ADAKAH BAYI DLM. KANDUNGAN MEMPUNYAI HAK PUSAKA
Pengenalan : Undang-undang Pusaka Islam atau Faraid menentukan hak mempusakai harta pusaka kpd beberapa golongan waris, termasuklah bayi atau janin dlm kandungan ibunya. Malah, ada Bab khusus dalam Faraid yg dinamakan “Mirathal Haml” yg membincangkan perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Faraid atau Undang-undang Pusaka Islam ini adalah satu sistem pewarisan yg menyeluruh, teliti dan terperinci bagi menjamin hak dan keadilan kepada waris-waris berhak. Hukum Berkaitan Hak Pewarisan Bayi Dalam Kandungan : Imam-Imam Mazhab bersepakat mengatakan bahawa bayi dlm kandungan itu berhak mendapat harta pusaka dari Si-Mati. Ini disebabkan bayi dlm kandungan atau janin dikategorikan sebagai hidup secara taqdir (ketentuan Allah swt). Namun, pewarisan pusaka bagi bayi dlm kandungan atau janin itu tertakluk kpd. beberapa syarat, antaranya ialah: ❇ Janin tersebut terhasil dari perkahwinan yg sah. Jika tidak, dia hanya berhak mewarisi dari pusaka ibunya sahaja. ❇ Janin itu sudah wujud di dalam kandungan ...