AIA BAGI ELAUN PERCUMA

Semalam, satu tweet business partner saya blow up di Twitter. Tweet tu meragui kesahihan bayaran Elaun Percuma dari AIA sebanyak RM3,000 walaupun polisi baru berusia 15 hari semasa Client diagnose positif Covid-19 dan Client tersebut alhamdulillah hanya perlu kuarantin dirumah.

Kawan saya bertindak heroic la menerangkan kesahihan manfaat dan tweet tersebut. Terus pemilik akaun delete tweet tersebut dan mintak maaf.
Ini perkara biasa. Susah nak tengok orang share bill hospital ditanggung syarikat takaful, dapat pampasan sakit kritikal atau apa sahaja kebaikan dari syarikat takaful. Tapi yang selalu viral adalah perkara-perkara buruk berkenaan takaful.
Jadi, janganlah kita terus menghentam tanpa tahu asal usul. Tak tahu tanya, tak faham tanya kepada yang arif.
Tengok gambar terakhir yang saya attach. Dari Jan - Jun 2021 sahaja AIA dah bayar RM1.49 BILLION tuntutan sama ada claim bil perubatan, pampasan kematian, pampasan sakit kritikal, pampasan hilang upaya dan lain-lain.
AIA Public Takaful Berhad atau mana-mana syarikat takaful yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia tak boleh sewenang-wenangnya tidak menunaikan apa yang terkandung dalam kontrak / buku polisi. Jadilah Client yang bijak dan cari ejen yang bijak dan amanah juga😊







Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?