Adakah anak angkat layak menerima harta pusaka?
firman Allah S.W.T:
لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَۚ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا ﴿٧﴾
Maksudnya: Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).
Surah al-Nisa’ (7)
berdasarkan kepada definisi harta pusaka, sebab-sebab perwarisan serta maksud anak angkat, dapat kita menyatakan bahawa anak angkat tidak tersenarai sebagai waris yang berhak mewarisi harta pusaka ibu atau bapa angkatnya mengikut hukum faraid. Ini kerana anak angkat tidak mempunyai sebarang hubungan pertalian darah secara syarak dan tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkat sekalipun anak angkat tersebut telah dibinkan kepada bapa angkatnya di dalam sijil kelahiran.
Meskipun begitu, tiada hak untuk mewarisi tidak bermakna dia tidak berhak untuk memperolehi harta pusaka dengan cara yang lain seperti hibah dan juga wasiat. Sebahagian ibu bapa zaman kini membiarkan terus anak angkat mereka tidak mendapat apa-apa disebabkan fahaman bahawa anak angkat tidak layak dan tidak berhak untuk diberikan apa-apa atau sebahagian dari harta pusaka.
cc:
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4357-al-kafi-1671-adakah-anak-angkat-boleh-mewarisi-harta-pusaka
Jom tanya:
Norul Fatihah bt Mohammad Nor
Whatsapp:
wasap.my/601110724106/naktakaful
wasap.my/601110724106/nakwasiat
Blog:
https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/
Facebook:
https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/
#aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment
Comments
Post a Comment