ADAKAH BAYI DLM. KANDUNGAN MEMPUNYAI HAK PUSAKA

Pengenalan :

Undang-undang Pusaka Islam atau Faraid menentukan hak mempusakai harta pusaka kpd beberapa golongan waris, termasuklah bayi atau janin dlm kandungan ibunya. Malah, ada Bab khusus dalam Faraid yg dinamakan “Mirathal Haml” yg membincangkan perkara ini.


Ini menunjukkan bahawa Faraid atau Undang-undang Pusaka Islam ini adalah satu sistem pewarisan yg menyeluruh, teliti dan terperinci bagi menjamin hak dan keadilan kepada waris-waris berhak.


Hukum Berkaitan Hak Pewarisan Bayi Dalam Kandungan :

Imam-Imam Mazhab bersepakat mengatakan bahawa bayi dlm kandungan itu berhak mendapat harta pusaka dari Si-Mati. Ini disebabkan bayi dlm kandungan atau janin dikategorikan sebagai hidup secara taqdir (ketentuan Allah swt).


Namun, pewarisan pusaka bagi bayi dlm kandungan atau janin itu tertakluk kpd. beberapa syarat, antaranya ialah:

❇ Janin tersebut terhasil dari perkahwinan yg sah. Jika tidak, dia hanya berhak mewarisi dari pusaka ibunya sahaja.


❇ Janin itu sudah wujud di dalam kandungan ibunya semasa kematian Si-Mati berlaku.


❇ Janin itu dilahirkan dalam keadaan hidup walaupun beberapa saat.


Bagi memastikan hak pewarisan, Faraid mengenal-pasti beberapa tanda yg perlu ditunjukkan oleh janin yg dilahirkan itu sebagai tanda hidup. Antaranya ialah menangis, bernafas, bergerak anggota badannya dan sebagainya. Ini berdasarkan dalil Hadis Baginda Nabi S.A.W iaitu “Apabila Bayi yg dilahirkan menangis (mempunyai tanda bernyawa), maka dia berhak mendapat pusaka”. 

[Hadis Riwayat Imam Abu Dawud r.h]


Walau bagaimanapun, para Ulamak Mazhab mempunyai pendapat yg berbeza sama ada seluruh badan janin itu perlu dilahirkan dalam keadaan hidup atau sebahagian besarnya sahaja. Mazhab Shafie, Maliki dan Hanbali mensyaratkan bahawa janin itu hendaklah dilahirkan dgn seluruh badannya dlm keadaan hidup. Jika sebahagian sahaja dilahirkan hidup dan kemudiannya bayi itu meninggal dunia, maka dia tidak berhak mewarisi harta pusaka walaupun kelahiran itu diikuti dengan tangisan.


Sekiranya syarat-syarat di atas dipenuhi, janin yg dilahirkan itu berhak mewarisi harta pusaka. 


Cara Pengagihan Pusaka Melibatkan Bayi Dlm Kandungan :

Menurut jumhur Ulamak, harta pusaka Muwaris boleh dibahagikan sebelum kelahiran janin, tetapi hanya sedikit Pusaka sahaja yg boleh diagihkan. Antara sebab pengagihan  sepenuhnya tidak boleh dilakukan sebelum kelahiran bayi tersebut adalah perbezaan hak pewarisan di antara bayi lelaki dgn bayi perempuan. Dlm erti kata lain, pembahagian minima ini bertujuan bagi menjaga kepentingan waris-waris berhak, terutamanya untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup. 


Setelah kelahiran bayi dlm kandungan itu, baharulah pengagihan Pusaka sepenuhnya dapat dilakukan. Ini bagi memastikan syarat-syarat yg ditetapkan Syarak yg dinyatakan di atas dipatuhi dlm penentuan pembahagian Pusaka tersebut samada bayi yg dilahirkan itu berhak atau tidak. 


Namun, mengikut Mazhab Maliki, harta pusaka tersebut tidak boleh dibahagikan sehinggalah janin itu dilahirkan.


Kesimpulan :

Undang-undang Pusaka Islam atau Faraid adalah satu yg syumul dan menjamin hak serta keadilan kepada semua waris Si-Mati termasuklah bayi yg masih di dlm kandungan.


Memahami hukum-hakam Faraid ini adalah amat penting bagi mengelakkan Umat Islam memakan harta yg batil, dan juga dalam menguruskan Pusaka Si-Mati.


Oleh itu, dapatkanlah nasihat dari mereka yg arif berkenaan pewarisan pusaka Islam utk diri anda dan keluarga tersayang ‼️


Allahu ‘alam.

=================================



Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:

.

wasap.my/+601110724106/naktakaful

wasap.my/+601110724106/nakwasiat

.

Norul Fatihah Mohammad Nor

Ejen Perunding AIA Takaful & 

Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka


#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga

Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?