KISAH PEREBUTAN HARTA PUSAKA
KISAH perebutan harta pusaka berlaku di mana-mana dan ini satu kisah perebutan harta pusaka melibatkan enam orang waris yang tidak mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan harta pusaka peninggalan arwah ayah dan ibu mereka.
Hubungan adik-beradik ketika si ibu dan ayah masih ada sangat baik. Hubungan rapat di antara anak-anak menyebabkan si ibu dan ayah berasa lega, jika suatu hari nanti ditakdirkan mereka menutup mata buat selama-lamanya, anak-anak mampu menyelesaikan dan membahagikan harta yang ditinggalkan secara baik.
Tetapi langit tidak selalu cerah dan panas disangkakan hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Hubungan yang rapat selama ini tercemar apabila ketidakpuasan hati dalam isu pembahagian harta yang diberikan oleh ibu dan ayah mereka kepada adik-beradik lain dipendam dalam diam.
Rupa-rupanya ada di antara mereka menyimpan rasa tidak puas hati terhadap adik-beradik lain tetapi perasaan itu disimpan kerana menghormati ayah dan ibu.
Ketidakpuasan hati dan pertelingkahan kecil merebak menjadi besar dan perasaan dendam, kecil hati mula bersarang di hati. Dendam menjadi lebih parah apabila ibu bapa meninggal dunia.
Jenazah arwah belum lagi dikebumikan tetapi anak-anak sudah bergaduh di hadapan jenazah. Walaupun si ibu sudah meninggal dunia 16 tahun lepas tetapi pertikaian yang terjadi tidak nampak sebarang penyelesaian.
Ini di antara kisah perebutan harta pusaka yang sering kita dengar dan perebutan ini tidak hanya melibatkan harta yang banyak tetapi harta sedikit pun menjadi isu perebutan keluarga.
“Dan ketahuilah bahawa harta dan anak-anak kamu hanyalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jua pahala yang besar.” (Surah al-Anfal:28)
Pertikaian keluarga atau waris-waris berebut harta pusaka menyebabkan urusan pembahagian pusaka tergendala.
Pertelingkahan dan pertikaian yang berlaku sebelum kematian lagi, berlanjutan menyebabkan ada waris-waris enggan bekerjasama, menyebabkan proses pembahagian tidak dapat dijalankan dan diselesaikan dengan segera.
Kita sebagai umat Islam memandang remeh tentang keperluan membuat perancangan awal harta Islam. Masih ramai yang kurang memahami ilmu mewariskan harta. Ini disebabkan oleh sikap kita yang merasakan pengurusan harta tidak penting.
Kita beranggapan waris boleh menguruskan harta yang kita tinggalkan dengan baik, lagipun faraid sudah ditetapkan. Apa yang perlu dirisaukan. Tetapi kita lupa bahawa apabila kita meninggal dunia, semua harta kita akan dibekukan dan waris-waris faraid perlu melalui proses pentadbiran sebelum harta boleh diagihkan kepada yang berhak.
Kegagalan kita mengurus dan merancang harta Islam dengan baik semasa hidup boleh mengundang kepada:
Waris bertelingkah siapa yang patut mentadbir harta pusaka
Banyak kes pusaka tergantung dan tidak dapat diselesaikan apabila waris-waris tidak mencapai kata sepakat, siapa yang patut dilantik untuk menguruskan harta pusaka.
Pemilihan ini juga mengambil masa yang lama apabila ada waris-waris tidak bersetuju dalam pemilihan siapa yang harus bertanggungjawab atau siapa yang amanah dalam menjalankan urusan pengurusan pusaka si mati.
Kos pentadbiran pusaka
Waris tidak mahu mengeluarkan wang untuk pentadbiran pusaka. Semua menuntut harta pusaka peninggalan si mati tetapi untuk mengeluarkan wang bagi urusan pentadbiran, kos guaman dan sebagainya masing-masing berdolak-dalik dan akhirnya mengambil jalan mudah dengan membiarkan harta pusaka terbiar begitu sahaja.
Tiada kerjasama
Waris tidak mahu bekerjasama dan sengaja melengahkan pengurusan harta pusaka si mati. Harta si mati beku begitu lama disebabkan sikap tidak apa, tamak, pertikaian dan tidak mahu mengambil tahu.
Tiada persefahaman dan pertikaian yang berlarutan begitu lama maka banyak kes-kes pusaka melarat sehingga dua atau tiga generasi dan ada yang lebih daripada tiga generasi - pusaka berlapis.
Hubungan kekeluargaan renggang
Hubungan kekeluargaan dalam kalangan waris-waris renggang dan berpecah belah gara-gara harta pusaka.
Lebih menyedihkan hubungan keluarga putus, tidak boleh bertemu muka gara-gara perebutan harta disebabkan pertikaian, tidak berpuas hati dan merasa ketidakadilan dalam pembahagian pusaka.
Kematian itu pasti
“Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasa mati.” (Surah al-Anbiya:35).
Kewajipan merancang pengurusan harta seharusnya perlu dibuat dengan bijak dan teliti kerana harta merupakan satu aspek penting dalam kehidupan.
Perancangan harta dan pengagihannya penting dan harus diberi penekanan. Amalan yang dinamakan sebagai perancangan pengurusan harta ini bukan sekadar mengumpul, mengurus, membangunkan dan melindungi harta, sebaliknya harta dan kekayaan yang dimiliki harus dipastikan dapat diwarisi oleh waris-waris dengan sebaiknya tanpa menimbulkan kesulitan dan kesusahan kepada waris yang layak menerimanya. 😰😰😰
Credit to Norisah Ibrahim
Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:
.
wasap.my/+601110724106/naktakaful
wasap.my/+601110724106/nakwasiat
.
Norul Fatihah Mohammad Nor
Ejen Perunding AIA Takaful &
Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka
#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga



Comments
Post a Comment