PUAN SAYA NAK BUAT HIBAH!!!!




Puan.. Saya Nak Buat Hibah!


-Ok siapa nama dan dari mana?

-Kenapa nak buat hibah?

-Faham ke apa tu hibah?

-Dari mana tau pasal hibah?

-Dah kahwin belum, ada suami atau isteri? 

-Anak berapa orang? Ada lelaki dan perempuan?

-Ada anak lelaki kenapa masih nak buat hibah?

-Mak ayah masih hidup?

-Apa harta yang nak dihibahkan?

-Dokumen harta yang nak dihibahkan semua ada tak?

-Harta-harta yang nak dihibah tu memang confirm atas nama awak ke?

-Dah tau belum siapa sepatutnya yg boleh jadi waris-waris?

-Dah tau berapa bahagian yg sepatutnya waris-waris boleh dapat?

-Tau tak faraid tu apa? Tau tak siapa waris-waris awak yang boleh dapat faraid?


Tu diaa.. 1 soalan yang anda tanya 20 soalan yang peguam akan tanya balik. Jangan terkejut kalau peguam tanya banyak sebab peguam kena tau latar-belakang setiap klien sebelum boleh bagi nasihat yang sesuai dan lengkap. Jangan tanya saya, wasiat ke hibah yang lebih baik? Sebab saya akan interview balik orang yg bertanya tu dengan soalan yang lebih banyak. Dah banyak kali saya ulang.. keperluan setiap orang lain-lain dan tak sama. Jangan pulak kata peguam busybody. 

Kalau anda sakit dan jumpa doktor, boleh tak anda cakap kat doktor tu, “Doktor..saya batuk selama seminggu. Saya nak ambik ubat batuk yang biasa tu. Doktor kena bagi ubat yang saya nak tu jangan tanya banyak..” Doktor pun kena diagnosis pesakit dulu. Mana tau, batuk tu sebenarnya adalah simptom kepada penyakit yang lain. Itu dah kepakaran dia. Maka serahkanlah sesuatu bidang tu pada yang pakar.

Saya bukanlah agen yang kejar sales semata dengan buat dokumen hibah. Sepatutnya saya suka bila ramai orang nak buat hibah. Buatkan jelah tak payah tanya banyak. Tapi saya peguam dan saya bertanggungjawab dengan nasihat atau cadangan yang saya berikan. Saya bimbang kalau orang buat hibah sebab trend atau terikut-ikut dengan orang lain. Saya nak, orang yang nak buat hibah tu betul-betul faham kenapa dia perlu buat hibah.

Ada yang bertanya, puan.. saya ada 5 orang anak lelaki tapi saya nak buat hibah. Saya tanya balik, kenapa nak buat hibah kan dah ada anak lelaki? Klien tu jawab, “Saya ada 2 buah rumah je anak saya ada 5. Saya nak bagi rumah pertama kepada 2 orang anak lelaki dan rumah kedua kepada 3 orang anak lelaki. Kalau saya tak buat macamtu, nanti masing2 berebut nak rumah yang mana satu. Saya tak nak rumah tu akhirnya dijual semata-mata nak dapatkan hasil yang samarata”.  Hmm..betul juga tu. Ini contoh orang yang memang faham kenapa dia nak buat hibah. 

Yang memang tak nak buat hibah tu, tak payahlah nak tohmah hibah dengan macam-macam andaian. Kalau hibah tak bagus, kenapa hibah ada disyariatkan sebagai salah satu cara muamalah dalam Islam. Kalau takut nak buat hibah sebab dikatakan mengelak faraid, ikut logik anda pun patutnya tak payah buat sedekah, buat waqaf, derma dan tak boleh menjual harta. Semua tu kan akan menyebabkan harta berkurang dan boleh menyebabkan peluang waris untuk dapat harta tu berkurang juga?

Memang pun tujuan hibah untuk mengajar kita tak cintakan harta, melepaskan harta kepada orang lain untuk tujuan kebaikan. Kalau ada kes terpencil yang memang buat hibah dengan tujuan yang tak baik, jangan pukul sama rata kata semua hibah tu tak bagus. 

Buat sesuatu biarlah dengan ilmu. Biar tahu jangan keliru.. hibah bukan melarikan pusaka tetapi merancang harta.


 Oleh: Roslina Sabiyah & Co


Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:

.

wasap.my/+601110724106/naktakaful

wasap.my/+601110724106/nakwasiat

.

Norul Fatihah Mohammad Nor

Ejen Perunding AIA Takaful & 

Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka (iLegasi)


#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga

Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?