Adakah penama adalah pemilik harta?
Tidak, hanya pentadbir bagi harta pusaka Islam.
Orang Islam yang dinamakan sebagai penama oleh si mati dalam apa-apa skim simpanan wang dalam mana-mana Kumpulan Wang Simpanan, takaful, tabung lembaga, syarikat kerjasama, koperasi atau institusi kewangan ialah wasi kepada si mati dan hendaklah melakukan pembahagian harta peninggalan si mati kepada waris yang berhak mengikut pembahagian faraid.
Penama adalah pemudah cara yang diberi kebenaran untuk menuntut harta-harta yang ditinggalkan si mati seperti simpanan KWSP, simpanan Tabung Haji, simpanan koperasi dan pampasan insurans/takaful (nota: simpanan ASB tidak dibuat penamaan, sebaliknya hibah amanah, akan dijelaskan dalam artikel lain)
Dengan meletakkan penama, pengurusan harta pusaka akan menjadi lebih mudah dan cepat kerana harta pusaka si mati dapat dikeluarkan tanpa perlu menunggu Sijil Faraid dan perintah pentadbiran harta pusaka.
Jom tanya:
Norul Fatihah bt Mohammad Nor
Whatsapp:
wasap.my/601110724106/naktakaful
wasap.my/601110724106/nakwasiat
Blog:
https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/
Facebook:
https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/
#aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment
Comments
Post a Comment