MUDAHNYA BELAJAR FARAID (Faraid Anak Perempuan)
Sebenarnya ramai yang bertanya saya berapa bahagian faraid anak perempuan. Mereka risau anak perempuan tak ada hak. Malah masih ramai yang beranggapan bahawa anak perempuan tidak layak mewarisi harta pusaka.
Pertamanya kena faham, anak perempuan ialah kategori waris utama atau waris fardhu iaitu waris yang WAJIB dapat bahagian faraid dan tidak terhalang oleh mana2 ahli waris yang lain.
Keduanya kena faham, bahagian faraid anak perempuan ada 3 keadaan berdasarkan Surah An-Nisa ayat 11 :
يوُصِيكُمُ اللّٰهُ فِي أَوْلَدِكُمْ لِلذَّكَرٍ مِثْلُ حَظِّ الْاُنثَيَيْنِ فَاِن كُنَّ نِسَأً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثاَ ماَ تَرَكَ وَإِن كاَنَتْ وٰحِدَةً فَلَهاَ النِّصْفُ..
“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika hanya ada anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu...”
1️⃣ Asobah : iaitu berkongsi bahagian baki dengan anak lelaki (lelaki dapat 2 bahagian perempuan dapat 1 bahagian).
2️⃣ 2/3 bahagian : jika si mati ada meninggalkan anak perempuan 2 orang atau lebih. Maka anak2 perempuan tersebut berkongsi bahagian 2/3 dari bahagian pusaka.
3️⃣ 1/2 bahagian : jika si mati ada meninggalkan seorang anak perempuan. Maka anak perempuan tersebut akan dapat separuh bahagian pusaka.
Situasi 1
Si mati meninggalkan isteri, seorang anak perempuan, ibu dan bapa masih hidup, adik-beradik 3 lelaki 2 perempuan.
Waris faraid si mati ialah :
-isteri : 1/8
-anak perempuan : 1/2
-ibu : 1/6
-bapa : dapat baki harta (asobah)
-adik-beradik tak dapat faraid kerana terhalang oleh bapa.
Situasi 2
Si mati meninggalkan isteri, 2 orang anak perempuan, ibu, adik-beradik 3 lelaki 2 perempuan manakala bapa dan datuk dah meninggal.
Waris faraid si mati ialah :
-isteri : 1/8
-2 AP : berkongsi bahagian 2/3
-ibu : 1/6
-adik-beradik si mati : dapat baki harta (asobah) di mana lelaki dapat 2 bahagian perempuan dapat 1 bahagian.
Situasi 3
Si mati meninggalkan isteri, 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan, bapa, 2 orang adik lelaki.
Waris faraid si mati ialah :
-isteri : 1/8
-bapa : 1/6
-2 AL 1 AP : berkongsi baki harta (asobah) di mana lelaki dapat 2 bahagian perempuan 1 bahagian.
-2 adik lelaki si mati tak dapat faraid kerana terhalang oleh anak lelaki dan bapa.
Situasi 4
Si mati meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan. Ibu bapa dan datuk juga dah meninggal. Si mati adalah anak tunggal.
Waris faraid si mati ialah :
-isteri : 1/8
-anak perempuan : 1/2
-Baitulmal : dapat baki harta pusaka kerana si mati tiada waris lelaki/asobah yang lain.
Situasi 5
Si mati meninggalkan suami, seorang anak perempuan, dan seorang kakak. Ibu bapa dah meninggal.
Waris faraid si mati ialah :
-suami : 1/4
-anak perempuan : 1/2
-kakak : baki harta (asobah ma’al ghair)
Contoh situasi2 di atas hanyalah untuk menjelaskan di mana anak perempuan akan mendapat bahagian faraid yang berbeza dalam struktur waris faraid yang berbeza. Dalam keadaan tiada waris lelaki yang menjadi asobah (anak lelaki, bapa atau datuk) maka adik-beradik si mati akan mendapat baki faraid si mati. Dalam keadaan adik-beradik si mati pun tiada, maka barulah baki harta akan dapat ke Baitulmal.
.
wasap.my/+601110724106/naktakaful
wasap.my/+601110724106/nakwasiat
.
Norul Fatihah Mohammad Nor
Ejen Perunding AIA Takaful &
Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka
#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga
Comments
Post a Comment