PASANGAN YG ADA ANAK ANGKAT
KREDIT: Salmi Salleh
Lewat petang smlm saya ke rumah sepasang suami isteri yang berumur lewat 70an dan 60an... Mereka adalah kenalan lama saya dan jiran lama kpd suami saya.
Kisahnya bermula apabila saya berurusan dengan mereka berkaitan dengan pindahmilik harta amanah atas nama si isteri. Pasangan ini adalah peniaga yg sangat berjaya di tempat saya dan sangat pemurah orangnya. Suka bersedekah dan tidak pernah lupa mbayar zakat perniagaan. Namun, walaupun diberikan kejayaan dalam perniagaan tetapi seribu kali sayang, tidak dikurniakan anak kandung sebagai penyeri rumah tangga dan sebagai penerus keturunan. Isteri pernah diberi nikmat untuk mengandung tetapi mengandung di luar rahim dan kandungan tersebut terpaksa dibuang demi keselamatan si ibu.. Puas berusaha tetapi rezeki untuk mendapatkan zuriat sendiri tidak berpihak kpd mrk. Dipendekkan cerita pasangan ini telah diberi peluang menjadi ibu dan bapa kpd dua anak angkat yg dipelihara sejak dr kecil lagi.
Segala kasih sayang dicurahkan sepenuhnya kpd kedua2 anak angkat mrk iaitu seorng anak angkat lelaki dan seorg anak angkat perempuan. Sebab sayangkan anak2 angkat tersebut, Pasangan ini telah membuat wasiat dengan satu syarikat amanah bagi mewariskan harta mrk kpd anak2 tersebut. Namun akibat kurangnya pendedahan tentang fungsi sebenar wasiat oleh perunding syarikat tersebut, telah menyebabkan pasangan ini beranggapan bahawa jika mereka meninggal dunia kelak maka semua harta mereka akan dimiliki oleh kedua2 anak angkat tersebut.
Namun, apabila saya menerangkan kpd mrk bahawa jika harta2 mrk hendak diberikan kpd anak2 angkat mengikut hasrat dan keinginan mereka dan jika dengan menggunakan instrumen wasiat.. Hanya 1/3 bahagian sahaja harta mrk yg akan diterima oleh kedua2 anak angkat mrk. Manakalan 2/3 bahagian lagi adalah hak kpd adik beradik kpd pasangan tersebut (waris yg berhak mengikut hukum faraid) . Apabila pasangan ini mendengarkan penjelasan tersebut drp saya.. Sangat terkejutlah mrk. Saya menasihatkan mrk untuk membuat dokumen hibah sekiranya pasangan ini hendak memastikan harta yg mrk hendak dibagikan kpd anak2 angkat tersebut mengikut hasrat mereka. Ini kerana harta yg dihibahkan tidak lagi dikira sbg harta pusaka selepas kematian mereka.
Akhirnya pasangan ini bersetuju untuk ubah wasiat tersebut kpd dokumen hibah. Alhamdulilah semalam telah selesai proses terakhir dlm rukun hibah iaitu lafaz hibah (ijab qabul hibah) telah dilaksanakan dengan jayanya dan disaksikan oleh saya serta dua saksi lelaki. Apa yang menyentuh hati saya apabila si bapa berkata kpd saya...
Pak Aji : "lepas ini pak aji dah boleh tidur lena dah malam ni..."
Saya : "kenapa pak aji"
Pak aji : "Sebab selama ni selagi tak selesai urusan ni selalu pak aji berfikir apa akan jadi jika kami meninggal kelak jika tidak buat apa2.."
Saya : " Alhamdulilah..tahniah pak aji sebab dah ambil tindakan yang terbaik".
Pengajaran drp cerita saya ini:
1. Jika pasangan yang ada anak angkat.. Buatlah dokumen hibah untuk mengagihkan harta kpd ank angkat mengikut hasrat masing2.
2. Pasangan yg ada anak angkat kena cari solusi atau jalan terbaik dalam mengagihkan harta mereka tanpa bertindak zalim kpd waris2 yg berhak.
3. Pihak2 yg menawarkan perkhidmatan perwarisan spt wasiat dan hibah hendaklah berusaha membantu pasangan yg ada anak angkat memahami fungsi sebenar wasiat dan hibah. Bukan semata2 mengejar sales semata-mata.
4. Bertindak untuk buat sesuatu adalah lebih baik drp tidak berbuat apa2.
JOM KITA BUAT HIBAH
Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful:
.
wasap.my/+601110724106/naktakaful
wasap.my/+601110724106/nakwasiat
.
Norul Fatihah Mohammad Nor
Ejen Perunding AIA Takaful &
Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka
#aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #ohmedia #ohbulan #siakapkeli #diy #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga
Comments
Post a Comment