Adakah orang bukan Islam boleh buat wasiat?

Bagi bukan Islam boleh berurusan dengan Amanahraya. Bagi yang beragama Islam boleh rujuk kepada Majlis Agama Negeri atau syarikat swasta yang berdaftar.

Pembahagian harta dari segi bukan Islam di Malaysia

Yang kedua pula pembahagian wasiat boleh dilakukan melalui Akta Pembahagian 1958 (Distribution Act) - diubah suai pada tahun 1997 - untuk orang bukan Islam. Undang-undang ni hanya berkuat kuasa kepada semua warga Malaysia yang bukan Islam tinggal di Semenanjung dan tak merangkumi orang bukan Islam di Sabah dan orang asli Sarawak. 

Perlu diingatkan kat sini, ‘estate’ bukan sahaja tertakluk kepada tanah tapi juga termasuk barang kemas, wang insuran, dan segala jenis harta peninggalan si mati. Menurut Akta Pembahagian 1958, kalau si mati tak tulis wasiat kesemua hartanya akan diberi kepada pihak yang berkenaan seperti yang tertera dibawah: 

Kalau si mati meninggalkan...

Hak Ibubapa

Hak PasanganHak Kerabat
• ibubapa sahaja tanpa pasangan atau kerabatSeluruh harta--
• pasangan sahaja tanpa ibubapa atau kerabat-Seluruh harta-
• kerabat sahaja tanpa pasangan atau ibubapa--Seluruh harta
• ibubapa dan pasangan, tanpa kerabat1/21/2-
• pasangan dan kerabat, tanpa ibubapa-1/32/3
• ibubapa dan kerabat, tanpa pasangan1/3-2/3
• ibubapa, pasangan, kerabat1/41/41/2
 

*Jadual dari The Malaysian Bar Council

Malaysian Bar Council juga ada berkata kalau yang tertakluk dalam jadual ni semuanya takde, harta akan diberikan secara adil kepada berikut mengikut urutan – 

  1. Adik beradik
  2. Atuk dan nenek
  3. Pakcik dan makcik
  4. Moyang
  5. Pakcik dan makcik moyang

Dan kalau semua takde juga baru kerajaan akan ambil alih harta si mati. 


Jom tanya:

Norul Fatihah bt Mohammad Nor


Whatsapp:

wasap.my/601110724106/naktakaful 

wasap.my/601110724106/nakwasiat 


Blog:

https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/


Facebook:

https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/


#aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment

Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?