniakan anak. 😊


Penulis:

Khuzama Ab Rahaman dan Farah Adibah Mohd Apandi


Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:

.

wasap.my/+601110724106/naktakaful

wasap.my/+601110724106/nakwasiat

.

Norul Fatihah Mohammad Nor

Ejen Perunding AIA Takaful & 

Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka (iLegasi)


#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga

Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?