ANAK DERHAKA DAPAT HARTA PUSAKA?

 Saya pernah ditanya soalan ini. Adakah anak derhaka juga dapat menerima harta pusaka?




Bila saya tanya lanjut apa yang dimaksudkan dengan anak derhaka? Hamba ­Allah itu menceritakan tentang adiknya yang lari meninggalkan rumah sejak muda.


Malah, adiknya tidak pernah balik menjenguk dan mengambil berat tentang ayah mereka yang terlantar uzur bertahun-tahun lamanya. Sekarang ayahnya telah meninggal dunia dan adik ini muncul kembali untuk menuntut haknya ke atas harta pusaka ayah.


Pastinya ada kisah di sebalik merajuknya si adik dengan ayahnya yang biasanya berjela-jela panjang. Saya tidak berhasrat menghurai kisah merajuk ini sebaliknya hanya ingin memberi tumpuan kepada persoalan hak anak derhaka itu kepada harta pusaka.


Tiga sebab


Di dalam Islam, hanya ada tiga sebab sahaja yang menyebabkan waris sepatutnya dapat harta pusaka tetapi terhalang. Sebab itu ialah


- Pembunuhan, 

- Berlainan agama dan 

- Hamba sahaya 


Pas­tinya situasi hamba sahaya tidak wujud hari ini.


Bagi situasi pembunuhan pula, jika dapat dibuktikan bahawa waris itu telah bertindak dengan sesuatu cara yang boleh disahkan Mahkamah Syariah sebagai tindakan yang menyebabkan kematian si pemilik harta, maka Mahkamah Syariah boleh mengeluarkan perintah yang anak atau waris itu tidak berhak mewarisi harta pusaka.


Contoh, anak telah meletak racun di dalam minuman ayah untuk membunuhnya. Anak itu tidak layak menerima harta pusaka walaupun dia adalah waris mengikut hukum faraid.


Sebenarnya, sama ada anak itu derhaka atau tidak, dosa itu adalah antara mereka dengan ibu bapa mereka. Dari pandangan hukum syarak, anak atau sesiapapun waris yang berhak mengikut hukum faraid, hak mereka ke atas harta pusaka hanyalah terhijab kerana tiga sebab di atas.


Namun, ada perbincangan yang menarik mengenai konsep pembunuhan di sini. Adakah pembunuhan secara tidak ­sengaja seperti si suami memandu laju dan cuai yang menyebabkan kemalangan dan isteri terbunuh itu dianggap ­sebagai pembunuhan juga dan si suami tiada hak ke atas harta pusaka isteri?


Ada juga kes beberapa tahun lepas, si suami dituduh membunuh isterinya dengan cara melanggarnya dengan kereta. Mahkamah sivil yang membi­carakan kes bunuh itu melepaskan suami dari tuduhan membunuh.


Tetapi Mahkamah Syariah yang membicarakan kes pusaka si isteri membuat keputusan bahawa si suami tidak layak me­nerima harta pusaka isteri kerana isteri meninggal dunia akibat perbuatan suaminya.


Berlainan agama juga ­menyebabkan pewarisan itu terputus. 


Contohnya, si anak telah murtad dan memeluk agama lain. Bila ayah yang beragama Islam meninggal dunia, anak itu tidak layak menerima harta pusaka ayah.



Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:

.

wasap.my/+601110724106/naktakaful

wasap.my/+601110724106/nakwasiat

.

Norul Fatihah Mohammad Nor

Ejen Perunding AIA Takaful & 

Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka


#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga


Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?