RUMAH KALAU TAK HIBAHKAN, KENA FARAID TAU
Ramai isteri-isteri ingat bila suami meninggal dunia automatik mereka akan mewarisi rumah tersebut.
Yang sebenarnya dalam rumah suami ada bahagian waris lain. Sekiranya isteri mahukan rumah tersebut, ia boleh ditebus hak daripada waris-waris yang berkenaan atau capai kata sepakat antara waris. Ataupun, semasa hidup suami buat hibah bersyarat dari awal.
Antara solusi yang lain adalh dengan menyediakan hibah takaful kerana dengan wang tersebut isteri boleh tebus hak bahagian waris. Atau beli je rumah baru.
Wang Hibah Takaful tidak perlu dibahagikan mengikut faraid. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 Perenggan 13(2) Jadual 10 menyatakan pemberian wang hibah takaful tidak boleh dicabar oleh undang undang bertulis yang lain.
Begitulahhhhh

Comments
Post a Comment