SIAPAKAH PENGHALANG DALAM FARAID? ADAKAH ANDA?

 Pengenalan :

Dalam Undang-undang Pusaka Islam atau Faraid, ada satu Bab berkaitan Halangan dan Penegahan dalam perwarisan pusaka.


Mahjub adalah dari perkataan Arab iaitu hajbu @ hijab yg bermaksud menghalang.




Jenis-jenis Penegahan & Halangan Dlm Faraid :

Di dalam Ilmu Faraid, terdapat dua (2) kategori Penegahan & Halangan iaitu:-

1️⃣ Penegahan Pusaka @ Halangan Wasfi (Hajbu Bil Wasfi) iaitu tertegah @ terhalang dari segi Syarak dari menerima Pusaka kerana (a) Membunuh pemilik harta; (b) Berbeza Agama @ Murtad; dan (c) Hamba sahaya.


2️⃣ Penghalangan Pusaka @ Halangan Syakhsi (Hajbu Bis Syakhsi) iaitu penghalangan pusaka disebabkan kehadiran waris yg lebih berhak dan lebih utama utk mewarisi harta pusaka tersebut. Halangan Syakhsi ini pula terbahagi kpd dua (2) jenis iaitu:

🔴 Mahjub Hirman iaitu halangan pewarisan sepenuhnya secara mutlak disebabkan oleh kewujudan ahli waris yg lebih utama atau lebih kuat hubungan nasabnya. Contohnya, kehadiran Bapa Si-Mati atau Anak Lelaki Si-Mati menyebabkan adik-beradik Si-Mati tidak boleh mewarisi Pusaka Si-Mati.


🟢 Mahjub Nuqson iaitu Halangan mewarisi sebahagian Pusaka yg menyebabkan waris berhak itu menerima bahagian yg lebih kecil disebabkan kehadiran waris berhak yg lain. Pembahagian ini dinyatakan di Ayat-Ayat Faraid di dlm AlQuran (Surah An Nisa’ Ayat 11, 12 & 176).Contohnya Bahagian Suami berubah dari 1/2 jika Si-Mati (Isteri) tiada anak kepada 1/4 jika ada anak.


Tujuan Halangan :

Antara tujuan atau hikmah-hikmah penegahan dan halangan ini ialah:

▶️ Menjaga kepentingan institusi kekeluargaan supaya terhindar daripada tamak & haloba ahli waris utk mendapatkan harta pusaka dgn segera.

▶️ Menjaga keharmonian & kesejahteraan hubungan kekeluargaan terutamanya bagi waris-waris yg lebih utama dan yg mempunyai tanggungjawab yg lebih besar utk meneruskan kelangsungan hidup.

▶️ Memastikan Harta Orang Islam sentiasa dimanfaatkan oleh sesama Islam & demi kepentingan Islam.


Apakah Mahjub Punca Harta Beku Di Malaysia?

Apabila seseorang meninggal dunia, hartanya akan dibekukan sehinggalah tuntutan pusakanya selesai. 

Setakat ini, Harta Pusaka yg dibekukan di Tanahair kita semakin hari semakin meningkat. Dianggarkan RM 70 B Harta Pusaka orang Islam terbeku sehingga tahun 2019, dan dianggarkan hampir 1 (satu) juta geran Hartanah tidak di turun-milik sejak tahun 1950-an lagi.

Apabila Harta pusaka dibekukan, ini bermakna harta tersebut tidak dapat dimanfaatkan. Akibatnya harta-harta ini terbiar dan dibazirkan. Dan yg amat menyedihkan ialah apabila Hutang Si-Mati juga tidak dapat diselesaikan, dan waris-waris pula memakan harta yg batil.




Antara asbab harta pusaka tersebut terbeku adalah:-

1️⃣ Waris-waris tidak faham Faraid.

2️⃣ Waris-waris tidak tahu proses pentadbiran Urus Pusaka.

3️⃣ Waris-waris bersengketa tentang pentadbiran dan pembahagian pusaka.

4️⃣ Waris-waris tidak mempunyai duit yg mencukupi utk menguruskan pentadbiran pusaka.


Mahjub dlm Faraid sepatutnya memudahkan urusan pusaka kerana dgn adanya Mahjub, tidak semua ahli Keluarga Si-Mati menjadi waris-waris berhak terhadap harta pusakanya. Secara logik, ini mengurangkan jumlah waris-waris berhak & sepatutnya lebih mudah utk mencapai kesefahaman.

Tetapi, disebalik adanya Mahjub, harta beku di Tanahair kita semakin meningkat. Inilah persoalan yg patut kita semua yg bakal hartanya dipusakai, atau yg bakal menjadi waris-waris perlu fikirkan iaitu:

1️⃣ Adakah anda tidak berasa sedih terhadap Si-Mati dgn hartanya yg dibazirkan dan hutangnya tidak selesaikan❓

2️⃣ Adakah anda antara punca yg menyebabkan harta pusaka Si-Mati termasuk di dlm statistik dan asbab di atas❓Atau, 

3️⃣ Apakah anda bakal menjadi mereka yg menaikkan statistik tersebut disebabkan anda berada di dlm Kategori asbab yg disenaraikan❓


Tanyalah & jujurlah dgn diri kita sendiri. Bersediakah kita❓


Kesimpulan :

Halangan yg ditetapkan dlm Faraid atau mahjub adalah utk menjaga kepentingan Umat Islam amnya, dan khususnya utk waris-waris berhak Si-Mati.

Namun yg menjadi penghalang utama di dlm urusan Harta Pusaka di Malaysia bukanlah mahjub dlm Faraid, tetapi sebaliknya adalah disebabkan waris-waris yg tidak bersedia dan tidak tahu bagaimana utk menguruskan Harta Pusaka. Kita dengar tentang Faraid tetapi kita tidak memahami apakah itu Faraid. 

Oleh itu, jika anda sayang keluarga anda dan sekiranya anda tidak mahu menjadi sebahagian daripada statistik di atas, dapatkanlah nasihat dari mereka yg arif tentang faraid, perancangan dan urusan pusaka Islam ‼️


Allahu ‘alam.


Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:

.

wasap.my/+601110724106/naktakaful

wasap.my/+601110724106/nakwasiat

.

Norul Fatihah Mohammad Nor

Ejen Perunding AIA Takaful & 

Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka (iLegasi)


#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga

Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?