ISU-ISU WARIS DALAM PENGURUSAN HARTA PUSAKA




1️⃣ WARIS TIADA PENGETAHUAN UNTUK URUSKAN HARTA PUSAKA

Banyak harta pusaka yang tidak dituntut adalah berpunca antaranya kerana waris-waris tidak tahu cara untuk buat tuntutan pembahagian harta pusaka, tidak tahu untuk rujuk siapa, tidak tahu untuk mula dari mana dan sebagainya.


2️⃣ WARIS LEWAT MENGURUSKAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Ini kerana pertamanya waris-waris kurang kesedaran dan kurang cakna akan pentingnya uruskan pembahagian harta pusaka dengan segera supaya ia tidak menjadi sulit dan sukar. Apabila lewat diuruskan, ini akan menyebabkan berlakunya waris berlapis di mana ada waris-waris asal yang meninggal dan meninggalkan waris-waris baru dalam pembahagian harta pusaka tersebut dan ini akan menjadikan urusan pembahagian harta pusaka itu semakin rumit.


3️⃣ WARIS TIDAK MEMBERI KERJSAMA

Berlaku juga di mana ada di kalangan waris yang tidak memberi kerjsama contohnya tidak memberi persetujuan, tidak hadir perbicaraan dan sebagainya. Yang lebih serius, ada kalangan waris yang berseteru dan bertelingkah kerana harta sekaligus menyebabkan sukar untuk dikumpulkan atau dihubungi kerana telah menjadi seperti putus hubungan keluarga.


4️⃣ WARIS HILANG DAN TIDAK DAPAT DIHUBUNGI

Waris yang hilang serta gagal dikesan dianggap masih hidup selagi tidak dibuktikan mati. Oleh itu hak waris berkenaan akan dipelihara. Sekiranya tiada bukti kematiannya, maka hanya Mahkamah Tinggi sahaja yang boleh membuktikan ianya telah mati dan tarikh ia dianggap telah mati ialah pada tarikh perintah angapan mati dikeluarkan. (Seh Nilamuddin)


5️⃣ WARIS DIABAIKAN ATAU DISEMBUNYIKAN

Pernah juga berlaku di mana waris tidak amanah dan jujur dalam menyenaraikan kesemua ahli waris yang layak ke atas suatu harta pusaka. Ini mungkin disebabkan hubungan yang tidak baik antara waris, sifat tamak akan harta dan sebagainya.


Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:

.

wasap.my/+601110724106/naktakaful

wasap.my/+601110724106/nakwasiat

.

Norul Fatihah Mohammad Nor

Ejen Perunding AIA Takaful & 

Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka


#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga


Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?