PERANCANGAN PEWARISAN HARTA ISLAM
PERANCANGAN PEWARISAN HARTA ISLAM
❇️ Pengenalan
“Kullu nafsin Za Ikatul Maut”. Semua yg bernyawa akan menemui ajal. Bilakah waktunya utk kita? Adakah kita telah membuat persediaan utk bertemu dgn Allahurabbi? Salah satu persediaan itu adalah melakukan perancangan pewarisan harta bagi memudahkan pengurusan harta pusaka kita kelak. Bagi kita yg beragama Islam, persediaan yg dilakukan mestilah mematuhi tuntutan Syarak termasuk Hukum Faraidh.
❇️ Apakah Perancangan Harta Islam?
Perancangan Pewarisan Harta ialah persediaan yg kita lakukan bagi urusan pewarisan pusaka terhadap harta yg bakal kita tinggalkan. Ada beberapa perkara yg perlu diperhalusi dalam perancangan harta kita iaitu penyediaan maklumat berkaitan Pewarisan Islam, Perlantikan Pentadbir bagi menguruskan harta pusaka, penyediaan dana pantas @ duit bagi keperluan waris terdekat spt anak-anak, dll.
❇️ Cara Merancang Pewarisan Harta Islam
1️⃣ Penyediaan Maklumat Penting
Perkara Utama yg perlu dilakukan ialah menyediakan informasi berkaitan Pewarisan Islam. Ringkasannnya ialah menyediakan Fail Faraidh Peribadi yg mengandungi informasi berikut:-
- Harta yg dimiliki & Harta Amanah yg dipegang.
- Hutang yg perlu dilunaskan.
- Maklumat peribadi berkaitan waris-waris iaitu Bapa, Ibu, Suami @ Isteri, anak-anak @ adik-beradik termasuk salinan MyKad/Paspot, Sijil Kahwin (bagi IbuBapa & Suami-Isteri).
- Senarai Mereka yg Berhutang dgn kita.
2️⃣ Penyediaan Duit @ Dana Pantas
Duit @ Dana Pantas diperlukan oleh waris-waris terdekat kita spt anak-anak, suami @ isteri, & IbuBapa kita bagi meneruskan kelangsungan hidup setelah pemergian kita terutamanya dlm tempoh beberapa bulan selepas kematian kita. Ini disebabkan harta pusaka kita spt duit di Bank akan dibekukan sehinggalah urusan tuntutan pusaka selesai dilakukan.
Oleh itu, kita perlu pastikan bahawa Akaun-akaun spt Tabung Haji, ASN/ASB, KWSP & Perlindungan Takaful mestilah ada sekurang-kurangnya PENAMA. Penama bertanggungjawab mengagihkan duit tersebut berdasarkan Hukum Faraidh.
Jika kita belum namakan penama di akaun-akaun tersebut, lakukanlah dgn segera. Dgn adanya Penama, Insya Allah duit simpanan di Akaun tersebut dapat dikeluarkan oleh Penama dlm tempoh 14 - 30 hari dari tarikh permohonan @ makluman kematian di Agensi berkenaan.
3️⃣ Perlantikan Pentadbir Bagi Urusan Pusaka
Selain menyediakan maklumat penting & dana pantas, satu lagi perkara utama berkaitan perancangan pewarisan Islam yg perlu disediakan adalah perlantikan Pentadbir bagi urusan pusaka kita.
Perlantikan Pentadbir ini dilakukan melalui penyediaan Wasiat. Dgn adanya Pentadbir, beliau diberikan amanah & tanggungjawab utk menguruskan tuntutan dan pembahagian harta pusaka kita kpd waris-waris berhak kita mengikut Hukum Faraidh. Perlantikan Pentadbir adalah salah satu asas pengurusan pusaka. Perlantikannya dapat membantu mempercepatkan proses tuntutan & pembahagian harta pusaka.
4️⃣ Persediaan Lain-lain
Bergantung kpd situasi masing-masing, kita mungkin perlu sediakan dokumen Deklarasi Harta Sepencarian, dokumen Hibah, Surat Ikatan Amanah dll.
❇️ Rumusan
Kita amat perlu membuat perancangan pewarisan harta Islam ini. Perkara 1️⃣, 2️⃣ & 3️⃣ di atas sangat perlu disediakan supaya harta yg kita tinggalkan terus dimanfaatkan.
Sekiranya anda perlu maklumat lanjut mengenai perancangan harta Islam, pengurusan pusaka & Faraidh, hubungilah saya.
Comments
Post a Comment